"Cinta jika dinisbahkan kepada yang layak maka ianya sangat luarbiasa. Takkan kita jumpa lagi cinta para sahabat r.a kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم"
- ALHABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID
Cinta dibalas cinta......
Ayuh umat & pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم serta wargakota KL, buktikan malam ini (20/10/12) !!!
HABIB SYECH ASSEGGAF
Lantunan suara & dendangan qasidah daripadanya boleh meluluhkan hati setiap pendengarnya...
PANDUAN UNTUK PARA HADIRIN YANG BAKAL HADIR KE MALAM CINTA RASUL BERSAMA HABIB SYECH DI KLCC.
1. Tema Pakaian - Baju Melayu/Jubah Berwarna Putih.
2. Sila bawa sejadah atau kain lapik untuk keselesaan anda kerana dikhuatiri anda akan kesejukan apabila duduk di lantai berjubin di masjid.
3. Sila bawa payung sebagai persediaan jika hujan.
4. Parking adalah terhad. Sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan di tempat parking dan juga lalu lintas.
5. Para hadirin boleh mendapat rebat RM2.00 sekali masuk untuk parking awam berhampiran masjid dengan menunjukkan tiket parking di Kaunter Maklumat di ruang legar masjid.
6. Satu rakaman khas akan dibuat secara rasmi sewaktu program sedang diadakan. Diharapkan, para hadirin dapat memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan rakaman tersebut.
7. Jika ada pihak yang berhasrat untuk membuat rakaman tidak rasmi, boleh berhubung dengan pihak penganjur sebelum membuat rakaman.
8. Selepas Solat Isyak, kesemua ruang solat utama masjid akan dikosongkan. Para muslimin boleh berkumpul di ruang luar tingkat 1 masjid. Manakala para muslimat boleh masuk ke ruang solat utama masjid. Ruang legar luar di tingkat bawah pula dikhaskan untuk mereka yang datang berkeluarga.
9. Para hadirin dinasihatkan menjaga adab-adab di dalam masjid dan juga adab-adab di majlis ilmu sepanjang program ini berlangsung. Semoga kita dapat mencontohi dan mengamalkan akhlak Rasulullah SAW dalam apa jua keadaan. :)
JUMPA DI SAAAAAAAAAAAAAAAAAAANAAAAAAA!!! :)
baca dgn nada sedikit menjerit versi penuh kesopanan dan kesusilaan. cik puan kaki kan mmg hover! :p
No comments:
Post a Comment