Semalam, berlaku pertemuan buta...
setelah dia memilih utk stalk saya untuk 4 thn yg sudah.
akhirnya dia terpanggil utk melayangkan surat layang kpd saya.
yg membawa kepada pertemuan 4 mata.
pertemuan yg mengundang air mata yg tak henti2 nya...
penuh tisu atas meja.
berkongsi rasa yg mana saya pernah berdiri di mana daerah dia berada.
tangannya ku genggam erat.
tak payah utk ku selami rasanya...
saya rasa apa yg dia rasa...
tangisnya tak henti...
akak... saya tak tahu baca Quran...
saya tak tahu sembahyang...
mak ayah tak pernah sekali pun tanya saya tahu sembahyang atau tidak.
kalau saya x sembahyang, utk apa saya bertudung?!
tapi kebelakangan ini, bila nak tidur macam2 saya fikir:
utk apa aku dijadikan di dunia?
sedang aku akan pulang ke sana...
sedang aku tak punya bekal apa2...
Allah dah bagi segalanya tapi aku masih memilih utk menjauhiNYA.
aku hidup utk apa sebenarnya?!
Allahuakbar!
itulah hidayah namanya!
Ya Allah... kasih dan cintaMU tanpa syarat sebenarnya.
Kau maha tahu apa sebenarnya hambaMU mahu...
lalu KAU beri apa yg dia perlu.
adik...
akak bukan ustazah...
tapi ilmu yg sedikit ini akan dikongsi bersama.
hijrah kecil ini kita mulakan dgn solat.
tak mampu baca semuanya, baca yg wajibnya.
tak mampu juga?! kita mulakan dgn niat dan perbuatannya.
yg penting, kita mula!
kemudian kita perbaikinya...
kita keluar dari daerah gelap menuju jalan bercahaya!
ya Allah... jalan dakwah ini makin ku rasa nikmatnya!
-------------------------------------------------
wahai sahabat yg telah diberi amanat menjadi ibu dan bapa...
didiklah anak dgn ilmu agama.
solat bukan hanya perlu disuruh tapi ajarin cara solatnya.
bukan harap pada ustazah di sekolah semata.
jadilah ibu bapa yg tidak dipersoalkan yg kejahilan anak berpunca dari kita!
---------------------------------------------------
terus mengorak langkah ina.....
ReplyDeletekalau ADA SEPULUH org macam kamu ni na....tatau nak cakaplaa...setiap UKHWAH tu indahh ja rasa sbb sume kerna ALLAH.....
alhamdulillah...hidayah beliau telah sampai.really hope ramai lg yg akan berani kerana benar, kerana Allah itu maha pengampun. =')
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allah pilih kak ina utk pimpin 'dia'..Teruskan usaha akak ;)
ReplyDeleteassalamualaikum kak ina. allahuakbar! subhanallah. alhamdullilah. terharu sheila baca. semoga ibu bapa kat luar sana sedar akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak dlm soal agama Islam :D
ReplyDeletesyukur alhamdulillah dia di perkenal kan ngn kamo dik
ReplyDeleteAlhamdulillah... shu bangga ngan kak na.. sgt2 bangga...
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletenanges!..loveu~
ReplyDeleteSalam ina, sedih dgn entry ni. Boleh saya dapatkan email ina? thanks
ReplyDelete-noor-
baca entry ni pun dah bergenang air mata...
ReplyDeleteInsyaallah ina boleh tunjukkan jalan padanya.
ReplyDeleteAllah pasti mudahkan bagi laluan kamu berdua.
saya pun sedih bila,tang ibubapa yang tak ajar anak2 solat,ngaji dari kecil..
(ada banyak kes saya jumpa)...
pernah ada seorang ini,katanya bakal mentuanya tegur napa tidak solat.
dia mengadu pada saya,tapi terkejut dgn jawapannya...
'' sedangkan mama sendiri kata solat tak boleh dipaksa2..solat kena datang dari hati sendiri nak buat atau tidak. Kenapa bakal mentuanya pula menegur''
terkedu saya seketika...
daifnya ibubapa yang menerapkan pada jiwa anak sebegitu.kalau tak diajar dari kecil,tentang wajib solat,smpi ke besar,si anak pasti ingat solat hanya ketika hati ikhlas.da tu,bila lah hati akan ikhlas kalau tak didik kan.
mudahan kita semua,yang masih lemah....
mampu membimbing diri,rakan,anak2 dan keluarga ke arah kefahaman islam..
teruskan usaha ya ina....
besar pahala ina.... =)