Wednesday, April 11, 2012

TSUNAMI 2012 ~ Bumi Allah ini sudah terlalu uzur...



Petang tadi, tetiba rasa cam rumah (tingkat 5 dari 16) terasa cam bergegar... memula ingat pening ker aper... tapi tgk tv bergoyang goyang. jenguk kat luar tapi tengok cam takde aper. sekali bukak fesbuk, berduyun status kata ada gegaran dan dah keluar tsunami alert. tak lama lepas tu, rasa lagi gegaran kedua.

dari news yang dibaca:
Agensi Survei Geologi Amerika (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer ke barat daya Acheh, sedalam 33 kilometer.

Amaran Tsunami yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia ialah Port Dickson & Georgetown di antara jam 9 malam ini hingga jam 3 pagi nanti. 


Langit di bumi Acheh selepas gegaran.

Air di pantai Phuket sedang ditarik manandakan ketibaan Tsunami tdk lama lagi.... 
Airport pun dah ditutup. Prepare for Tsunami people of Phuket!



Bumi ini sudah terlalu uzur... kerakusan dan kejahilan manusia menambah keuzuran bumi Allah ini.

Ya, Kiamat itu rahsia Allah tapi kenapa kita nak menafikan petanda-petanda yang telah Allah turunkan sebagai peringatan untuk kita? Mungkin jika Allah tidak hantar peringatan ini, mungkin kita akan terus sombong dan tidak berdoa. 

Dan di kala diberi peringatan ini, mengapa kita harus terus leka? 
tidak takutkah kita akan balasan di hari Kiamat?
Ayuh, kita mohon keampunan dan berubah untuk jadi ummat yang baik dan dalam keadaan sedia untuk kembali kepada pencipta kita...

Semoga Allah SWT melindungi saudara2 Islamku dari musibah ini...
Hanya padaMU tempat kami mohon perlindungan...

Ya Allah...
KAU maha tahu di atas apa yang KAU aturkan...
KAU maha bijaksana menentukan apa yang KAU rencanakan...



Doa elak ditimpa musibah:




Sama-sama kita berdoa dan solat sunat hajat mohon kita dan saudara2 yang lain dilindungi...
Allahuakbar!





6 comments:

  1. semoga semuanya kembali kepada asal..dan semuanya selamat

    ReplyDelete
  2. cik kaki, nk kongsi doa tu ek...selalu dok baca, senang ingat sebb dah di jadikan lagu ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah malaysia selamat..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. doa kita semua dimakbulkan.. tiada tsunami berlaku semalam..

    ReplyDelete
  5. serius..semalam takot sgt!! semoga allah melindungi kita semua...amin..:(

    ReplyDelete