Monday, November 21, 2011

Monolog Hidayah tentang HIDAYAH

"Saya mahu berubah... tapi belum mendapat HIDAYAH..."
Berkata  Siti Nur Hidayah (bukan nama sebenar) sambil menghirup secangkir kopi. dengan berselendang jarang menunjuk pangkal dada dan berseluar ketat, bersandar dan termenung jauh melangkaui jendela melihat hujan renyai2...


jadi aku harusnya bagaimana?

wahai Hidayah...
HIDAYAH itu takkan datang bergolek jika tidak kamu usahakan...
yer, HIDAYAH itu milik Allah...
DIA yg gerakkan hatimu...
tapi kamu harus berusaha untuk mendapatkannya...
bukan berdiri kaku di mana kamu berdiri hari ini...



Makanya mana harus kumulakan?

Hadiri Majlis Zikir wahai HIDAYAH...
langkahkan kakimu ke masjid...
labuhkan punggungmu di Majlis Zikir...
di situ kamu abdikan dirimu padaNYA...
lupakan sejenak lara dunia...
lupakan sedetik keseronokan dunia...
jika kamu mampu melepak di maple berejam rejam bersama teman2...
mengapa tidak kamu mampu bersila di majlis ilmu berimamkan Ustaz dan Ulama' utk sejam dua???
sesungguhnya di majlis zikir itu, para malaikat turut bersamamu...
mengelilingi majlis zikir itu dengan sayap-sayapnya sehingga memenuhi ruang antara kamu dengan langit dunia...
mungkin di situ mereka membantu kamu mendapatkan HIDAYAH dariNYA yang kamu dambakan...

dan...
usahakan lagi...
bangunlah di sepertiga malam...
sesungguhnya waktu itulah hati manusia menjadi sangat lembut...
sesali segala dosa2 lampaumu...
tanamkan azammu...
mungkin HIDAYAH itu milikmu...


#monolog Hidayah bersambung....

-Aku insan kerdil-

"Sesungguhnya jika aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"- Imam Hassan al Basri


3 comments:

  1. tajam sungguh keyboard mu menulis sedemian cik kaki...

    ReplyDelete
  2. LIKE yang bawah tu error.. sila delete segera..

    aku merindui muuu.. ting tong..

    ReplyDelete
  3. cane nk like nih...


    thanks dear darling

    ReplyDelete