Sunday, March 18, 2012

BENTENG yang dipandang ENTENG...

SOLAT itu tiang agama...
benteng terakhir sebagai ISLAM...
jika benteng itu runtuh... apa lagi perisai yang kita ada sebagai ISLAM???

Rasulullah S.A.W bersabda...
"... dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan " - [Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a]



Selagi tidak hadir diri mu (iaitu bersolat),
maka ganjaran perbuatan baik mu itu terawang-awang,
tiada dia naik ke langit dan tidak pula gugur ke bumi sehinggalah sempurna kewajipanmu itu.


Sabda lain dari Rasulullah...
" Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak necaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak Allah) " - [Hadis riwayat at-Tabrani]


Tunaikanlah solat...
walau di mana bumi kita pijak... walau di mana langit kita junjung...
solat itu bukan ADAT tapi IBADAT!


If your legs cannot take you to PRAYERS,
then how do you expect them to carry you to PARADISE?








2 comments:

  1. betul2, solat tu tiang agm, xsolat runtuhlah "rumah"nya..

    ReplyDelete
  2. hani syahani:
    betul betul betul...

    ReplyDelete