Tuesday, April 24, 2012

Tanda anda sakit jiwa!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ibn Qayyim al-Jauzi pernah berkata,
"Tanda seorang mengalami sakit jiwa ialah apabila 
dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya sendiri."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin kata2 itu terlalu berfalsafah dan tersirat maknanya. Biarlah saya cuba permudahkan dengan mengaitkannya dengan realiti kehidupan sehari hari. Sebagai contoh, betapa ramai pasangan suami isteri yang sudah tidak sehati sejiwa lagi tetapi bila berdepan dengan masyarakat umum kelihatan begitu romantis. Mereka berpegangan tangan, berkepit seiringan, kononnya nanti masyarakat akan menyifatkan mereka pasangan yang bahagia.

Masyarakat yang tidak tahu hakikat sebenar akan berkata, "Oh, beruntungnya mereka kerana punya rumah tangga yang bahagia." Apabila komentar yang sedemikian sampai ke telinga pasangan yang tidak bahagia itu, mereka pun rasa bahagia (walaupun mereka sebenarnya berpura-pura). Alangkah anehnya manusia. Ramai yang rela hidup dalam berpura-pura atas nilai yang mereka tidak ada.

Akibat tersalah pandang tentang nilai yang sebenar, ramai juga yang hilang harga diri tanpa mereka sedari.


#Nota 34, Nota Hati Seorang LELAKI.



kebahagiaan dengan unsur2 palsu! :p
tuan blog bersama suami cuba mengaburi mata2 yang memandang kununnya mereka sedang berbahagia dengan kehadiran cahaya mata pengerat kasih sayang suami isteri.



hakikatnya...


ini baru betul! heheheee... ;)

kami saling melengkapi tanpa kehadiran 'prop' seperti gambar di atas.
pastinya, kami tetap bahagia... tanpa perlu berpura-pura.
Semoga Allah memberkati dan mengekalkan kasih sayang ini sampai JANNAH...

# impianku tinggi melangit: nak jadi ketua bidadari buat suami di syurga nanti. ya Allah, kuatkan iman ku dan izinkan aku berjalan di atas nama kebenaran supaya impianku yang satu ini tercapai...




12 comments:

  1. mudahmudahan..
    Semoga kita sentiasa berhati bersih (susahhh sangat nak lakukan)

    ReplyDelete
  2. redup mata achik mandang.....

    kuat berusaha ya kamu,insya'allah sampai JANNAH...^__^

    ReplyDelete
  3. smoga allah makbulkan dambaan itu...aminn

    ReplyDelete
  4. hakak doakan ina dan somi cepat dapat baby supaya kasih sayang yang dibina semakin utuh menuju jalanNya..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Saya doakan semoga impian kamu tercapai suatu hari nanti...Amin.

    ReplyDelete
  6. norina omar:
    Insyaallah...
    kita mencuba sehabis baik...

    cintasofiasafiya:
    bukan redup tapi sepet! hehehehee...
    thanks for doa kamu.

    ummu haziq:
    amin...
    mekasih meema..


    chenamnam:
    thanks for doa kak...
    ina jugak doakan yg sama utk akak...

    ssfatihah:
    amin...
    untuk kamu jugak!

    ReplyDelete
  7. Moga impian kalian jd kenyataan k..aminn..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Samalah kita. Takpe Na. Berdua pun kita bahagia juga kan? InshaAllah sampai SyurgaNYA. ;)

    ReplyDelete
  9. salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  10. thanks for DOA gojes2 sekalian...
    buat yg senasib, kuatkan semangat dan jgn pernah berputus harap dan DOA... insyaAllah rezeki termahal ini milik kita suatu hari nanti...

    ReplyDelete