Tuesday, November 1, 2011

Tentang Puasa Sunat - Ambe Konfius, Ustaz Azhar Idrus tolong jawabkan!

Assalamualaikum...
Sebelum nak share ILMU yang asalnya aku cari (gugel) untuk diri sendiri, aku nak bagi petikan Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) kat UIA Gombak pada 30.Sept.2011:
Setiap dari kita adalah KHALIFAH walaupun bukan Ustaz dan Ustazah. Ajaklah manusia/rakan taulan untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran...

So, tak nanti nak jadi Ustazah pilihan baru nak share @ ajak orang berbuat baik... :) 
#kenape yer Ustazah Pilihan tu semakin hari semakin Tabarruj penampilannya...

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal 
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                       
3.    Puasa pada bulan Muharram
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura  (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim) 
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w."Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq. Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)


Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, jangan tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • tanggal 1 syawal (hari raya aidil fitri)
  • 10 zulhijjah (hari raya aidil adha)hari-hari tasyriq: 11, 12 dan 13 zulhijjah
  • hari syak mungkin hari mula berpuasa (30 sya'aban)
  • selepas 15 sya'aban jika bukan puasa qadha atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
  • puasa sunnat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak musafir atau berpergian jauh)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • puasa orang yang sakit bersangatan
  • puasa orang yang sangat tua
  • puasa wanita yang hamil
  • puasa orang yang musafir
  • puasa pada hari 'arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • puasa asalnya sunnat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha
  • puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Biasala, pas baca... ada kemusykilan... Kalo wak senyap kang, ade pulak org wak teori sendiri ni... Malas ah nak wak bijak sebab tahu diri tak bijak. ;)

So, aku post soklan kat Page Ustak. Kalo Ustak tak jawab (sebab Ustak kang dah jadi selebriti pilihan skrg), at least ade JKK (upss) tolong jawabkan...

SOALAN KONFIUS GANGGU MINDA CETEK ILMU:
"Assalamualaikum ustaz dan sahabat2 semua...
Jom ramai2 Puasa sunat hari 'Arafah (9 Zulhijjah) yg mana besar fadhilatnya: menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
#persoalan di sini: 9 Zulhijjah jatuh pada hari sabtu iaitu jatuh pada hari makruh berpuasa jika sabtu ditunggalkan. so, PATUTKAH kita puasa pada jumaat 8 Zulhijjah tu? dan saya terdengar, adalah lagi afdal kalau kita puasa pada 7 - 8 & 9. BETUL ker?"
I AM LUCKY one sebab Ustak sendiri jawab...
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) puasa hari 9 zulhijjah sahaja tdk makruh kerana dikira puasa hari arafah..meninggalkan puasa pd 8hb tdk menjadikan makruh..kalau nak puasakan juga jumaat, hukumnya sunat..
Mung dok caye ker Ustak jawab? eh eh... ingat ambe nipu ker? nipu dosa, mati kena seksa! :p
COOL la demo Ustak! Mekasih banyok Ustak dio towwwww~~


7 comments:

  1. ustaz azhar mmg terbaeeeekkk la ina..hihi..kalu kat kuliah dia mcm2 soklan org tanyer..kdg2 tergolek nok suke dgn cara ustaz jawab..kelolo..hehe..

    ReplyDelete
  2. Ina share la lagi pengetahuan yang kita sendiri tidak berapa nak sure!!
    TQ

    ReplyDelete
  3. Anon:
    (letok la namo... sedak sikit)
    tu la... ina baru berpeluang gi 2 kali ceramoh ustak (ulu klang ngan UIA). 12/11 ni ustak maghi cramoh kat masjid ambe gi sokmo (MASJID TMN SERI GOMBAK) tapi ambe pulok balik ganu. OLOH... ralat pulok raso...

    ReplyDelete
  4. fitri senin:
    insyaalah... banyak nak share ni tapi tak ter'share'...
    kdg2 takut org tersalah fhm apa yg kite cuba sampaikan...

    ReplyDelete
  5. alaa..sampaikan jela Ina,benda baik kan..
    lainlah info yang kita sendiri tak pasti tapi main share aje.

    ReplyDelete
  6. salam ina.

    tq for info dan juga peringatan. =)

    ReplyDelete
  7. kamoooo sy lah yg xde name tu..kikiki..camno leh lupe letak..maklumlah x pndai sgt nk komen2 niee..kakaka...blk ganu nnti jupe kite taw..set!!!..umah kite beratus cd ust.azhar!!!

    ReplyDelete