Saturday, March 31, 2012

Rehatkan Hati

...Googled..


Patah sayap, terbanglah jua.
Jika jatuh, jangan rebah…
biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu.
Marilah kita berpegang pada janji bahawa kita akan selamanya bersatu dalam munajat dan nasihat.
Kerana apa yang kita harap daripada seorang manusia hanyalah dua… munajatnya dan nasihatnya...
Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...
terapkan RASA KEHAMBAAN...
iaitu rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia...
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini." 

#Diinspirasikan oleh Genta Rasa


Musibah Ujian dari Allah SWT:
Kita perlu ingat, setiap apa ujian yang Allah SWT bagi kepada hamba-NYA, tentunya ada hikmah tertentu. Lagi banyak kita diuji, lagi itulah banyak peringatan ALLAH SWT kepada hamba-NYA.


Barangsiapa yang sabar, tabah dengan ujian ALLAH turunkan kepadanya, maka ALLAH SWT akan tingkatkan darjatnya. SUBHANALLAH...




3 comments:

  1. subhanallah, kuatkanlah imanku, kuatkanlah semangatku dgn segala ujianMu...amin

    ReplyDelete
  2. Moga kita terus tabah dan tabah..

    ReplyDelete
  3. hurmmm...betul tuh...ujian Allah tanda dia sayangkan kita ;)

    ReplyDelete