Wednesday, November 27, 2013

WordlessWednesday - Please... saya bukan EBM mommy!


habis... apa ade dgn beg ala2 ibu2 menyusu yg dijinjit ayu setiap kali ke kantor ni?

kita terjah dan selongkar untuk cari sebuah kepastian!



V



V





V













YEYAAAHHHHHHH... ini rahsia nya!

sekarang dah upgrade bento dari bekalan breakfast kpd breakfast+lunch.
takdelah asyik meroyan dgn harga food kat maple kat office yg melampau mencekiknya tu!
dan boleh kekalkan my clean diet. clean?! sendiri mau ingat la azlina... :p


klik SINI untuk menu dan resipi DIET ATKINS versi malas, pantas dan tuntas! :)



*** eh... entry bukan lagi wordless! belasah... ***




Friday, November 22, 2013

Tak semudah bicara


IMAN... ada pasang surut.
tak kata orang, aku berbicara tentang diri sendiri.
tapi aku perasan satu... bila banyak bergembira, datanglah LEKA.
bila LEKA, kita 'menghalalkan'kan beberapa perkara dan meringankan cara.
eh, tak apa lewatkan solat, bukan aku langsung tak solat.
ah, mata ngantuk... tak mengaji pon tak apelah hari ni.
eh, raya... tak ape, aku singkatkan tudung sikit tapi still tutup dada apa (nak cantik punya pasal).

kekadang aku rasa...
bagus juga Allah rentap rasa gembira dan datang rasa sentap dan sedih dgn ujian2 dariNYA.
biasalah manusia, bila teruji baru ingat Allah.

hijrah tak semudah bicara.
istiqamah lagi besar cabarannya.
hati perlu sentiasa dididik...
jiwa sentiasa perlu diberi sentuhan.
jangan sampai hati mati.
jangan sampai jiwa kontang.

kekadang menulis dan berpesan juga motivasi terbaik.
bila berkongsi, takkan kau taknak buat apa yg kau kongsi.
itu nama cakap tak serupa bikin.
pedulik org kata "ah kau nak tunjuk baik".
katakan: "yer, aku tunjuk baik sebab aku nak jadi baik!"

TITIK






Thursday, November 14, 2013

Fesyen tudung kecintaan saya buat masa sekarang; Tudung Koshibo Paridah. :)


Biasalah... pesen tudung ni kan bermusim. 
biasa saya suka ber-shawl.
sekarang dan bosan pakai shawl sebab malas nak pakai inner neck. 
balik kampung hari tu,
wak muka menggoda mintak birasberas kesayangan tlg jahitkan tudung labuh koshibo.
tapi biras beras kita cadangkan jahit separuh. 
katanya nanti boleh pesen2 kan. 
biar lepas keronsangkan kat bawah, jadi tudung labuh. 
boleh letak cincin jadikan pesen Dr Wan Azizah.
boleh selempang kiri kanan jugak.
3 in 1 macam nescafe!
ohhhhhh~~~ suka sangat! 
love u muahmuah birasberas!

sebab suka, terus jahit 10 helai!
orang tamak selalu untung! :)



pin sekuntum bunga dan saya namakan ni pesen tudung koshibo paridah! hehehee...
suka sangat pakai cenggini skrg. sebab? suami suka! ;)
bila suami suka, haruslah feeling cantik walopon mcm cikgu tadika katanya.


ni tudung 4 segi tak berjahit. bidang 60.


yang masukkan cincin macam Dr Wan Azizah tu tak cuba lagi. hehehee...


ada sesiapa berminat tak sebab sekarang dalam perbincangan dgn birasberas nak pasarkan tudung koshibo paridah ni. tapi sorang di Teganu... sorang di KL. jadiiiiiiiiiiiiii ker idok?! huhuhuuuuuu...
kalau jadi saya update sini k.
mungkin kami akan buka tempahan yg membolehkan gojes2 yg lain pilih nak tudung kochibo paridah ker... nak 4 segi gitu jer ker... amacam? ;)


lastly...

walau apa jenis tudung anda pakai, selagi patuh syariah... wear it proudly! :)




Wednesday, November 13, 2013

Di Lema Wanita: Nak PUASA SUNAT tapi tak habis lagi PUASA GANTI. So, nak NIAT puasa ganti atau puasa sunat?


Ramai inbox tanya soalan sama (macam tajuk di atas) kat AKU BUKAN USTAJAH ni sampai diri sendiri pon naik kompius (sebab tuan punya badan pun punya kes yg sama. huhuuuu). 
ok, sebenarnya banyak pendapat:


  1. NIAT PUASA GANTI (Qadha) dan insyaAllah dapat pahala puasa sunatnya.
  2. NIAT PUASA SUNAT KHUSUS (yg mana ada masa tertentu) sebab tempoh untuk ganti tu panjang lagi. - maksudnya kita buat puasa sunat dulu, then baru puasa ganti pada hari yg lain.



kalau nak GABUNG NIAT boleh ker? maksudnya sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat.
ni soalan complicated utk AKU BUKAN USTAJAH ni. S.O.S sifu (ustazah usrah saya) dulu sebab takut terbagi ajaran sesat. kang tak pepasal terpampang muka CikPuanKaki dgn caption 'Most Wanted!'. naya! :p 

ni jawapan dari murobbiah kesayangan:
"Niat satu saja. kalau nak puasa wajib, niat puasa wajib sahaja. Kalau niat sunat tak dapat yang wajib. tapi tak boleh niat dua2.


kalau CikPuanKaki pilih yang mana?
saya?! hmmmmm... ni saya lah yer... 
sebab bila baca fadhilat puasa sunat 10 Muharram (Asyura) tu mendapat keampunan setahun lalu, mcm besar dan syg kalau saya tak grab peluang besar tu. apa lebih bermakna melainkan dosa2 diampunkan kan... jadi saya ambil yang berat iaitu niat khusus utk puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat Asyura) jer, then ganti pada hari lain.

tapi kalau dah niat puasa ganti hari ni, then niat puasa sunat 10 Muharram esok, tak ape ker? tak ape... takde masalah. :)


so clear kan? takde yang kompius dah kan? jangan sampai duk kompius tak sesudah sampai langsung tak puasa. hehehe...

hal ni ada banyak pendapat yer... jika anda ada pendapat lain, silakan... pilih yang mana anda yakini. jangan berbalah atas hal2 ada khilaf nya ni. 



fuhhhhh~~~ lega lepas taip entry ni. terima kasihlah kepada yg inbox tu... 
at least pertanyaan korang buat saya ambil inisiatif utk tambah fahaman yg cetek ni. 

Yang mencari jalan lurus,
CikPuan Kaki a.k.a Aku Bukan Ustajah






Berpuasa dengan Diet Atkins. Boleh ker?

Ada yang inbox tanya; kalau diet Atkins ni boleh puasa tak kak?
korang ni kan... buat ahkak ni macam pro sangat jer... saya pun masih hegeh2 macam penagih lagi ni. nak jawab or bagi info banyak2 kang takut terbagi ajaran sesat pulak. tapi ramai jer kawan2 dan kenalan saya yang berdiet Atkins ni puasa. rasanya lagi bagus kot. KOT! takde fakta atau kajian yg sahih dari pihak saya. :p


Dan hari ni 1st time saya berpuasa dgn ATKINS.
sahur tadi makan ayam percik 3 ketul + salad dgn mayonis kewpie. air masak 1.3 L + 2 cawan green tea. 

lalu pulak tu ngap ayam smp 3 ketul pagi2 buta. tapi air masak tu kena minum berperingkat sebab kalau tonggang air masak 1.3L sekali harung confirm muntah keluar air balik. so, bgn tido... tonggang dulu 0.6L. masa main msk2 tu, tonggang lagi. sebelum mkn, tonggang secawan green tea. lps mkn, secawan green tea lagi. lps tu tonggang air masak lagi. 


lepas subuh takyah berangan nak sambung tidur sebab ulang alik gi toilet jer. hahahaa... ada bagus jugak kan. ;)



 santapan sahur. rasanya inilah juga hidangan berbuka nanti.


tapi saya idoklah terlebih rajin bangun subuh2 hari nak masak ayam percik kan... masak semua ni malam, masuk dalam bekas dan kasik peram dalam esbok. bangun sahur just ambik ayam dan kuah percik, kasik grill dalam magic pan. oh, i love my magic pan! walaupon nama IKAN, tapi boleh masak macam2. tak perlukan oven lagi! oven kuat makan letrik dan ambik masa lama! rasa macam nak laungkan slogan "satu rumah, satu magic pan" jer! heheee... over kan?! :p


siap sedia untuk lepak dalam esbok barang sehari dua. ;)



so ape2... kita tunggu lah sampai berbuka karang. saya rasa takde ape kot. semuanya bergantung pada mind set kita. kalau kata boleh, boleh lah! kalau kata tak boleh, tgh hari jawabnya gi lunch lah. kita adalah apa yg kita fikirkan. tapi kalau dah sakit perut/gastrik tahap nk putus nyawa atau gigil pale lutut sampai takleh jalan, berbuka jerla. esok sahur makan nasik. saya sanggup lagi cheat diet kalau puasa sbg taruhannya. ;)



nway, SELAMAT BERPUASA SUNAT 9 MUHARRAM buat sahabat yg berpuasa. semoga Allah permudahkan.