Friday, June 28, 2013

Sesi dialog laki bini di malam Jumaat. eheeemmmm...




ok Perbualan laki bini di malam Jumaat ini bebas dr sbrg unsur2 18sx yer. masih sesuai untuk tontonan umum. tapi saya tak bertanggungjawab kalau anak2 dara yg masih belajar kat Uni tetiba geletis nak kahwin jugak sebab kahwin dan berkasih sayang krn Allah itu hasilnya adalah super ohsem! ;)

isteri: suami... kite rasa x larat sesangat nak gi usrah mlm ni. badan penat sgt.



suami: isteri tahu x... org yg lawan nafsu dia tu adalah jihad yg besar! lawan isteri! bla3 (syarahan ringkas dr suami)....




*lalu bangunlah isteri dan bersiap... 




suami: mesti nafsu menangis mlm ni sebab isteri abg kuat! 



isteri: dia biasa jer... x sedih mana pon (sambil wak muka toye)




*bila nk keluar. suami hantar sampai muka pintu. bagi air masak dlm botol sbg bekal

suami: nah, abg wak air utk isteri (air masak jer pon kot). isteri drive lek lok yer... niat krn apa?



isteri: kerana Allah. suami, nak salam! 




********
Alhamdulillah... QADA' (perlaksanaan takdir) nya  ialah: dgn suntikan/ceramah suami, saya cuba dan berjaya lawan nafsu malas dan usahakan utk ke usrah... dan QADAR (ketetapan takdir) nya Allah sudah takdirkan saya memang bersama-sama Bulatan Gembira saya yg ohsem malam tadi. 



itulah tajuk usrah malam tadi: KEPERCAYAAN KPD QADA' & QADAR. topik akidah yg agak berat juga. tapi Alhamdulillah... mendapat penjelasan yg saya tak dapat di sekolah mahupun universiti. 

kesimpulan:
kita adalah apa yang kita nak. bila kita nak yg baik, kita usahakan yg baik, insyaAllah Allah dorong kita yg baik. 

Salam Jummah buat kesayangan hamba semua.

sorry minggu ni tiada entry membina sebab tuan tanah super busy. tegang segala urat saraf tunjang dan sendiri. dan peluang bekerja di hari minggu seakan mekar mewangi. oh Tuhan, permudahkan urusan2 kami..



6 comments:

  1. assalamualaikum kak ina. alhamdullilah. melawan nafsu juga satu jihad yang besar! hehehe bagusnya akak, toye2 pun bersiap juga. syabas kak ina :)

    ReplyDelete
  2. assalam ina.. boleh ke nak tahu selalu usrah dimana? boleh ke kalau sapa2 nak join.. tq

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. :)

    Saya adalah silent reader.
    Terima kasih berkongsi.

    Saya banyak berbuat dosa dan hati selalu bergolak kerana cuba melawan nafsu. Adakalanya saya tewas.

    Pagi tadi saya tertinggal solat fajr kerana lewat bangun dan kemudiannya apabila terbangun, saya masih melengah-lengahkan.

    Apabila tiba dzhur, baru saya dpt solat dzhur dan gantikan(qada) solat fajr. Saya juga solat taubat supaya Allah mengampuni dosa saya. Kemudian saya tersedar bahawa saya juga pernah berhutang, yakni ada beberapa solat fardhu yg saya tinggalkan suatu ketika dahulu. Lalu terus saya gantikan solat-solat itu juga. Semoga Allah mengampuni saya. Saya khuatir Allah tidak terima kerana pada waktu dahulu saya pernah sengaja tidak solat dan dosa saya yang lain adalah terlalu banyak.

    Puan Ina,
    Puan ada tips tak untuk saya bagaimana mengatasi masalah meninggalkan solat atau melewat-lewatkan solat?
    Masalah saya ini sering terjadi di waktu subuh/fajr. Adalakanya deringan jam berbunyi, namun setelah terjaga sebentar, saya tutup jam dan sambung tidur dengan harapan akan bangun sebelum habis waktu.

    Saya banyak kali menyesal, berazam dan bertaubat tidak mahu mengulanginya. Namun, ada hari-hari tertentu ia terjadi semula. Saya sedar ajal saya Allah akan jemput pada bila-bila masa dan solat itu adalah rukun Iman serta tiang agama yang mana, ia amalan pertama akan disoal kelak.

    Saya sering bergolak melawan nafsu saya bagi hal ini. Saya minta petua jika ada. Saya tahu puan bukanlah seorang ustazah tetapi mungkin puan pernah ditanya soalan begini ataupun dapat berkongsi pengalaman menguatkan kepercayaan kepada Allah serta menguatkan jiwa mentaatiNya, melaksanakan ibadah perintahNya.

    Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan.
    Wassalamu'alaikum..

    -J-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Ukhwah sesama ahli usrah sangat manis..ilmu ditimba, silaturahim dijalin erat..dah lama tak attend usrah, kena mujahadah kuat-kuat lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terjumpa blog Ina ni, satu perkongsian yang baik. Buat saya sedar selalunya tersilap mengikut nafsu malas, huhu. Selamat berpuasa ya.

    Nia, kedaivitamin.com

    ReplyDelete
  6. Ingatkan cerita 18sx la.. Hahaha... Tapi rupanya ceritanya melawan hawa nafsu ye.. Alhamdulillah.. Bukan takat malam jumaat je melawan hawa nafsu, biasa setan sentiasa nak kita kalah, biar dia menang... Kita memang inself tu kena very strong supaya tak terikut dengan hawa nafsu yang cenderung nak kita buat amalan2 yang merugikan kita :)

    ReplyDelete