RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan. Tapi wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama.
Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.” (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)
Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.
Walaubagaimanapun, jika wanita berkeinginan ke masjid, berikut adalah ADAB yg perlu diutamakan:
1- NIAT ikhlas kerana Allah.
2- MEMINTA IZIN SUAMI atau AYAH
3- MENUTUP AURAT DGN SEMPURNA - Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.
4- TIADA SEMBURAN WANGIAN - Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: “Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut).” (Riwayat Baihaqi)
5- MERENDAHKAN SUARA - Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita.
6- MENUNDUKKAN PANDANGAN - Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.
Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.
# nota ringkasan dari artikel asal: http://www.sinarharian.com.my/rencana/tarawih-wajarkah-wanita-hadir-1.298561
::Pendapat 2 sen dari Puan Blog::
Sorry to say, hasil pemerhatian... saya sangat2 kecewa dgn muslimat yg hadir di Masjid terutamanya bab berpakaian. Kecewa itu bertambah bila adab2 ini dipinggirkan oleh muslimat2 'core' masjid yang sepatutnya memberi teladan yg baik kepada yang baru berjinak ke masjid. Mereka juga dgn sifat kroni, lantang ketika bersuara, bertadarus dgn volume yg kuat, bercakap ketika berlangsungnya majlis ilmu dan worst lagi, time azan pun bercakap... dan perasaan 'tuan rumah' buat muslimat yang lain rasa tidak selesa.
Hal ini berlaku hampir di semua tempat. Bila saya share dengan kawan/kenalan, rupanya mereka juga hadapi hal yang sama. Tapi sebab cintakan rumah Allah... rindukan Majlis Ilmu yang sangat besar khaifiatnya, hal-hal ini ditolak tepi. Anggap ini gangguan-gangguan yg perlu ditangani dengan bijak.
Tapi pada saya yang jahil ini,
Sebaik-baik solat wanita adalah di rumah kecuali bila ada majlis ilmu kerana tuntutan majlis ilmu itu adalah lebih utama dari solat berjemaah bagi wanita. Walaubagaimanapun, pahala berjemaah bagi wanita tetap sama dengan lelaki berdasarkan hadis ini:
Dari Ibn Umar r.a., bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “solat berjamaah itu adalah lebih utama dua puluh tujuh derajat dibanding solat sendiri” (Hadis muttafaqun alaih)
Hadis ini pada hakikatnya berlaku umum, ertinya baik laki-laki maupun perempuan akan memperoleh pahala yang sama apabila melaksanakan solat berjamaah.
Tapi jika kita tidak mampu menjaga adab-adab utama ini, rasanya solat di rumah adalah jauh lebih baik.
Wallahua'lam... teguran/perkongsian lain dialu alukan... moga ada keberkatan untuk kita bersama.
salam ramadhan
ReplyDeleteperkongsian yang menarik dan bermanfaat..tq
hihi...ada kawan saya cerita kat msjid umah dia....masjid jalan duta...yg pakai seluar tight ngan telekung pun ada kak...bonggol unta?jangan cerita...kat mn2...huhu...kite tengok pon malu...
ReplyDeleteyg pentg niat nk ke msjid...solat jemaah bukan utama...radhatul jannah tu yg nak...sbb dok depan tv dengar kuliah x sama cam dok depan guru...malaikat...semut...ikan doa tok pencari ilmu....dalam masjid...di lindung sayap malaikat...
kalu mcm saya ni baik laa solat kat rumah je. masa blm ada anak dulu, rasa terganggu jugak bila yg bawa anak kecik menganggu jemaah lain. panjat blkg jemaah, buka beg dan sebagainya. so ambil iktibar dari situ maka solat dirumah adalah yg sebaiknya...
ReplyDelete