Thursday, May 23, 2013

inAchic di darjah 30 peratusan siap utk beroperasi. #RumahkuButikkuKununnya



InsyaAllah, inAchic Fashionable in Syariah Way akan beroperasi dalam masa terdekat.

Impian nak ada butik di rumah + online dah lama tersemat di jantung fikiran di ruang paling dalam. impiannya nak ada butik pakaian muslimah yg benar2 muslimah yg patuh syariah. bukan yg sekadar nama butik muslimah, tapi baju ketat la... nipis la... pendek la... mcm2 LA yg pada saya mengelirukan muslimah dlm memilih pakaian yg benar2 patuh syariah. dalam masa yg sama, saya faham... wanita2 hari ini (saya juga) masih sukar utk buang perasaan ingin tampil berfesyen dan bergaya. saya taknak kita tersekat dgn mind set: berpakaian patuh syariah itu adalah berjubah dan berbaju kurung sahaja. ini menjadikan niat utk berubah / mengubah pakaian kpd lebih baik menjadi lebih sukar. jadi, jika ini (berniaga) antara cara utk saya mengubah persepsi dan membantu kesayangan2 saya untuk menutup aurat dgn sempurna, why not kan?! yer, saya mahu berniaga bkn semata utk kesenangan dunia, tapi nak sediakan 'saham' utk hidup selepas mati. ingin menjadikan kesayangan2 saya di dunia ini sbg jiran di syurga (tinggi nya lahai impian ni kan...)

tapi impian sekadar impian jerla... tak pernah terfikir utk start dalam masa terdekat ni. tapi bila ALLAH dah tunjuk jalan dgn menghantar org2 yg tidak saya sangka utk bantu saya... saya rasa saya kena grab peluang yg dtg. dgn modal yg terhad, dgn situasi kerja sbg pemakan gaji, saya adalah perlu kerja lebih sebenarnya. takper, bak kata pujangga remaja purba: berakit rakit ke hulu... berenang renang ke tepian. bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. 

dengan sokongan padu (dari segi moral support dan kewangan) dari bisnes partner saya (laki mak jer pon), saya memulakan langkah kecil ini... 


 #rumahkubutikkulahkununnyani
di darjah 30 peratusan siap utk beroperasi...


 insyaAllah akan menemui kesayangan minggu depan.
pakaian dipelbagaikan dgn pakaian basahan harian yg lebih murah boleh beli berelai relai sekali gaji dan juga pakaian eklusif sesuai utk raya yg mahal sikit apa kisah janji vogue vesgedevas. heheheee...


inAchic Fashionable in Syariah Way
dgn trademark: lebih longgar + lebih labuh + lebih tebal + lebih lapis utk lebih pahala.

'LET COVER OUR AURAH FOR BRIGHT AKHIRAH'





17 comments:

  1. x cukup duit boleh window shopping dulu kan kak Ina :)
    Semoga sukses

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan.cepat2la keluar xsabar nak beli. :D
    nak request koleksi raya yang elegant2 please. :P

    ReplyDelete
  3. wahh...excited nk tunggu...
    pls..pls...pls...include skali yg mesra breastfeeding...hehe...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina syggg.. alhamdullilah syukur. dah odw tu. semoga perniagaan diberkatiNya. tak sabar nak usha2. yeayyyyy :)

    ReplyDelete
  5. cantik2 nye baju yang kelihatan...nak beli la nnt ;)
    thank u kakak kerana menambahkan lagi tempat shopping baju muslimah yang betul2 muslimah!
    all the best =)

    ReplyDelete
  6. All the best yang..xsabar tunggu launch!!

    ReplyDelete
  7. Suker sgt2..tgh brusha mncri yg lbh baik..mmg suka sgt k.ina nyer fesyen muslimah.. Tp hope sgt yg mesra bf.. Confem grab ni..

    ReplyDelete
  8. xsabq jugak nak rembat selai dua..... sbb dh admire lama sangat dgn sume outfit dr kamu.... :)
    beharap,dapat sopim nnti di inAchic Fashionable in Syariah Way

    ReplyDelete
  9. happy saya akak nak tolong muslimah kat luar sana.

    saya x sabar nak beli.

    tapi jangan mahal sangat kak ye.. saya x berkemampuan.

    ReplyDelete
  10. hai.. salam kenal..

    follower ke : 1299

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Kdg terfikir adakah penjual baju2 atau tudung yang tak memenuhi tuntuntan menutup aurat sepenuhnya ni akan ditanya tanggungjawabnya kelak. Tapi kita manusia yang tahu membezakan mana yang baik buruk pasti lebih patut mengetahui tindakan sendiri. Tahniah atas usaha murni ina. Semoga Allah akan memudahkan semua urusan

    ReplyDelete
  12. Salam kenal. Do visit my blog lucd007.blogspot.com.

    ReplyDelete
  13. tak sabar menunggu and all the best!

    ReplyDelete