Hari Ahad... hari minggu...
takyah gitau, semua orang tahu! **eh, cam pantun 2 kerat plak kan? :p
takder... ni nak story da story ni.
ahad lepas, ikut suami solat Zuhur kat masjid. masuk2 jer ruangan solat, terpandang sekujur jenazah di tengah ruangan solat. tetiba rasa macam takutttttttttt sangat. bukan takut mati, tapi takut sebab bekalan masih tak cukup untuk ku menghadap Ilahi. hakikatnya, ajal itu akan datang bila2 masa. Allah tak tunggu kita bersedia atau tidak.
bila habis solat, imam announce kata ada jenazah wanita yang baru meninggal dunia dan minta sama2 solatkan jenazah itu. saya terpinga-pinga. ah sudahhhhhhhhhhh~~~ ini satu2nya solat yang saya tak belajar! terlepas pandang! jahilnyer!!! rasa nak hantuk kepala kat tabung masjid yg besar tu jer! (setakat belajar teori tanpa praktikal itu sangatlah tak menjadi)
takperlah... follow tok imam jer. seb baik saya tak bentang sejadah! dalam kejahilan, masih lagi ingat yang solat jenazah takder rukuk, takde sujud. kalo tak memang haru biru... mahu kena sekeh ngan makcik sebelah. huhuuuu...
balik tu terus gugel cara solat jenazah yang betul. taknak dah mengulangi kejahilan yang sama. risau lagi kalau mak sendiri atau ahli keluarga yang lain yang meninggal, aku tak pandai nak solatkan mereka! ya Allah, masa tu baru rasa sangat2 tak guna!!! oh, tak nak!!! saya taknak jadi anak tak guna!
di sini, saya kongsikan cara SOLAT JENAZAH (yang paling ringkas) - dengan rujukan kepada artikel yang ditulis yang telah dirujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
- Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
- Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
- Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
- Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia
- Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
- "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan
- Selesailah Cara Ringkas Solat Jenazah
#untuk cara solat yang lebih terperinci, boleh rujuk pada artikel asal di SINI.
Lepas ni, saya lebih bersedia untuk solat jenazah. antara cara yang boleh menggentarkan hati kerana mengingat diri akan kematian. teringat sebuah hadis;
"Orang yang paling BIJAK ialah orang yang selalu ingat kepada MATI dan sentiasa bersedia untuk mati (dengan melakukan amal ibadah)"
dan teringat juga satu hadis (yang tidak saya pasti sejauh mana kesahihannya) yang dikongsi oleh seorang ustaz dalam sebuah majlis ilmu yang mana maksudnya lebih kurang begini;
"kalau tak mahu menghadiri majlis ilmu, baik kamu disolatkan dengan 4 takbir"
RENUNGAN BERSAMA...
oh tiba2 berdebar dgn gambo yg last tu..byk dosa camni la..solat jenazah pun tak reti jugak sbb selalu tgk lelaki je yg buat..nak katok jugak kepala sendiri ni dgn sudip. adoi la.....
ReplyDeleteseriusly mmg tak tau jugakk...ina, thanks sbb sharing psl solat jenazah..at least da tau, solat jenazh ada 4 takbir...
ReplyDeletetq ina for sharing.. kita pun jahil gak solat ni:-(
ReplyDeletesaya pun tak pernah nak ambik tau psl solat jenazah sampai lah umrah hari tu, setiap waktu ada je solat jenazah, dah tu jahil lagi tak tau ni mayat lelaki ke perempuan ke kanak2 sbb imam ckp arab T____T
ReplyDeletealhamdulillah, trima kasih cik kaki..entry ni sgt menginsafkan & membuka hati utk belajar cara solat jenazah. skrg ni nak join kelas mandikan jenazah plak. cik kaki ada sumbernye??
ReplyDeleteye kak ina..solat yang satu ni tak pandai nak buat..antara azam tahun ni belajar solat jenazah dan mandi jenazah..sedih klu esok lusa mak ayah kita pergi..kita taktau apapun..sedangkan itu hadiah terakhir kita utk mereka
ReplyDelete