Antara tanda kita sedang dalam keadaan BAHAYA dengan ujian KEJAYAAN yang dikecapi adalah WAKTU BERDOA kita semakin PENDEK.
ya... aku sangat takut dan rasa bersalah amat bila tak berdoa lepas solat.
sesibuk mana pun... segesa mana pun... akan ku usahakan walau seringkas-ringkas doa.
doa paling ringkas+padat yang menjadi amalan selepas tiap kali solat:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
AMIN YA RABB...
# Berdoa itu bukan hanya keperluan selepas solat... berdoalah di mana jua dalam apa jua keadaan kerana hanya Allah tempat kita bergantung harap... ALLAH sentiasa ada!
perkongsian yg baik.. :)
ReplyDeletesalam..ade cre nk contact x..nk bertanya ni
ReplyDeletesalam. email me at azlinahasan@gmail.com
Delete