Tuesday, November 20, 2012

Ini kisah si burung kecil melihat kekejaman Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim. Bacalah...

Hal boikot memboikot tak habis2 lagi...  kesinambungan dari Entry semalam, bila put status di Facebook, ini komen seorang rakan kepada saya;
"anda sangat bagus. tp nape anda tak boikot fesbuk sama? adakah anda lupa....hmmm...sy rasa anda lupa. tokey fesbuk ni yahudi. kita semua ni...sy, anda, kawan2 anda and kawan2 sy semua....boikot tak ke mana pun jugak. ckp je pandai tp buat tak."

Beginilah ya kesayangan-kesayangan semua...
mungkin kita berbeza pendapat. mungkin awak tak berfikir sebagaimana saya fikir... dan begitulah sebaliknya tapi ingin saya kongsikan sebuah kisah si burung pipit (kalau tak silap, jika silap tolong perbetulkan - kena cakap awal2 ni sebab kadang2 orang cari jer mana salah fakta kita, bukan nak ambil iktibar/moral of story dari kisah yang ingin disampaikan) di zaman Nabi Ibrahim.


Tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Api dikatakan sangat besar menjulang-julang; sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. 

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.


Lalu burung kecil itu membalas, 
"Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."



aku mahu menjadi sang pipit..
ya, mungkin usaha ku kecil cuma... 
tapi aku tak sanggup, malahan takut dari duduk diam tidak berbuat apa...





 
 

9 comments:

  1. 3-4hari ni...ramai yg ungkit2 hal boikot-memboikot ... bila saudara kita di sakiti, naik balik isu ini..kalau tak pnjg blk kita beratur kt mcd... beli balik brg2 J&J..loreal ...duduk blik dkt starbuck.. nk ckp lebih2..pon ramai adik2, sahabat2 , saudara2 kita mencari rezki yg berkerja di syarikat conglomerat tu & ade yg jd budak partime kt kedai makanan sgera.. anak2 kita pon ade yg pakai ubat2 mereka..medium Fb ade yg jadikan tempat berdakwah...medium perantaraan kadar cepat yg kita trus mndapat cerita sbnar keadaan saudara kita di sana... apa2 pun usaha kita...kita sedaya usaha..boikot ke..xsemua dpt sikit2 pon jadi laa.. dr xde.. berdoa..solat hajat... sampaikan derma mahu pon dana besar... tgk youtube anak2 kecik2 hiba tu pon dh memadai...cukup buat kita bersyukur apa yg kita ade... terima kasih burung kecil

    ReplyDelete
  2. halangan, dugaan, ujian sentiasa ada bila nak buat baik...takpe teruskan usaha ina, maybe dengan usaha yg kecil akan memberi kesan yg besar nanti.

    ReplyDelete
  3. bagus....untuk orang2 yang mempersoalkan usaha2 org lain yang kecil ni...cer tanya kat diri sendiri apa usaha yang pernah anda lakukan....
    huhuhu....

    FB ni memang yahudi punya tapi cer guna medium fb ni untuk counterattack balik dorang...lancarkan kempen melalui fb....guna FB ni sebagai satu medium yang berfaedah..ape salahnya?...untuk org2 yg dok pertikai usaha2 kecik org lain cer guna otak sket tak dapat tolong bnyk tolong sikit pon jadilah....Oh maafkan saya tuan tanah....emo plak..huhu

    ReplyDelete
  4. kak Ina..jom jd burung pipit..biarkan enggang2 bersuara angkuh..tp sy pasti enggang2 itu masih punye hati perasaan..tak semua org suka apa kita buat..apa kita tulis..jadi biarkan dan terus tersenyum dan riang macam pipit :)

    ReplyDelete
  5. apa yang termampu boikot..bukan senang nak boikot habis habisan sementelah pulak kehidupan kita secara tak langsung memang dah dijajah bangsa asing dan luar :((...macam mcd tu..mmg boikot..aku pun lama tak jejak MCD cuma aku kenangkan nasib pekerja yang keje situ..cari rezeki...kesian jugak

    ReplyDelete
  6. Ina, penceritaan yang sangat bagus untuk menjawab kepada mereka2 yang mempersoalkan tindakan orang2 yang memboikot produk2 yahudi ini.

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. "mempersoalkan tindakan orang2 yang memboikot produk2 yahudi".. kenapa nak dipersoal plak.. org yahudi ke depa tu? biar hangat2 taik ayam pon takpe janji ada gak usaha.. dari berpeluk tubuh dan menggaru kepala yg tak gatal....

    ReplyDelete
  8. Allahuakhbar.. Sekecil apapun usaha kita,, Allah tetap nampak...ALLAH XPERNAH TIDUR..

    ReplyDelete