Tuesday, March 18, 2014

DHUHA. Amalkan dan rasakan sendiri penangannya! :)



Feb.2014 | Masjid Terapung Kuala Ibai, Kuala Terengganu | Huawei Ascend P6

Assalamualaikum wbt sahabat2 semua.
Setiap hari, mulakan hari indah kita dgn solat sunat Dhuha. Jaga sholat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Rezeki bkn sekadar dlm bentuk kebendaan, tapi juga dlm bentuk kesihatan yg baik, suami/isteri yg menyenangkan, anak2 yg cerdik, sahabat2 yg baik, jiran yg baik, rakan sepejabat yg baik… eh, banyak lah kalau nak senarai. tak terhitung! semua rezeki utk kita.
Tak boleh byk, kita mulakan dgn 2 rakaat. Niat x pandai bahasa arab, melayu pon boleh: 
"sahaja aku sembahyang sunat dhuha, 2 rakaat krn Allah Taala"
Kalau kata rasa nk cpt sgt, taknk baca surah pilihan pun takpe, baca al-fatihah jer. Buat dulu kemudian rasakan nikmatnya.
Mungkin awal2 ni rasa berat. takpe... paksa diri! lama2... bila keterpaksaan jadi kebiasaan, hari akan jadi serba tak kena bila tertinggal atau disengaja tinggal.

Ada yang tanya... macam mana nak solat sunat Dhuha kak? apa surah pilihan?
Nak ilmu detail, kena belajar lah atau beli buku panduan solat sunat. tapi saya just share dalam bentuk santai jerla erk... solat sunat dhuha sama macam solat subuh tanpa Qunut. 2 rakaat lepas tu salam. tapi hari tu ada Ustaz share, 2 rakaat tak memadai dgn keperluan seharian kita... kena 4 rakaat. tapi jgn terikat dgn ni... kalau rasa 4 tu berat, buat 2 dulu. jauh lebih ok dari langsung tak buat. bila iman dlm diri makin grow up seiring sejalan dgn tumbesaran badan (ngehee...), boleh up jadi lebih dari tu hingga 12 rakaat.
Surah pilihan dalam Solat Sunat Dhuha pula takde penekanan yg wajib pun. baca jer mana2 surah pilihan. kalau taknak baca surah pilihan pun tak apa. tapi mengikut yang dianjurkan ulama:
Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
Selamat mempraktikkan DHUHA dalam diari harian anda dan rasakan sendiri 'pengangan'nya! :)

Love u Lillahi Taala sahabat semua…

8 comments:

  1. tak pernah buat... da lama nak buat. tapi tak buat2 lagi. doakan saya ye.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju tang kena ada sedikit paksaan atas diri sendiri tuh, bila dah terbiasa, kita akan secara fitrahnya cuba memperbaikinya.. dan jadi addicted to it. Kalau tertinggal rasa bersalah plak.. rasa sedih sebab tersia-sia rezeki untuk dhuha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ina. alhamdullilah. terima kasih berkongsi cara menunaikan solat sunat dhuha.. lepas subuh terus buat, boleh kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila,
      tak boleh sayang... lps solat subuh adalah waktu haram solat sunat. kena tunggu 15 minit slps waktu syuruk. dalam pukul 8 ke atas hingga 15 min sblom zuhur.

      ---
      Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).

      Delete
  4. Alhamdulillah..
    Insya Allah moga saya terus istiqamah..
    Tq 4 a good entry

    ReplyDelete
  5. Insyallah..thanks saling mengingatkan ye..=)

    Just blogwalking n done following ur blog..:-)

    ReplyDelete
  6. thanx ina saling mengingati...
    sekadar kongsi pengalaman diri...
    pernah terdetik dihati dan terkeluar dari mulut pun
    bahawa aku tak mungkin akan lakukan solat sunat...(atas faktor sedar diri ni mcm mana)
    sekadar menjaga solat fardhu sahaja....

    namun,entah bagaimana
    selalu intai2 solat sunat,,
    sunat apa,bagaimana,bila,dan fadhilatnya...
    Allahuakbar....

    kini...
    solat dhuha makanan harianku...
    sedang mendekati pula sunat tahajjud..
    namun agak berat buat diri aku yang lemah...
    buat bila hanya ada kekuatan..
    tertewas dengan keenakkan tidur ....

    moga aku mampu jadi seperti mu........azlina




    ReplyDelete