Tuesday, July 10, 2012

Angan-angan tak perlu panjang...

Tugas kita bukan melihat apa yang jauh di hadapan
tapi lakukan yang terbaik dengan apa yang berada di tangan.


Makanya, 
jangan panjang angan-angan. pendekkan angan-angan. hiduplah dalam lingkungan hari ini.
ertinya; jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam. susunlah jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika kamu berpagi -pagi, jangan menunggu ke waktu petang."

Matlamat dan pendekatan hidup ringkas dan jelas. 
kebaikan yang boleh dilakukan pada hari ini terus dilaksanakan pada hari ini juga. sementara kejahatan yang boleh diberhentikan hari ini terus dihentikan ketika itu juga. ibadat dan taubat tiada istilah nanti dan tunggu. justeru itu, tempoh hidup tidak pernah diganggu oleh istilah terlambat atau tercepat.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa apabila matanya terbuka, baginda tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula. apabila menarik nafas, baginda tidak yakin apakah baginda akan melepaskannya semula.

Panjang angan-angan akan menyebabkan sikap bertangguh-tangguh untuk melakukan sesuatu kebaikan atau pun meninggalkan sesuatu kejahatan. 

Lebih baik seringgit di dalam tangan daripada berjuta juta ringgit dalam angan-angan...



Inspired me a lot!!!







3 comments:

  1. Assalamualaikum, saya suka tengok hiasan dinding rumah awak. Corak warna hitam tu beli kat mana ya? Awak pandai hias rumah, bagi saya inspirasi

    ReplyDelete
  2. tun:
    salam...
    o hiasan tu saya beli kat jusco wangsa maju.
    xderla pandai mana pon sbenarnya... men blasah jer tu.

    ReplyDelete
  3. saya dah bli 3 buku oleh Pahrol Mohd Juoi..baru baca 1 dlu...))

    ReplyDelete