Sunday, March 9, 2014

Pesanan ayat 83 di tragedi 8 haribulan 3

Pagi ini…
Terjaga aku dari tidur,
Betapa aku harap cerita semalam itu mimpi semata.
Tapi Tuhan punya aturan…
siapa kita menidakkan apa yg DIA kata YA.
Hanya mampu berdoa. 
Tapi sembang pasal berdoa tapi tak berdoa dgn sebenar doa adalah POYO jer. 
Please jangan jadi POYO.


Dalam keghairahan kita berkongsi berita atau apa shj rumours, satu jerlah saya nak share dan ini satu teguran kpd juga tadi.

Surah An-Nisā':83 - Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu.

Sebaiknya, kita tunggulah official news. 
Hentikanlah sebarang spekulasi, dan ini bkn hal yg mudah  sebab ini melibatkan hubungan 14 buah negara. Semoga kita semua terkecuali dr sebarang fitnah.

Biarlah simpati kita dtg dgn empatinya. Bkn sekadar status di mukabuku, tapi sama2 kita solat hajat minta Allah beri yg terbaik utk semua… permudahkan urusan pencarian dan diberi kekuatan utk keluarga mangsa.
Innalillahi wainna ilaihirajiun…
#prayforMH370



2 comments:

  1. PastI ade hilmahnyakan... hope for miracle...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ina, Subhanallah... Allahuakbar... Sheila termimpikan mh370 malam tadi. bila terjaga tu, memang terkejut sangat. semoga apa yang sheila mimpikan bukan satu kenyataan ... amin...

    ReplyDelete