Friday, December 7, 2012

Bulatan Gembira #Kepulangan yang dinanti...


Cara terbaik utk membantu diri supaya terus istiqamah adalah; berikan hati sentuhan peribadi iaitu tarbiah Islamiah yang akan recharge balik semangat kita. so how? saya pilih BULATAN GEMBIRA aka USRAH!

Alhamdulillah, malam tadi diberi kesempatan untuk terus berbulatan gembira bersama Murobbiah kesayangan kami selepas sebulan lebih tak jumpa. bersiaran secara eklusif di rumah Ustazah. So malam tadi, sesi bulatan gembira lebih kepada episod menziarah melepas rindu kat Ustazah yang penuh perkongsian tentang keindahan dan kehebatan Tanah Suci. tentang keberkatan doa. oh banyak tentang yang membuat diri semakin melonjak-lonjak ingin ke sana.

melepaskan kerinduan yang terbeban... 
yeaaaa~ Murobbiah kami sudah pulang! pulang dengan wajah yang berseri-seri dan semakin slim dengan title tambahan sbg HAJAH. hajah atau tidak, Ustazah tetap the best! kesayangan ✿ Usrati Jannati ✿ (Usrati Jannati adalah nama manja group usrah kami)


Syurbah air tangan Murobbiah untuk mutarabbiahnya yang super delicious!
confirm ramai tak tahu ape tu syurbah kan?!
Syurbah ialah bubur khas dari Arab yg di buat dari bahan utama beras wheatmeal serta daging kambing muda, dicampur santan, merica dan rempah-rempah. Bubur ini sangat menggoda selera dengan aroma yang khas. cicah ngan roti mmg umph!
saya kenal syurbah ni pun dari Ustazah. ni kali ke-3 makan dan ke tiga-tiganya air tangan ustazah! heheee... super sedap!!! up lagi sayang kat ustazah! ;)
 

inilah geng bulatan gembira saya yang super osem!
havoc abes rumah Ustazah malam tadi. memacam cerita nak story sampai berebut-rebut nak bercakap! hahahhaaa... tapi paling klakar, tengah cakap2 tu terus stop bila nak ambil gambar! korang memang cute!


Semoga ukhwah yang terjalin ini berpanjangan hingga kita sama2 berjiran di Jannah Ilahi (angan tinggi melangit buat motivasi mengejar syurga)... saling menemani perjalanan di dunia fatamorgana ini hingga sampai ke destinasi. love love loveeee... love uols Lillahi Taala...



4 comments:

  1. na, ustazah dah berbalas2 di FB baru terperasan ada story kat blog Ina. Ma sha Allah, inilah keindahan hidup berjamaah. kita tidak pernah kenal sebelum ini tp barakah Allah melalui ukhuwwah kerana-Nya ikatan kita menjadi erat, bermakna dan osem. Allahu Akbar, terbayangkan persaudaraan antara Ansar n Muhajirin yang menjadi contoh persaudaraan terunggul di dalam Islam.






    ReplyDelete
  2. rindu nak berbulatan gembira. last time masa kat universitu dulu.bila tah dpt berusrah kembali...

    ReplyDelete