Friday, November 2, 2012

Kalau boleh lompat kijang untuk capai tangga teratas, kenapa tidak?!




Dengan menunduk malu, saya mengaku yang saya hampir melalui ke semua tangga cuma saya terus lompat kijang berpijak di tangga ke-2 dengan melangkau tangga 1 (mahu kena buang daerah kalau pakai mcm tangga 1 tu!) sebelum selesa di tangga 8. tapi sumpah, berpakaian seperti di tangga 8 memang sumpah osem!!! tak pernah saya rasa 'selamat' seperti yang saya rasa sekarang...

semasa di tangga 5&6 saya rasa saya dah cukup baik hanya kerana majoritinya berpakaian seperti itu. seakan 8 itu pilihan... mungkin sedikit ekstrem juga (atas sebab kejahilan fikiran saya). yer, sendiri 'fikir' tanpa celik mata hati dan bukak minda fahami konsep tutup aurat sebenar yang dilandaskan dalam Islam.

tapi untuk sahabat yang masih sedang mendaki anak2 tangga, jangan rendah diri...
teruskan berusaha untuk mendaki tangga hingga ke 'tangga destinasi'.
jangan cepat rasa selesa di mana kita berdiri sedang masih ada anak2 tangga yang perlu kita daki...
yer, semakin tinggi anak tangga, mungkin anda rasa anda tak cukup 'tenaga' untuk kaki langkahi...
tapi percayalah... hanya dengan sedikit 'stamina' dan pengorbanan, kita mampu!!!

Mungkin perubahan itu memerlukan masa. ia berfasa-fasa. kerana itu mulakannya dari sekarang... kerana lebih lambat kita membuat keputusan utk berubah, lebih rendah peluang kita...

jika kaki tak cuba melangkah, macam mana nak sampai ke destinasi???





8 comments:

  1. Alhamdullilah...patut tambah lagi tangga tu : )

    ReplyDelete
  2. kak zan masih berada di tangga antara 6 dan 7..masih berusaha melangkah. Teringat adik bongsu yg melompat dari tangga 5 ke 8..malah dia sudah berpurdah. Malah bila melihat pakaian lamanya yg sudah dibungkus (ala2 k pop) rasa macam tak caya..

    ReplyDelete
  3. ya allah...jujur ckp sy di tangga ke 6, sdg berusaha melangkah ke tangga ke-7..semoga sy berjaya dgn dugaan hati yg hebat nie..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas peringatan itu.

    semoga Allah berikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  5. setuju kak ina..rasa selamat..Insya Allah..Istiqamahlah hendaknya :)

    ReplyDelete
  6. insyaallah, tenaga dgn stamina tu yg penting, insyaallah tangga last tu akan dicapai...insyaallah

    ReplyDelete
  7. Tahniah dan melompatlah lebih tinggi demi mengapai mardhotillah

    ReplyDelete
  8. saya kira perlu satu lagi tangga bersebelahan tangga 8 untuk muslimah yang memakai seluar longgar, berbaju labuh dan bertudung labuh..

    ReplyDelete