Thursday, July 11, 2013

Yang dinanti dah tiba! :)

Assalamualaikum kesayangan...
Semoga kesayangan2 hamba di sini sihat walafiat dan dalam pelukan kasi sayang Allah sentiasa...

lamanya blog terbiar sepi tanpa entry.
satu masa kerja menggunung sampai weekend pun kerja...
tengah busy2 tu la, seminggu puan blog MC. Allah bagi sakit nak suruh rehat.
masuk kerja, boss cakap boss dah siapkan kerja yg tersisa. terus ber-YEAAA dpn boss!
ok, terus redha takde bonus tahun nih! kihkihkihhhh~~~

Alhamdulillah... syukur yg tak terhingga kerana masih diberi kesempatan waktu untuk bertemu lagi dgn RAMADHAN KAREEM... 



Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”




Dikala kita ditemukan lagi dgn Ramadhan kali ini...
semoga kita sudah benar-benar bersedia...
tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya... 
ia bkn hanya tentang berpuasa dari makan dan minum...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemu Tuhan.
rebutlah peluang yang terbentang!


Dan...

buat kenalan, sahabat, rakan dan taulan yg disayangi...

jadikan Ramadhan ini titik hijrah utk jadi lebih baik dr semalam...
jika sebelum ini bertudung singkat, usaha utk labuhkan sedikit...
jika sebelum ini bertudung on-off, ini masa utk kekal bertudung...
jika belum bertudung, mungkin tiba masa utk belajar bertudung...
biar terpaksa dari langsung tak mencuba...
mula-mula seakan paksaan... lama-lama dtg keikhlasan...

sama-sama kita berpesan, 
mana tahu di Syurga kelak kita berjiran...



Selamat berpuasa kepada sahabat Islam semua. maaf andai ada entry, kata, komen yang mengguriskan. 
saya manusia yg tak lari dari silap dan insyaAllah akan terus cuba perbaiki kelemahan yg ada...


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah berlalu.” Hadith sohih riwayat Bukhari dan Muslim.






6 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina, semoga cepat sembuh ya. selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ini membawa barakah ke atas kak ina sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ina.. Slmt menyambut ramadhan Kareem..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa..

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalani ibadah dan selamat berpuasa ina.
    *suka ayat awak di atas nun... =) insyaallah

    ReplyDelete