Thursday, December 6, 2012

Entry khas buat TTC'ian (Trying To Concieve) - sharing my treatment; hospital mana? kos berapa?


 Hadiah terindah dari ALLAH di ulang tahun perkahwinan yang ke-5.
kehadiran kurang seminggu cukup 3 bulan yang sangat2 membahagiakan :)
catatan sebuah memori di SINI


Sejak 5 bulan lebih tragedi air mata sob2 ni berlalu... ramai geng2 TTC yang PM tanyakan treatment yg saya ambil untuk pregnant. InsyaAllah, hari ini saya akan lapangkan sedikit masa untuk share treatment2 yang saya ambil. tapi ingin diingatkan, treatment2 ini hanya sebagai satu USAHA. hakikatnya... KUNFAYAKUN; BILA MANA ALLAH KATA JADI, MAKA JADILAH. percayalah... segalanya atas aturan DIA yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...

sebenarnya, dalam masa 5 thn ni saya dah usaha mcm2. berurut, jumpa bidan, jumpa ustaz2. thn kedua saya pernah wak check-up, xder masalah aper. so, saya continue jumpa ustaz n try perubatan homopati.

tapi usaha secara intensive saya mulakan di awal tahun ini (2012). saya start amalkan debunga kurma (serbuk kurma) ngan madu. minum tiap pagi... secawan utk sendiri... secawan utk laki! minum sambil bayangkan meneguk secawan horlick! euuwwwwww~~~
pastu try kurma ngan susu kambing fresh. sila gugel cara pemakanannya yer. banyak info pasal ni.



pastu saya amalkan surah Maryam ayat 1-7 setiap kali lepas solat maghrib. saya juga jaga pemakanan di mana saya yg nescafe addicted stop minum nescafe (pengorbanan terbesar! heheheh)

awl bln 3, atas suggestion beberapa kawan dan boss suami, kami setuju ambil treatment to get pregnant dgn Dr Suriati, gyne Hospital Pantai Cheras. treatment-nya berperingkat:
  • memula scan (atas - bawah **tak faham?! gugel! :p**) - lulus! takde apa2 masalah. saya adalah normal dan bebas dari segala cyst or whatever problem. kira ikut doctor nya, takde masalah untuk mengandung la... 
  • pastu buat blood test utk cek hormon. kalo ade hormon kurang ker aper, dia akan bg pil hormon. alhamdulillah, hormon saya masih di tahap wanita normal. heheeeee lagi~~~
dan bermulalah treatment2 seterusnya:

treatment cycle 1:

tunggu 2nd day period, akan mkn pil kesuburan. tunggu 10th day- akan masuk kamera kut 'bawah' scan telur2. pastu akan suntik ubat kat perut utk matangkan telur n bantu menggerakkan telur ke tiub fallopio. masa ni doc akan bagi tarikh dan masa utk 'together-gether' ngan suami. sila jangan terkejut kalo kena 'masa' pukul 1 pagi atau 3 petang di mana itu adalah hari bekerja! hahahaa...
kemudian doc akan bagi prediction date next period kita. kalo tak period, pergi seminggu kemudian, anda mungkin berjaya! yuhhhhuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~

cycle 2:
ulang lg cycle 1. dengan izin Allah, saya berjaya di stage ini. dahla masa cycle ni, saya kena cucuk ubat di perut sendiri sebab masa gi klinik tu telur tak berapa matang lagi. so, doctor bagi segala kelengkapan untuk cucuk sendiri esoknya. woiiii, ni giler nyer scary scene ah! dah lah laki mak hati tisu over dari saya lagi kekdahnya. jangan harap mintak tolong dia cucuk, nak tengok pon dia tak sanggup! terpaksalah, saya wanita badang dengan cool nya cucuk sendiri u! oyeahhh~ azlina memang iron lady! muakakkaaa~~~

kepada yang bertanya tentang kos, treatment tu tak mahal sgt sebab Dr. Suriati ni bukak private clinic kat alam damai. kalo under hospital pantai cheras, bersedia untuk lap peluk dalam aircond ler... kalau nk jmp kena by appointment n biasanya jmp dia 6 ptg -10 mlm pd hari tertentu sebab most of the time dia kat hospital pantai cheras la. kos treatment dia base on appointment; jenis ubatan dan treatment aper kita ambil masa appointment tu. dlm rm100-rm250. dr awl treatment hingga berjaya di cycle ke-2 tu, saya habis almost RM1K++ gitu jer.

kalo ada TTC geng yg berminat, ni no phone clinic dia:
KLINIK KELUARGA & KLINIK PAKAR WANITA SURIA
NO 2F, JALAN DAMAI RAYA 1, ALAM DAMAI, CHERAS, KL
# landmark: sebelah Old Town White Coffee Alam Damai.

Tel No: 0391057620
# kalo nak kol, kol ptg2 dlm kul 3 ke atas yer...


 
saya sgt recommend Dr. Suriati ni. sangat2 humble. dan selalu menjawab soalan2 cepu cemas saya dengan cool nyer! hahahahaa~~~  i love her!!!
lepas saya keguguran, siap kol tanya khabar saya. up lagi sayang kat doctor!

D&C pon saya buat ngan Dr Suriati. pengalaman D&C? kos D&C? 
saya share later k...

Buat geng TTC, please jangan sedih jangan bermuram durja... kita hanya berusaha dan segala usaha kita pulangkan kepada YANG MAHA MEMBERI. jom kita ubah konsep, TAWAKAL & DOA dulu sebelum USAHA. hati pasti redha... mampu tersenyum dan gembira! lalallalaaaaaa~~~

oh lupa... ada lagi satu saya nak kongsi dengan geng TTC saya. bila buat treatment, tipulah kalau kata kita tak letak paper harapan kan... tapi please sayang2ku... jangan letak harapan terlalu tinggi! bak kata my darling gf: 'bila selalu bawa hati terbang tinggi tinggi ikut suka hati, dan tetibe terseliuh sayap, jatuh gaya bebas mencapai halaju dan pecutan graviti bumi.. (~_~) sakitnya jatuh.'. jadi jangan biar diri jatuh pada halaju pecutan graviti yang tinggi. terbang sesedang sajer. agak2 jatuh di tahap terkawal. tak faham? terlalu puitis? alaaaa... biasala jiwang2 sket bebeh! :p

Cuma satu pesan saya, carilah DOKTOR PEREMPUAN ISLAM. dalam treatment ini, akan ada scene2 pegang2, menyeluk di tempat giler bapak sulit... dosa k, bagi doctor lelaki pegang tengok segala tu melainkan DARURAT dan please lapangkan sedikit masa, gugel kat youtube ceramah2 Ustaz yg mendifinasikan situasi DARURAT tu. sesungguhnya mahkota kita milik suami shaja! yeayeahhhhhhhhhh!!!


# sekadar coretan kosong:
jika baby masih hidup, mungkin sekarang saya dah jadi macam donut jatuh dalam air (boleh bayang tak cemana kembangnya donut jatuh dalam air?) membawa kandungan berusia 7 bulan. ikut prediction, saya akan bersalin tgh bulan 2. tapi itu kalau baby masih adalah... its oke, baby... tenang kamu 'di sana'... tunggu mummy n daddy k sayang... InsyaAllah, mummy n daddy akan cuba semampu habis untuk jadi hamba Allah yang baik supaya dapat bertemu baby di Jannah Ilahi...
*senyum sambil lap air mata*





23 comments:

  1. thanks sharing...sgt berguna utk kami:)

    ReplyDelete
  2. Salam sis, saya sangat setuju mengenai pemilihan doktor lelaki or wanita.

    Suami yang soleh akan berusaha sedaya upaya untuk mencari doktor wanita untuk isterinya. Kalau baca di blog Ustaz Zaharuddin.net, boleh jatuh dayus sekiranya sisuami membenarkan isteri menggunakan doktor lelaki untuk proses bersalin ataupun dalam keadaan macam sis.

    Sekiranya betul2 tiada duit, kita berusaha meminta doktor wanita dahulu, dan tawakkal. InsyaAllah, Allah pasti bantu.

    Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki sis ina dan suami, dikurnikan anak yang soleh dan solehah. :)

    ReplyDelete
  3. Untuk Inachik dan geng2 TTC'an..kak zan mendoakan yg terbaik untuk kalian...(teringat kisah2 di media tentang bayi yg dibuang!...hari ni pun ada).

    ReplyDelete
  4. Ya robbi..entry yg sgt sgt sgt ditgu,tgk dashboard pn mcm xsbo nk klik 'more',lme tgu tw!! Bile da bce sy pelajari,kunfayakun..sume kehendakNya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillahh tahniah.... tip berguna

    ReplyDelete
  6. Eh eh? dekat dengan umah ida tu! hihi...

    ReplyDelete
  7. ikhtiar dan terus ikhtiar..Insya Allah :)

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah juga mengurniakan kamu zuriat yang soleh dan solehah.. aminn

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ina.. Saya ke sana juga.. Dan masih under treatment yg saya berhentikn sebentar atas sebab diri sendiri tlalu penat.. Mungkin saya belum cukup sabar dan tawakal.. Pasti akan menyambung kembali treatment.. In-sha-Allah...

    ReplyDelete
  10. saya lalui apa yg ina lalui. segala treatment yg ina buat tu saya dh lalui.mungkin rezeki saya dulu, pastu tak sempat baby sethn pregnen lg sbb ubat subur tu masih kuat dlm badan kita. Insyaallah ada rezeki ina nnt. saya dulu mmg berharap sgt2 sbb kawin dh lmbt,umo pn dh byk. takut hormon makin kurang % pregnen pn rendah.yg penting jgn putus asa. mcm saya dulu dengar je org nak gi Mekah mesti kirim doa... alhamdulillah skrg ada sepasang dan xleh preg lg. byk hikmat bila Allah x bg zuriat lg kt kita, mungkin Dia nak kita lebih beribadat kpdNya. yg ni saya nampak pd diri saya. sblm ada anak dulu merata2 solat terawih. setiap minggu gi kuliah agama. skrg dh xleh lg. nak solat jemmah dgn suami pn tgk keadaan.... apa pun tetap bersyukur anak anugerah & amanah ALLAH.

    ReplyDelete
  11. thanks kamoo..kite xpenah lagi baut cucuk2 kat perut..takut!beraninye kamoo..sgt kagum!semoga kita berjaya menjadi seorg ummi satu hr nanti :). at least kamoo dah ada yg menunggu di syurga. Allah lebih mengetahui segala-galanya..kunfayakun..

    ReplyDelete
  12. saya pun pernah buat treatment lebih kurang macam ni tapi x cucuk2....scan x der apa2...after tu dr bagi ubat subur untuk dimakan..dr kata leh ambik 6 bulan jer...klau x menjadi kena test sperm husband...dengan izin ALLAH bulan ke 6 ambik ubat tu dan bulan 3 berurut ALLAh kurniakan zuriat untuk kami....sekarang mengulang semula treatment yang dh 4 tahun tu untuk dapat 2nd baby...berusaha dan terus berusaha...

    ReplyDelete
  13. saya doakan awak pregnant lagi lepas ni, in sha Allah :)

    ReplyDelete
  14. semoga ada lagi rezeki yer =)
    and thank u utk peringatan doktor lelaki tuh kakak =)

    ReplyDelete
  15. Semoga dimurahkan rezeki n dipermudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum dik,

    akak nk tnya mcm mana dlm kes kecemasan dan kebanyakan doktor kt hospital kerajaan adalah lelaki? x mampu dan tiada pilihan sebab kos dan kecemasan? di hospital kerajaan pesakit tiada hak bersuara untuk memilih doktor lelaki atau perempuan. contoh bila kelahiran sulung akan mengambil tempoh masa agak lama untuk pembukaan serviks, dlm kes akak 15jam sakit, jadi doktor yang bertugas silih berganti shift, check mana yg patut, suami x dibenarkan masuk dan contact isteri, jd berdosa kah akak dan suami?
    situasi 2, kes kecemasan sakit nk bersalin dan perlukan pembedahan segera sbb kondisi anak, tiada punya pilihan lain, samada teruskan pembedahan atau pun banyak soal dengan doktor minta itu ini? di hospital kerajaan jugak, ketua jabatan o&g adalah lelaki. jadi apa pilihan yg ada untuk orang kebanyakan yang rata2 bersalin di hospital kerajaan?
    jd soalan kakak, bagaimana kak nk tebus dosa kak ni? habiskan rm 5000 untuk pembedahan pada next labour? padahal suami mmg x mampu?

    tq

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas doa dan nasihat serta perkongsian pengalaman kesayangan semua... love uols lah!!!
    semoga Allah memberi yg terbaik utk kita semua... amin...

    marwanis mansor:
    oh kak, maaf... saya rasa ilmu saya terlalu basic utk menjawab persoalan akak ni. saya cadangkan akak rujuk pada yg lebih arif like ustaz/ustazah utk pencerahan yg jelas...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..sy usaha 5 tahun untuk dpt anak sulung. n 5 tahun untuk anak ke 2. sblm mengandung anak ke2 sy disahkan hamil luar kandungan n terpaksa buang tiup filopio blah kanan pd bln Februari 2011. Alhamdulillah pd jun 2011 sy disahkan hamil dan selamat bersalin pd mac 2012 n sekarang telah mengandung dan akan dijangka bersalin pd dis 2013..Untuk makluman sy hanya mengamalkan multivitamin sahaja..jenama flavettes (DAILY PLUS)..cubalah InsyaAllah berjaya..google jer..saya cuba makan stlh mendapat cadangan dari doktor di klinik je..Sy cuba amalkan start 2 bulan sblm mengandung luar rahim tu..

    ReplyDelete
  19. As salam...terbaca blog awak ni...dan terus buat appt hari sabtu ni . Alhamdulillah Allah buka hati saya nak baca blog awak ni baru terjumpa Klinik Pakar Wanita. Saya dah usahakan untuk dapatkan pakar wanita dari Klinik berdekatan tak dapat..semuanya penuh. Saya nak cuba dapatkan pendapat pakar tentang kandungan saya ni..Klinik yang biasa saya pegi tu sarankan saya gugurkan sbb toada heartbeat....Jika benar tiada saya rela di D&C sbb akhirnya udah dapatkan pandangan dari pakar...MMg benar kos jadi sebab kenapa saya tak refer ke hospital swasta.
    Sekali saya ucapkan terima kasih atlease ada info pasal klinik ini.

    ReplyDelete
  20. Saya sangat happy jumpa entry ni.saya jugak dah masuk 5 tahun marriage.
    Terima kasih kakak.

    ReplyDelete