Thursday, August 9, 2012

Tentang WANITA itu - Aku mahu tapi aku tak tahu! :(

Tentang WANITA itu...
jiwa kosong minta diisi...
ingin sekali kakinya melangkah ke Masjid...
berterawih...  berqiamullai...
berzikir munajat memuji kebesaran Allah...
sujud memohon keampunan atas dosa2 lalu...
arghhhhhh~ sungguh wanita itu mahu!

tapi wanita itu punya kekangan masa...
juga bagaimana dengan anak2 kecil di kiri kanannya?
jangan bersedih wahai wanita itu...
kamu mampu lakukannya sendirian di ruang kecil di teratak syurga milikmu...
di sunyi malam di kala anak suamimu sdg tidur...
perlahan kau susunkan langkahmu...
capai telekung juga sejadahmu...
SUJUDLAH!!!
kamu pasti temu satu ketenangan yg tak pernah kamu rasa...
kamu pasti merasa air mata sejuk mengalir di pipi gebu mu...
menangis kerana sebuah taubat... segalanya kerana ALLAH...
lagi indah rasanya dari terima hadiah berupa handbang GUCCI mahupun PRADA...

"di kala aku bangun sepertiga malam, tidak tahu apa yg harus dilakukan!
yer, aku mahu!!! tapi aku tidak tahu!!!" wanita itu merintih sedih kerana kejahilannya...
jangan sedih wahai wanita... aku juga seperti kamu. juga pernah menangis kerana kejahilanku...
dan harusnya aku mengerti rasa itu... dan tidak ku mahu kau rasa apa yg aku rasa...
lalu kukongsi satu rahsia...
aku pernah sujud dengan bantuan sebuah buku...
pernah bantu aku... mungkin juga kamu...
InsyaAllah kau akan rasa apa yg aku rasa...
rasa yang tak terungkap dengan kata...
yang pasti kamu akan rasa... cinta ALLAH tiada syaratnya...
cinta ALLAH itu agung buat kamu... aku... dan mereka yg ikhlas mencari cintaNYA...




buku ini mungkin hanya akan membantumu mulakan langkah...
kemudian bila kau sudah pandai menyusun tapak... carilah GURU...
memperbetulkan yang mana silap yg tak kita tahu...
InsyaAllah... kita mampu jadi ketua bidadari buat suami di Syurga Allah nanti...
ohhhhh~ tetiba tak cukup tisu nak lap air mata dan hingus. :(



#rebut setiap peluang yang masih bersisa... siapa tahu kamu temu Lailatul Qadar... di malam yang doa sangat makbul. Semua malaikat ditugaskan mengaminkan doa. Marilah kita habiskan dengan menangis di depan ALLAH. Apalah gunanya mata yang tidak menangis di depan ALLAH.


9 comments:

  1. ye kak ina..kekangan tak sepatutnya terus jd kekangan..Insya allah dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer! kita mesti keluar dr kekangan!

      Delete
  2. ina..nk tanya..actually lama dah duk peram dlm kepala otak..taktau nk tanya siapa. kebetulan jumpa blog ina.. ok, soklan saya..kalau wanita tersebut sedang dlm hadas besar (haid, nifas)maknanya dia mmg takleh solat, baca quran dan puasa kan. So, macamana dia nk rebut ganjaran lailatul-Qadr itu sedangkan dia tidak boleh solat? adakah sekadar berzikir sudah memadai? maksud saya,nak menghidupkan mlm2 10 terakhir ni mcm mana bg wanita yg sedang haid @ nifas? harap dpt membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry atas keterlewatan membalas komen awk sebab pada mulanya x berani nk komen hal2 begini, maklumlah... ilmu masih cetek. dan 2 hari lps dpt pencerahan dr ustaz di IKIM mengatakan wanita yg dlm haid, dan dia ikhlas utk mencari Lailatul Qadar, insyaAllah, dia dpt ganjaran lailatul qadar tu. even bgn mlm doa sambil baring pon xper... dan ia tidak terhad kpd ibadah shj... sedekah semua tu diambil kira. bayangkan kita bersedekah rm10 dan mn tahu mlm itu adlh mlm lailatul qadar, kite dpt ganjaran 1000 bln. so, jgn risau k... wanita sdg haid dan hadas masih ada peluang utk dpt ganjaran lailatul qadar. Wallahu'allam...

      Delete
  3. ina..dpt x comment saya sebelum ini? tetiba jek ilang..haishh.. :(

    ReplyDelete
  4. salam kak.
    sekarang ni baca blog akak je mesti airmata ni senang mengalir! T___T"
    terima kasihhhhhh <3 love love!

    ReplyDelete
    Replies
    1. olololooooo syayam syayam...
      lap sket hingus tu. comot! ;)
      love ketat2!

      Delete
  5. ina, sekarang saya memang bukak buku letak kat depan waktu solat.
    ada solat2 yang memang saya tak hafal surah dan doa nya.
    semoga Allah permudahkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... ina pon byk wak cenggitu. dh lama, sikit2 melekat dlm pale otak. biasala... kena praktikal awl2 ni...

      Delete