Thursday, March 27, 2014

Surat cinta buat xxxx...

... Dan inilah surat cinta buat xxxx yang tercinta.
dan dikongsi di sini dgn harapan mungkin menjadi iktibar utk yyyy atau zzzz...




salam xxxx,
kak na harap sgt apa yg kakna tulis ni xxxx ambik disisi yg baik dan bebas dari apa pun prasangka. demi Allah, kakna hantar surat cinta utk xxxx ni dgn penuh kasih syg...

xxxx...
masa mula kakna mula2 kenal xxxx, kakna suka sgt. akak rasa xxxx cantik dgn menutup aurat dgn sempurna. kesempurnaan tu datang pakej dgn pembawakan diri xxxx yg peramah. masa tu kakna malu, sebab kakna tak mampu nak pakai mcm xxxx dan yg lain...

skrg bila tgk gambar xxxx pakai baju lengan sekerat, dah tak pakai stokin, tudung dah kecik... sedangkan xxxx yg sekolah arab terlebih dahulu dapat kesedaran/kewajipan tentang aurat... kakna jadi sedih. sedih kalau satu hari nanti Allah bolak balikkan hati kakna dan lupa/leka... takde siapa nak tegur kak na masa tu. dan kakna terus dlm kelekaan tu... 

ya... akak tahu, akak tak mampu nak ubah family sendiri. hanya mampu menegur, jika mereka tak terima... takpelah... akak dah jalankan tanggungjawab akak. begitu juga dgn xxxx...

kakna juga tahu kakna tak layak nak berpesan mcm ni dgn xxxx. kakna masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki. kakna hantar surat ni memang dgn harapan jika satu hari nanti kakna terbabas, xxxx akan jd pengingatnya... biasalah, kita perempuan dgn nafsu berhias suka dipisahkan. lara dunia buat kita terleka...

moga Allah istiqamahkan hati kita... jadi isteri solehah bukan sekadar utk tampil cantik depan suami, tapi depan Allah juga. cari redha Allah dlm mencari cinta suami.

maaf yg tak terhingga jika surat cinta ni mengguris hati xxxx... 
lagi sekali, kakna tak maksudkan yg bukan2... ditulis dgn penuh kasih sayang kerana Allah.... jika terbit sekelumit rasa menyampah/prasangka, xxxx anggap jer akak tak pernah hantar surat ni...

-Kak na-



Demi Allah... 'surat cinta' ini ditulis dgn penuh kerendahan hati, tulus ikhlas dari hati demi kasih sayang krn Ilahi. alhamdulillah, teguran manja ini diterima dgn lapang dada oleh xxxx, malahan xxxx sangat berterima kasih dgn teguran ini. dari sudut saya, sbg saudara... jadi tanggungjawab menegurnya. 

surat cinta ini membawa kpd perbualan yg panjang. rupanya kelekaan dan mahu tampil cantik dpn suami buat xxxx tersasar. krn apa,  fikir menutup aurat tu hanya dgn berjubah dan baju kurung. lalu dituduh tak pandai berhias utk suami. salah... kalau teringin nak pakai skirt dan blouse, silakan... banyak blouse yg menepati syariat. berhiaslah mengikut syariat landaskan.

(selingan).kalau dulu, saya tak 'berani' nak kluar rumah tanpa mekap sebab saya mmg rasa saya takde neutral beauty dan sgtlah mak lampir kalau tanpa mekap. skrg, Allah bagi kekuatan luar biasa dgn muka bogel. jgn kata mekap... bedak pun tak pakai. sebab apa... senang nak solat. tapi suami tetap puji cantik walaupun kadang2 saya tahu dia berdusta tapi dustanya saya hargai sebab saya tahu dia nak bagi sokongan moral kat bini dia ni. terima kasih abang...

sambung...
tak terluah rasa gembira saya bila xxxx menerima teguran ini di sisi yg positif. buat saya makin percaya dan pegang: jika teguran/perkongsian kita baik dan benar2 ikhlas tanpa niat nak cari kesalahan2 orang, insyaAllah orang yg ditegur dapat rasainya sendiri. ikhlas si pemberi... ikhlasnya pasti dirasa oleh si penerima. 

pesanan buat saya sendiri...
ada orang berkongsi sebab nak tunjuk dia tahu... ada orang berkongsi, sebab nak tuju/sindir orang lain... ada orang berkongsi sebab memang benar2 ikhlas nak kongsi. tapi kita... setiap teguran, anggaplah teguran ikhlas utk kita. niat orang kita tak tahu...
biarlah setiap teguran/perkongsian yg kita luahkan benar2 ikhlas dan bukan niat nak cari kesalahan orang atau nak tunjuk kita tahu...
wallahua'lam...

moga Allah redha...


7 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina.. syukur alhamdullilah sheila selesa berwajah bogel begini tanpa make up. hargai apa yang Allah SWT dah kurniakan dan jadikan kita sebaik-baik kejadian. nak berhias untuk suami tak salah, cuma kena pandai memilih yang menutupi aurat kita. In shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....semoga kita semua terus istiqamah dalam perubahan :)

    ReplyDelete
  3. me too.. memang tak suka pakai mekap... senang nak solat dan takde alasan susah nak basuh muka bagai.. terutama bila solat dhuha kat ofislah.... ramai yg reluctant sbb nnt nak mekap balik kan. Dan ada jugak yg solat hujung waktu sbb nak kumpulkan zuhur n asar sbb susah nak mekap balik

    ReplyDelete
  4. Bab menegur ni lah yang selalunya fail.. takut nak tegur sbb takut mengguris hati.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Baguslah akak ada kekuatan tu, kekuatan untuk menegur... Saya kat situ yang lemah... Selalu hati jela yg sakit then menyesal sebab tak tegur... huhu

    ReplyDelete
  6. teguran yg ikhlas dr hati akan menyentuh hati juga

    insyallah.
    ;)

    ReplyDelete