Monday, December 10, 2012

Macam mana saya tahu saya KEGUGURAN

Sambung lagi kisah pengalaman mengandung yang kurang seminggu cukup 3 bulan itu. 

Soalan glemer yang diajukan adalah macam mana saya tahu saya keguguran?
ramai yang tanya, bleeding ker?
ok, jawapannya TIDAK. saya langsung tak bleeding.
habis tu???
sabar la... nak story the mory ler ni... :p

ceritanya begini...
sepanjang tempoh pregnancy saya, 'baby' adalah tak banyak ragam. saya takder morning sickness tapi night sickness. baby sporting sebab mungkin tahu kalau siang mummy nak pergi kerja kan... cuma malam, saya akan demam, sejuk n gastrik. so, tak heran sangat sebab saya boleh bantai rehat dan baring seterusnya zzzz. segala mak nenek kerja goes to daddy nyer. daddy kiut sangat bila 1st time bancuhkan milo 3 in 1 pun gegak gempita 1 dapur! hikssss~~~
siang standard orang mengandung la kan, lenguh2 n sakit badan... muntah2 sket2... selera makan pun berubah sikit dari biasa... suka makan pizza u! :p

pada minggu ke-11 (17-23.June.2012), saya rasa badan saya lain sangat... rasa 'ringan'. kuat dari biasa. dan instinct seorang ibu: TAK SEDAP HATI SANGAT! appointment ngan Dr. Suriati (yer, saya continue check up baby ngan my gyne sebab dia dah faham asal usul kejadian budak dan masalah mak budak) sepatutnya  24.June.12. tapi memandangkan minggu tu hati sangat2lah tak best dan saya fikir macam2 dan kemuncaknya pada 22.June.12 (jumaat), saya dah tak tahan... call doctor cakap saya kena jumpa doc malam tu jugak! doc kata boleh datang tapi orang ramai sikitlah... takper, saya sanggup!

bila sampai turn saya, seperti biasalah... temu bual soal siasat oleh doc. last skali soalan dia:
doc: "2-3 hari ni memang takde rasa loya2 nak muntah ker?"
saya: "takde... cuma tadi jer masa nak datang sini saya loya tgk itik gantung"
doc: "saya yg tak ngandung pon loya tgk..." hehehheee...

so, next prosedur, scan atas bawah... dan riak muka doc tenang jer...

terngiang-ngiang lagi ayat doc: "saya terus terang jerla yer... heart beat baby dah takde... kantung pun dah not in shape lagi" bla3.... ayat susulan lain dah tak ingat aper dah...

scene2 seterusnya tu haruslah scene air mata kan... malas lah nak citer.

saya: "takpe doc... saya dah set mind dari awal lagi... saya dah bersedia untuk terima segala kemungkinan"

pung pang-pung pang doc bagi nasihat, ayat2 sedapkan hati, contoh2 kegagalan orang lain dan bincang pasal D&C bagai...

saya: "doctor, boleh tak saya nak gi bercuti dulu sebelum D&C. balik bercuti nanti baru wak d&c boleh?"

doc: "boleh... bagus jugak. tenang2kan fikiran dulu... tapi jangan oversea la... dekat2 jer... kalau ape2 jadi, senang nak pantau"

maka, terjadilah percutian 2D1N ke Thistle Hotel, PD (24-25.june) sebelum  D&C pada 27.June.12.

oke, itu ajerlah kisahnya... xder drama mana pun...


percutian 2D1N dengan kulit album berjudul: "PencarianKetenangan@ThistlePD" :p
kalau rajin saya wak story bergambar erk...



#eh, ini story bukan untuk mintak simpati erk... ni lebih menjurus kepada sharing is caring lah sangat. so, ayat2 simpati tak diterima sama sekali! cukup doa2 untuk saya diberi rezeki yang terbaik oleh Allah. :)



18 comments:

  1. takpelah ina..bersabar yee..mungkin ader lagi rezeki kamu selepas ini.....

    ReplyDelete
  2. Takpe ina.allah knows the best.
    Nanti tiba masa pasti dtg jua rezekinya k

    Will pray 4u...

    ReplyDelete
  3. @mun & @ashra:
    terima kasih atas doa kalian. hugs!

    ReplyDelete
  4. Org kata selepas D&C akan subur dan cepat lekat..insyaallah..kte doakan kamo :)

    ReplyDelete
  5. aturan Allah sangat hebat!
    Saya juga pernah keguguran. bukan sekali bukan dua kali tapi tiga kali.
    (Keguguran pertama sewaktu kandungan mencapai 12minggu dan terpaksa melalui D&C)
    Allah Maha Mengetahui.

    Menangis itu adalah fitrah manusia.
    Kita adalah antara yang terhebat sebab Allah pilih kita untuk dugaan sebesar ini.

    Hebat kan kita?!

    Allah tahu kita mampu hadapinya berbanding mereka yang lain.

    ReplyDelete
  6. insyaAllah ada rezeki di lain hari..Allah SWT tahu yg terbaik :)

    ReplyDelete
  7. insyaallah mana tahu, rezeki tuhan, tetiba dpt kembar, lagi bestkan.

    ReplyDelete
  8. tapi kita tak boleh nak sorok kita sebak baca entry ni...hebatnya ina dapat lalui dugaan ini. Apabila berjaya harungi dugaan ini insya Allah akan beri yang lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  9. salam sis. insyaAllah ada lg rezekinya nanti.chaiyok! =)

    ReplyDelete
  10. Amboi..statement akhir x menahan..

    Smg REZEKI itu bakal TIBA tahun 2013..
    sentiasa ceria selalu..

    tu je r...

    ReplyDelete
  11. belom rezeki lagi. sabar ye sayang...

    ReplyDelete
  12. Salam kakak.. boleh email sy x.. fatrina7@yahoo.com.

    ReplyDelete
  13. semoga ada rezeki anak akan datang... Insyaallah.

    ReplyDelete
  14. Insya Allah, anak yang meninggal itu akan jadi penolong ibu bapanya di akhirat, selagi mereka di jalan yang benar. Insya Allah 2 atau 3 anak yang meninggal sebelum baligh, akan jadi pendiding ibu bapanya dr api neraka. Nampak tak betapa Allah itu sayang kan kita?

    Komen dari Saya yang dah miscarriage 2 kali dan dnc waktu second time miscarriage.

    ReplyDelete
  15. Oh ye, skang saya menumpang kasih ngan 5 ekor kucing. Dengan harapan, Insya Allah diorang ni dapat turut doakan kami husband and wife.

    ReplyDelete
  16. assalamulaikum...

    nk kongsi 1 cerita...satu cerita yg xkan lenyap dlm hidup saya sampai bila2, sampai saya sendiri tutup mata mungkin.
    9 november 2012...tuhan ambik blik apa yg dia dah bagi..sekelip mata...arwah amni safiyyah (3 bln 13 hari) pergi buat selama-lamanya....benda yg paling sgt takut terjadi jua. Pengasuh anta mayat anak....pengasuh sendiri x sedar bila amni pergi tgglkan kami semua, naluri seorng ibu rasa x sedap hati...tgk2 muka dah biruu...tinggalkan ibu dlm tdo..xda sapa kat sisi...ya allah hebatNYa dugaanMU

    xde tanda2, amni cht tu yg buat ibu terkejut sgt..esok genap 40 ari anak ibu tggalkan ibu....redha dgn pemergian tp rindu x dpt nk di elakkan, semakin hari semakin rindu..

    alhamdulillah...kakak aisya ada sebagai peneman hidup ibu, wpun diganti ngn 10 yang lain amni tetap istimewa dlm hati ibu...
    hati ibu dah kosong semua dh dibawa bersama..
    al fatihah...ibu rindu amni sgt2.

    ReplyDelete
  17. Assalamu alaikum Puan,

    Nama saya Nurulwahida Saad (G12125428). Saya seorang penuntut PhD dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya diselia oleh Dr. Nurazzura bt. Mohamad Diah, Pembantu Profesor di Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan dibiayai oleh pihak UIAM.

    Saya berbesar hati untuk menjemput anda menyertai projek kajian saya (The Child Who Was Never Born: A Study of Miscarriage in Urban Malay Women). Berikut ialah serba sedikit berkenaan kajian saya serta maklumat yang anda akan kongsikan sekiranya anda bersetuju untuk menyertai kajian saya. Sebelum anda membuat keputusan, anda perlu memahami objektif dan perkara-perkara yang akan dilakukan dalam kajian ini. Mohon anda luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat berikut dengan teliti.


    Mengapakah saya menjalankan kajian ini?
    Saya sendiri pernah mengalami keguguran. Hal ini telah memberi motivasi kepada saya untuk mendalami isu ini secara akademik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang persepi wanita Melayu terhadap keguguran dan pengurusannya. Lebih lanjut lagi, saya juga berminat untuk memahami persepsi masyarakat umum tentang keguguran dan tentang wanita yang pernah mengalami keguguran.

    Siapakah yang boleh menyertai kajian ini dan apakah yang akan dilakukan?
    Saya menjemput individu yang tinggal di Kuala Lumpur yang pernah mengalami keguguran sekurang-kurangya sekali (keguguran ketika dalam trimester pertama). Peserta akan melalui sesi temuramah selama kira-kira 2 jam secara bersemuka dengan penyelidik dan perbualan akan dirakam. Semasa sesi temuramah, anda boleh berkongsi pengalaman anda tentang keguguran dan bagaimana anda melaluinya. Terpulang kepada anda sama ada untuk berkongsi banyak mahupun sedikit sahaja.

    Apakah yang saya akan lakukan dengan maklumat tersebut?
    Maklumat yang diperoleh akan saya tukarkan dalam bentuk transkripsi. Hanya saya sahaja yang boleh membaca dan menggunakannya. Bahan tersebut tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain yang telah dinyatakan. Maklumat daripada perbincangan tersebut akan menjadi asas kepada tesis PhD saya yang akan dinilai sebelum saya memperoleh ijazah PhD. Maklumat bercetak ini juga mungkin akan saya gunakan untuk menulis dan menerbitkan artikel dalam jurnal akademik.

    Adakah maklumat yang anda beri kepada saya akan dirahsiakan?
    Segala maklumat yang anda kongsi semasa temuramah akan dirahsiakan. Dalam transkrip temuramah tersebut, nama anda serta nama yang mungkin anda sebutkan akan ditukar supaya anda tidak boleh dikenal pasti.

    Bagaimanakah jika anda berubah fikiran untuk menarik diri daripada kajian ini?
    Jika anda memutuskan untuk menyertai kajian ini, keputusan itu dibuat secara sukarela. Oleh itu, anda juga bebas untuk menarik diri daripada kajian ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
    Jika anda berminat untuk turut serta atau anda mempunyai persoalan berkenaan kajian ini, saya boleh dihubungi menerusi nombor telefon 019 986 8325 atau alamat emel nurul_saad@hotmail.com. Saya berbesar hati untuk menjawab sebarang soalan. Semoga kita akan dapat bekerjasama.

    ReplyDelete