Monday, November 5, 2012

Pendaftaran Haji melalui KWSP.


Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang kita tahu (kalau ada yang tak tahu, meh sini saya bagitahu) ; seseorang itu perlu membuka akaun Tabung Haji dan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1,300 barulah boleh untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tapi bagi yang berpendapatan rendah , mungkin 'sakit' sikit nak keluarkan RM1,300 tu. Tapi sekarang kita boleh mendaftar haji menggunakan Akaun 1 KWSP

OH, kedengarannya sangat menarik tertarik memang da bom!
Sebenarnya skim ini dah start Januari 2012... tapi masih ramai kut yang tak tahu...

tapi jangan keliru yer, MENDAFTAR menggunakan AKAUN 1 KWSP, BUKAN PENGELUARAN!


Bagaimana? apa prosedur? kena buat apa???!
# sabar sikit boleh? jangan gelojoh sangat... nak tell u ler ni... :p

1- Pastikan Akaun 1 KWSP anda sekurang-kurangnya ada RM1,300

2- Cetak penyata KWSP

3- Daftar Haji di kaunter pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam. gi kaunter cakap: "encik/cik, saya nak daftar haji menggunakan Akaun 1 KWSP" sambil layang2kan penyata KWSP korang depan dorang then diorang tahulah apa nak buat. hehehee... tapi untuk mendaftar ni, korang kena ada akaun Tabung Haji. kalau takde, bukaklah. cakap kat kaunter tu, saya takde akaun tabung haji. diorang boleh bukakkan akaun untuk korang terus masa tu.

OK, dah setel pown! tak sampai sejam kot... tapi jangan terkejut kalau korang dapat giliran 2054! ;)



#untuk info lanjut, boleh rujuk SINI



Perkongsian:
saya pernah dengar satu ceramah seorang Ustaz dalam Kuliah Maghrib, kalau kita dah mendaftar dan menabung, maksudnya kita memang dah ada plan dan usaha untuk menunaikan Ibadah Haji... jika kita ditakdirkan meninggal sebelum sempat menunaikannya, insyaAllah kita akan dapat ganjaran menunaikan haji. tapi jangan kata nak pergi haji, tapi daftar tak... menabung tak... tu memang takdelah... Wallahuallam...

Berdaftarlah... sekurang-kurangnya, kita dah usahakan untuk menunaikan Haji. Allah tahu apa dalam hati kita dan apa usaha yang kita ambil...

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la

Ya Allah... izinkan aku menjadi tetamuMU...
permudahkan segala urusanku... kerna hati ini terlalu sarat dengan rindu...
ingin sekali aku bersujud di hadapan 'rumahMU'...






9 comments:

  1. baguskan...semuanya sekarang dipermudah... KWSP pon perkhidmatan sgt superb..akk dh 1x buat pengeluaran beli rumah, 3x ansuran rumah, 1x unit trust...semuanye dlm 3hari je..sgt memudahkan kite semua..ringan urusan

    ReplyDelete
  2. Insya Allah..semuanya dipermudahkan..sgt best kan Kak Ina :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah.. ain pon dah selamat mendaftar.. masih menabung tuk Auf gak.. supaya dia pon leh sama2 pergi..

    duit kwsp dah abes buat bayar ptptn.. huhu

    ReplyDelete
  4. syukurlah sekarang dah ada kemudahan gini kan sis....
    so, bolehlah grab peluang yang diberi ni....
    Sapphire pun dah ada akaun tabung haji nie sis...
    semoga diberkatiNya usaha kita nie sis...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..aku juga mahu ke sini...pekenan kan lah doa2 kami...aminnn....

    ReplyDelete
  6. thank you for sharing sis. baru tahu nih...inshaAllah nak pegi register la =)

    ReplyDelete