Tuesday, November 20, 2012

Tudung Labuh Project vs Tabung Bantuan GAZA

Assalamualaikum...




kengkawan semua... ni nak story da story... nak share update terkini hiburan sensasi tentang TUDUNG LABUH PROJECT

Setelah hampir 2 bulan tabung ini dilancarkan, tiba masa saya tutup kutipan sumbangannya. tapi kalau masih ada sumbangan berupa tudung, anda masih boleh boleh email saya dan insyaAllah saya akan membantu memanjangkan amal anda dengan memberi nama&alamat yang memerlukan, dan anda boleh pos terus kepada mereka.

Saya sangat2 terharu dan gembira dengan kutipan sumbangan wang diberikan. memang tak sangka akan cecah kutipan sebanyak itu (tak perlu lah kot saya nyatakan jumlahnya kan... yang pasti, satu jumlah yang agak besar). dan orang2 persendirian dan juga online shop yang bagi tudung pre-love dan baru pon banyak jugak. memang sangat2 di luar jangkaan. ALHAMDULILLAH! terima kasih banyak2 kepada para penyumbang sama ada dari segi wang, tudung, sokongan dan doa.

Dengan wang sumbangan itu, saya dah belikan tudung AKEL Bidang 60 untuk diagihkan secara pos dan yang dalam KL, insyaAllah saya akan cuba sampaikan by-hand.

Oleh kerana jumlah sumbangan agak besar, saya membuat keputusan untuk menyalurkan separuh dari TUDUNG LABUH PROJECT kepada TABUNG BANTUAN GAZA. harap sangat2 kalian yang terlibat bersetuju dan merestui cara saya menguruskan 'amanat saham akhirat' kalian ini. pada mulanya saya plan, nak membantu pelajar2 susah dan anak2 yatim untuk dapatkan baju sekolah baru tapi bila melihat apa yang berlaku di GAZA, saya mereka mereka lebih memerlukan wang ini.



insyaAllah, saham akhirat kalian akan saya salurkan di jalan FISABILILLAH... 
tak kurang sedikit pun...


para sahabat... di kesempatan ini, ingin saya mengajak kesayangan semua menghulurkan bantuan sehabis mampu untuk membantu pengjihad2 di bumi Palestine. setiap sen dan ringgit, doa dan sekecil-kecil bantuan dan sokongan kita takkan Allah pandang sepi... ALLAHUAKBAR!






3 comments:

  1. InsyaAllah.

    Semoga apa yang terjadi di Palestin sekarang membuka mata semua pihak

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

    ReplyDelete
  3. Good job! Keep up the good work....

    ReplyDelete