Assalamualaikum w.b.t. wahai kesayangan-kesayangan hati hamba...
syukur Allah masih bagi kesempatan waktu untuk kita sesali dosa2 lalu dan kembali kepada fitrah dan membaiki iman yg 'sakit'.
Semalam quit shock la jugak bila dengar berita indeks JEREBU di beberapa buah negeri di paras bahaya, terutamanya di Johor dan Melaka. beberapa sekolah kat JB dah kena tutup utk sementara waktu. banyak aktiviti luar terpaksa dibekukan. macam kawan saya, gi bercuti Melaka pun terpaksa terperap kat hotel jer sebab risau kesihatan anak terjejas akibat jerebu ni. dan paling worst kat Singapore kot. sampai club2 ditutup (bagus sangat ler tuh!).
mungkin kita lihat fenomena jerebu ni kesan daripada pembakaran hutan di Indonesia. tapi pernah tak kita sebagai mukmin melihat fenomena ini di sisi yang lain? pembakaran itu sbg asbab nya sahaja?
dalam Al-Quran, ada satu surah khas menyebut pasal ASAP/JEREBU ni dalam surah ke-44, iaitu Surah AD-DUKHAN (bermaksud: Kabut,Jerebu atau Asap). Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini.
"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" [Surah Ad-Dukhan, ayat ke-10]
dan saya terbaca satu hadith: Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA
Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)
Marilah kita muhasabah diri banyak2... pandang dan lihat sesuatu kejadian/hal yg berlaku di luar kotak logik semata. ada banyak peringatan yang Allah beri. dunia dah tua sangat... dah rosak teruk akibat perbuatan dan kerakusan manusia. dan kiamat itu dekat... mati itu bila2 masa. Allahuakbar! kembalilah wahai anak adam... kembali kepada fitrah diri kita yg sebenarnya suci. kembali ke Jalan Allah... jalan yang dijanjikan syurga.
Wallahu a’lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)
Assalamualaikum kak ina... betul kak, tanda2 semua dah jelas lagi nyata. allahukhbar! terima kasih sudi beri peringatan bersama kak :)
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, nice entry.
ReplyDeleteBarakallahuma
Walaupun disebalik setiap musibah ada hikmahnya, yg bertanggungjawab mendatangkan musibah tetap perlu dibawa ke muka pengadilan. Pandangan peribadi saya.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ina..
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini..
nice blog..
ReplyDeleteTakut bila kita teringat bab2 kiamat ni... Teringat amal ibadah yang kurang... Hidup terumbang ambing... Memangnya kita di akhir zaman..
ReplyDelete