Assalamualaikum kesayangan hati hamba...
lupa dah ada blog! :p
Di tengah hari 16 Syawal baru berkesempatan dan terhegeh-hegeh nak ucap
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat pengikut (followers), pembaca senyap dan stalker Blog Kakikusukaberjalan... tapi mak saya cakap 'better late than never' **terer lah sgt mak aku ckp omputih! :p**
Di kesempatan yang terlewat ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yg sengaja atau tidak tersengaja.
Nah sekeping gambar raya dari puan blog dan suami...
baju biru umno yg mengundang kontroversi di kampung terpencil di Kelantan sana.
terpaksa explain: biru di luar, hijau di dalam. ops~ hahahhaaa...
Tahun ini turn raya pertama dan kedua di negeri kelahiran saya; Kelantan tercinta.
Tahun ni boss bagi cuti raya percuma bermula hari Jumaat sebelum raya (25/7/14) sampai Isnin seminggu lepas raya (11/7/14). diulang suara... CUTI PERCUMA tanpa tolak annual leave walau sehari ya! cuti raya percuma pakej dgn duit raya! boss saya memang osem dan bergaya! :)
Tapi apalah ertinya cuti awal pun kalau laki Jumaat tu masih bekerja. huhuuuuu...
Puas fikir jadual/route perjalanan supaya tak terperangkap dlm jem di lebuhraya ketika pulang beraya sebab takut kena gantung kaki krem di pagi raya hingga merosakkan mood bergembira di hari raya.
Seram sejuk bila dgr anak perantauan Kelantan blk raya sampai 12 jam di lebuhraya. Arghhhh... Ina+Achik memang tak suka bercinta di lebuhraya! :p
Mengimbas perjalanan pulang beraya keluarga kecil saya...
Perjalanan dari KL ke Bachok, Kelantan mengambil masa 8 jam setengah siap berhenti berbuka, berhenti solat maghrib+isyak+terawih dan berhenti supper.
Bertolak jumaat, 6 pm dari Gombak, sampai pukul 2:30 am. Kami lalu LPT kluar exit Jabor, pastu msk LPT baru exit cheneh, lps tu msk tah mana2 jalan papago bawak, lps tu sambung msk LPT 2, exit Batu Enam. Lps tu lalu kut Penarik. Jln mmg lega sgt... Jarak jer jauh sikit beserta tol tp mmg puas hati sebab separuh jalan highway, sambung jln biasa tapi lengang. Alhamdulillah... Allah permudahkan.
Bawa bekal dan berbuka versi picnic di tepi lebuh raya adalah best rupanya dan boleh dijadikan sbg tradisi bila pulang beraya... :)
Teratak usang di daerah kecil tanah serendah yg mendamaikan.
Di Subuh pagi raya...
bangun awal seperti bulan puasa... masih usaha kekalkan momentum Ramadhan yg masih ada. Tahajud dan Membaca Al-Quran bukan tradisi Ramadhan lalu bila raya kita lepas pergi begitu sahaja.
Berpagian di Pagi Syawal buat hati terasa sayu melepaskan Ramadhan pergi yg entah kan bertemu lagi atau tidak di tahun mendatang...
Setelah makan dan minum kenyang2... bersiap dan ke masjid utk Solat Sunat Aidilfitri. Apa erti hari raya kalau tidak bersujud bersolat Aidilfitri di pagi raya. Solat sunat yg dtg sekali setahun takkan nak lepas macam tu saja yer dok... hingga wanita yg dalam haid pun disunatkan ke masjid untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa.
Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan; “Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).
Seperti biasa, teratak buruk tinggal bonda sentiasa menjadi kunjungan ramai di pagi raya walaupun thn ni bonda tak buat signature dish beliau: ketupat palas duet kari daging sebab bonda kurang sihat sikit. So ganti ngan nasi dagang. Pilihan terbaik sebab super sedap! Air tangan bonda tak pernah mengecewakan!
Dengan ini izinkan saya meng-spam-kan blog sendiri dengan beberapa gambar raya yang tidak semenggah mana kerana tidak ada lagi usaha gigih mengusung dslr seperti tahun sudah2... cukup dgn kamera henpon cap ayam jer. gambar pun seciput jer...
ghama bghehi nasik dage ghuponyo... ;)
thn ni takde gambar meriah raya macam tahun sebelumnya... ini aje yg sempatnya...
lepastu hp simpan kita kosentret beraya dan mkn juadah raya. :)
Dengan bonda tercinta...
Adik - sepupu - sepupu - saya (kena perkenalkan ker?!)
Satu-satunya adik kandung se-mak se-bapa dari 7 kesemuanya.
ok, baguslah adik lagi tinggi dari kakaknya... nampaklah si kakak macam ke-adikan dan awet muda. ;)
ok, baguslah adik lagi tinggi dari kakaknya... nampaklah si kakak macam ke-adikan dan awet muda. ;)
oh ini arjuna hati beta yg orang kampung panggil Hafiz Hamidon. hahaha...
Hari kedua, saya layankan jer mana bonda nak pergi. kira jadi driver dan co-pilot terhormat la ya...
kalau dah ke rumah sedara yg lebih veteran, takde lah gambar gedik raya. :p
selphui dalam jem seketul!
Perkerhal nyer yop smp ke kebun getah hah?
Eh rumah pakcik kite dlm kebun getah. Ada sepupu yg dgn sukarelanya menjadi cameraman tak bertauliah layan fotogedik kezen2 dia ni ha...
ok, sekian cerita raya di Qlate saya...
kalau rajin atau ada kesemptan masa, insyaAllah saya dgn poyonya akan menyambung cerita2 raya di Terengganu dan KL seterusnya...
meriah nyer dik :)
ReplyDeletecantikkkkkkkk jubah biru Ina tuee...Royal Blue Gituuu...tahun depan la nk tema biru nie...hehehhehe
ReplyDeleteRamai beri Nasi Dagang? Betul ke saya translate? hahahahah.. Selamat Hari Raya Ina.
ReplyDeletekayna: salah2...!!! cuba lagi. hahahaa...
Deletesbenarnya: " ramai yg suka nasi dagang rupanya..." ni br btol! ;)
selamat hari raya juga...
jelesnya balik kelate amik masa 8jam jer..
ReplyDeletekita sangkut kat jalan sampai 17jam..memang kematu segala benda..huhuhu..
next time kena ikut LPT jugak la gayanya..
suka tudung u...
ReplyDeleteslm. fotogedik di kebun getah sgt cantik!!
ReplyDeleteCantinya warna tema biru
ReplyDeleteselamat hari raya kak =)
ReplyDeleteroyal blue gitu... ina, nak dtg beraya umah kite bgtau la yer..
ReplyDeletekite xde official open hse, kalu bgtau ada laa dish raya gitew..
maaf zahir batin...
slmt hari raya INA
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin. lawa sangat royal blue umno akak dan suami. hehehehe perghh dia punya jem nak balik Pantai Timur. sy balik selatan pun amik masa 7 jam bersebab tau. sebab hujan turun lebat, nak bawa laju pun takut. berhenti kat R&R untuk makan malam dan sahur. hehehe. nasib baik si kecil tak meragam, elok je lena dari KL ke Johor ~~~
ReplyDeleteAssalam, tuan tanah....bole ke share cara pakai shawl besar camtu?....buat tutorial skit ke....berkenan nak pakai, tapi tak tahu nak buat....semoga perkongsian tersebut boleh menjadi amal jariah sebab mengajarkan muslimah untuk menutp aurat sesempurna kamu dan dalam masih yang sama masih boleh cantik berfesyen....
ReplyDeletesalam...
Deleteutk fesyen shawl pepel tu saya pakai mcm kat entry ni:
http://inaachik.blogspot.com/2013/10/hijab-tutorial-shawl-labuh-di-dada.html
*yg 1st style dlm entry tersebut.
jubah biru dan purple tu beli kat mana?material apa ya?
ReplyDeletejubah biru saya tempah. beli kain kat jakel kl. nama kain x tahu... rm 69 semeter tp ada sale jadi rm39 semeter.
Deleteyg pepel beli siap kat websit rucci modisch
Salam perkenalan....meriahnyer..memang best kalu ada adik beradik ramai, havoc bila kat kampung...selamat hari raya....
ReplyDelete