Friday, November 22, 2013

Tak semudah bicara


IMAN... ada pasang surut.
tak kata orang, aku berbicara tentang diri sendiri.
tapi aku perasan satu... bila banyak bergembira, datanglah LEKA.
bila LEKA, kita 'menghalalkan'kan beberapa perkara dan meringankan cara.
eh, tak apa lewatkan solat, bukan aku langsung tak solat.
ah, mata ngantuk... tak mengaji pon tak apelah hari ni.
eh, raya... tak ape, aku singkatkan tudung sikit tapi still tutup dada apa (nak cantik punya pasal).

kekadang aku rasa...
bagus juga Allah rentap rasa gembira dan datang rasa sentap dan sedih dgn ujian2 dariNYA.
biasalah manusia, bila teruji baru ingat Allah.

hijrah tak semudah bicara.
istiqamah lagi besar cabarannya.
hati perlu sentiasa dididik...
jiwa sentiasa perlu diberi sentuhan.
jangan sampai hati mati.
jangan sampai jiwa kontang.

kekadang menulis dan berpesan juga motivasi terbaik.
bila berkongsi, takkan kau taknak buat apa yg kau kongsi.
itu nama cakap tak serupa bikin.
pedulik org kata "ah kau nak tunjuk baik".
katakan: "yer, aku tunjuk baik sebab aku nak jadi baik!"

TITIK






4 comments:

  1. setuju...menulis boleh jadi motivasi untuk perbaiki diri kita..dari bermonolog bersendirian atau simpan dalam hati...
    dengan berkongsi, ilmu itu dipanjangkan...tak rugi pun :-)

    ReplyDelete
  2. Agree sgt dgn ina.kita rasa yg sama.
    tika iman surut..tika itu kita perlu ketuk diri tuk dinilai sendiri.surutnya iman jaauh lg baik jika kita mampu segera sedar dari terus tenggelam.after all..kita hy manusia biasa
    bila kita mengetuk diri atau diketuk allah krn terleka sebentar..tanda allah ingin kita kekal dlm hidayah nya.maka dgn bgkit semula..make sure kita juga bgkit dgn iman yg lebig tinggi dari sblm kejatuhan td..air mata ditangisi lebih byk.begitulah seterusnya.

    Ya ina....org kata kita tunjuk baik.mcm bgs sgt bila kita share ilmu dan nasihat manasihati.sedih juga.tp sebenarnya....dakwah meskipun kecil itu jugalah bantu terus mengekalkan diri kita dlm landasan benar slg kita tau apa kita buat semata2 krn allah...biarpun manusia slh nilai..

    Kita buat itu kerana kita syg mereka dan diri kita....andai mereka tetap berpaling..biar lah mereka berpaling krn allah maha mengetahui yg tersembunyi di hati mereka yg degil dgn peringatan yg berkali2..seperti dlm quran.
    Sebaliknya kita harus syukur..allah kurniakan kita ilmu tuk diamal dan disebarkan agar kita terus blaja menilai diri melalui peringatan demi peringatan.

    Nak jadi baik..mmg kena buat baik....*mode pujuk diri juga*

    ReplyDelete
  3. Terkena pada diri sendiri. Huhuhuhuu...mmg benar. selalu terleka dengan urusan duniawi sehingga mempermudahkan segala urusan ukhrawi....semoga Allah sentiasa memberi kita kesempatan untuk memperbaiki diri...insyaallah...

    ReplyDelete