Friday, July 4, 2014

#FromDarknessIntoLight vs Ustazah Mee Segera?


"Wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan." - Felixia Yeap.

"Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal. Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya. Perjalanan saya bergelar Muslimah bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. Jika saya mengumumkan pengislaman ini lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri"
- Aliza Kim, 20-an, model kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat berdarah Thailand. cer gugel #AlizaKim tgk... 

ALLAHUAKBAR! Sungguh KAU maha pengasih lagi PENYAYANG... 
Hidayah dan taufik milik orang2 yg mencari... 
tak kira bangsa, agama, kulit dan rupa.

saya memang suka kisah2 #FromDarknessIntoLight. motivate me a lot! mungkin ada yg kata: dah brubah, brubah jerla... senyap2 tak yah nk pungpang2 sangat. ko pon bkn baik sgt sblom ni... takyah nak jadi USTAZAH MEE SEGERA sangatlah! 

kami... (yer mungkin saya antara yg di-claim as ustazah mee segera ) ni bukan nak jadi ustazah pon... 
pada saya, kalau boleh nak share betapa hebatnya ketenangan bila pulang kpd fitrah dan NAK SGT2 orang lain pun rasa NIKMAT yg sama sebab ianya mmg satu rasa yg super2 osem! ketenangan yg tak pernah rasa sebelum ni... memang takde pon rasa perkongsian ni utk cari publisiti murahan tapi kalau ia boleh bersifat 'dakwah agent' kenapa tidak kan... setiap dari kita adalah daie dan tidak perlu kesempurnaan utk mengajak orang ke arah kebaikan.

Macam tulisan2 saya di sini... di facebook...
ada juga yang menyampah... konon rasa keimanan... keinsafan tak perlu ditulis dicerpen, cukup hanya antara kita dgn Allah. tak penat2 lagi ker mengulang cerita lama berulang kali?

kamu dan kamu-kamu...
saya juga manusia lemah... ada masa iman ada pasang surutnya. 
ada masa saya kalah dgn nafsu yg bersarang dlm diri... 
banyak titik2 hitam di seketul hati yg berusia 27 tahun sebelum Allah jentik hidayah ketika itu.
bila saya kalah... bila saya lelah... bila iman susut...
tulisan2 saya ini akan kadang kalanya sangat2 membantu. 
lantaklah kalau kamu rasa syok sendiri tapi memang saya mengaku, saya selalu terkesan. 
macam tak sangka saya pernah tulis sebegitu. dan kemudian ia tiup satu semangat, kalau kau pernah tulis sebegini, malu kalau kau tak buat... itu nama cakap tak serupa bikin.
PANG! tamparan hebat utk diri sendiri dan terus rasa macam tersedar dari lamunan. (gituuuuuu...)
tapi sebenarnya tak kisah dah pun tanggapan orang...
biarlah niat tu hanya kita dgn Allah.
Allah maha tahu...
skg hati dah kebal...
tak hidup dek puji, tak mati dek keji. :)

Dan...
kalau jika dgn tulisan2 ini mampu jentik hati2 separa mati yang lain, ia satu bonus bukan?!
walaupun saya tahu... tulisan ini mati sehingga Allah jua yg Maha menggerakkan hati2 yg lain. mungkin tulisan dan kata mati ini hanya sbg asbab nya sahaja.

ok, sekian bebelan rambang di 6 Ramadhan. 


**kopipes**
n i really meant it...




6 comments:

  1. semoga setiap perkongsian itu memberi kesedrn kepada mereka..
    tidak perlu untuk mengmbil negatif kte2 orng.. ykin dgn diri kita untuk menjadi muslimah sejati..

    ReplyDelete
  2. :) agree ina.totally agree with u.
    bukan niat nak menunjuk2 tp niat sbnarnya nak rakan2 dan keluarga rasa betapa nikmatnya ketenangan.hati yg sentiasa sejuk dan redha.jiwa yg lapang bila mengingati allah.

    tp syg..tak semua faham apa kita cuba smpaikan.ada yg anggap kita ni ustazah mee segera mcm bagus.tp takpelah..satu hari bila mereka sndiri jumpa apa yg juga rasakan..pasti mereka mula mngerti apa itu erti dakwah dan perjuangan bersama.

    ReplyDelete
  3. lg satu..ramai masih tak faham..

    hidayah allah bukan ditunggu.tp hidayah allah dicari.kerana kita mencarilah..dtgnya taufik dan hidayah Allah itu.sebaliknya,kalau terus tunggu..dgn hati yg terkunci telinga yg tertutup..smpi bebila pun hati tu mati tanpa sekelumit cahaya.

    ReplyDelete
  4. Biarlah ape orang nak kata..janji kita bahagia dgn cara kita sendiri..dorg tu jeles je sebenarnye tuh..heheh..peace!!

    ReplyDelete
  5. setuju.. saya dulupon menulis begitu... walau bukanlah saya ni guru agama, ustajah atau lulusan bidang agama tapi saya sharing dan terus sharing ape yg terkesan dihati dengan niat moga2 sampai kehati2 orang lain.. dan hikmahnya tulisan itu menembak diri saya semula dikemudian2 hari.. insaf dengan tulisan sendiri :)

    good luck! keep writing kak!

    ReplyDelete