Assalamualaikum wahai kesayangan...
semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...
Sudah di 21 Ramadhan kita...
Dalam kesibukan orang buat persiapan raya... hati saya seperti dibelenggu rasa sedih... sayu...
Ramadhan akan tinggalkan kita... pasti saya rindukan ketenangan bulan Ramadhan yg tidak saya dapat di bulan2 lain. pasti tidak lagi mampu saya melihat masjid penuh dgn jemaah...
mood untuk buat persiapan raya pun tak semenggah mana... tak seperti tahun2 sudah. kali pertama saya tak teruja nak dengar lagu2 raya. kalau dulu2, sekarang ni ring tone henpon pon dah lagu raya ni... ;)
Dan 21 Ramadhan adalah tarikh keramat yg akan saya kenang hingga jasad kembali ke tempat asal kejadian. hari ini genap setahun 'perjalanan' baru saya mengikut kalendar Islam. masih segar di ingatan... di kala ALLAH memberi 'rasa' itu saya dalam kejahilan tentang banyak hal. saya sangat takut untuk memulakan langkah. takut (sangat takut
sebenarnya) tak mampu nak istiqamah dan bimbang hati berbolak balik. tapi dalam masa yg sama... saya taknak persia 'hadiah' yang ALLAH bagi. bimbang takkan ada lagi hidayah dan petunjuk dari Allah dan akhirnya saya berterusan 'merasa baik' walau hakikatnya terlalu jauh dengan syurga... nauzubillah...
akhirnya saya nekad... nekad mulakan langkah. nekad untuk tidak mengaku kalah sebelum berperang!
Tapi
Alhamdulillah... ALLAH bantu saya. hadirkan insan2 hebat untuk
membimbing saya...
Suami, kamu yang paksaku gagahkan kaki ke masjid walau keterpaksaan waktu itu. kerana paksaan itu, aku melalui satu detik yg tak pernah aku bayangkan. suami, kau imamku yang mencintaiku setulus hatimu dan aku tidak mahu cita2 mu ke syurga terhalang kerana dosa2ku... aku isteri yang harusnya mendorongmu ke syurga bukan memberi saham dosa untukmu setiap hari. atas kesedaran dan cinta yg mendalam buatmu, aku mula mengerti yang cinta kepada ALLAH akan meraih cinta sesama manusia. terima kasih suami kerana cintamu membawa aku dekat dengan ALLAH... *menaip sambil lap hingus T__T
dan Boss di tempat saya mencari rezeki juga adalah merupakan insan penting dalam perjalanan saya. di kala saya jahil tentang aurat, dialah yg fahamkan saya. masih ingat tragedi pagi yg emosi, di kala saya perlukan teman untuk luahkan apa yg saya rasa... perlukan tunjuk ajar cemana nak bermula, boss adalah 'teman' itu. terngiang pesanannya: "azlina pakailah stokin... ramai orang terlepas pandang. dan stokin tangan pun perlu sebab nanti baju kurung (saya pakai baju kurung masa tu) ni senang tersenteng." dan dia tidak pernah lelah berkongsi ilmunya. printkan doa, zikir, ilmu2 lain... juga copy-kan ceramah2 dan letak dalam folder pc saya... hadiahkan buku... cd... oh, banyaknya jasa boss! terima kasih boss atas rezeki dunia dan bekalan akhirat. *terima kasih juga utk cuti raya yg panjang tanpa dipotong cuti tahunan. boss sgt osem! :)
bila saya mula pandai menyusun tapak walaupun langkah masih pincang... saya ditemukan dengan bulatan gembira. Ustazah usrah pula menjadi tempat rujukan. mengajar tentang bersahabat dan menyayangi kerana Allah. terima kasih Ustazah Zaimah Yaha... juga rakan2 usrah yg lain... tak lupa buat sahabat2 saya juga...
Inilah setahun yang paling hebat dalam hidup saya! tak pernah saya bayangkan indahnya hidup bersyariat. dan memang benar, bila kita mengejar akhirat, kita akan dapat dunia nya. urusan hidup saya semakin dipermudahkan. ya ALLAH syukur atas segala nikmat rasa yg KAU bagi ini...
Dan saya kongsi perjalanan saya bukan sebab saya berbangga... jauh lagi untuk riak atau tunjuk baik. saya akui, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki...
tapi saya kongsi sebab saya ingin semua sahabat2 saya rasa keindahan dan ketenangan yang saya rasa.. dan impian saya besar... saya nak sahabat2 saya hari ni jadi jiran saya di syurga jika diizinkan Allah... atas impian besar itu, saya ingin bersama2 berjalan bersama teman2 di dunia ini mencari jalan redha ILAHI.
tapi saya kongsi sebab saya ingin semua sahabat2 saya rasa keindahan dan ketenangan yang saya rasa.. dan impian saya besar... saya nak sahabat2 saya hari ni jadi jiran saya di syurga jika diizinkan Allah... atas impian besar itu, saya ingin bersama2 berjalan bersama teman2 di dunia ini mencari jalan redha ILAHI.
Di kerendahan hati...
aku mengenal cinta ILAHI dari cinta seorang ADAM.
Cinta itu sumber kekuatan untuk memperjuangkan iman dan Islam dalam
diri, keluarga dan masyarakat bahkan ke seluruh dunia. Cinta itu kuasa
kerana ia terletak di dalam hati – raja yang paling berkuasa dalam
kerajaan diri. - Pahrol Mohd Juoi.
alhamdulillah :)
ReplyDeleteMasya Allah...
ReplyDeleteAmeen...!
terkesima.....
ReplyDeleteAmin.... korang masih sweet mcm zaman kt utm dulu
ReplyDeletekak ina..sy masih belajar dan masih mencari istiqamah itu. tidak mudah dan doa sy bersma kak ina dan semoga ada sebingkis doa buat sy juga..thanx kak ina utk setiap kata pendorong dan galakanmu..teruskan perkongsianmu utk insan seperti sy ni
ReplyDeletekita sama2 belajar! saling mengingatkan...
Deletedan pastinya akak sentiasa doakan utk kwn2 akak juga...
ina, buat kesekian kalinya entry awak menyentuh hati saya! rasa nak nangis.
ReplyDeletesaya dah mula pakai stokin, tapi saya masih takut hati saya goyang.
teruskan menulis entry yang memberi inspirasi untuk saya. saya mahu berubah.
saya mahu meniti jalan ke syurga bersama suami saya juga. sama seperti awak dan insan2 lain
Alhamdulillah, tumpang happy dgn pembaharuan mya.
DeleteInsyaAllah bila hati kita ikhlas krn Allah, Allah akan permudahkan.
dan insyaAllah, kita sama2 usaha yg terbaik utk menjadi penghuni syurga.
saya doakan awak bertemu dengan keindahan iman dan taqwa...di dunia sampai lah akhirat...jgn lupa doakan sy sama ya...moga sy mampu jd sekuat ina :)
ReplyDeletesaya sentiasa doakan yg terbaik utk kwn2 saya... :)
Deletesemoga saya diberikan ketabahan dan istiqamah..
ReplyDeletebanyak ujian dalam hidup saya dan saya rasa Allah sayangkan saya kerana dalam hati ini ada rasa sesuatu yg sukar digambarkan tp seperti menyeru untuk saya dekat kepadaNya.. tp untuk mulakan saya rasa sangat resah, takut dan mungkin juga sama seperti apa yg ina rasa waktu nak mulakan dulu.
Assalamualaikum kak ina. Ya Allah. sebaknya baca. kak, sheila pun belum mula pakai stokin. sheila nak berubah lebih baik! iitizam dalam diri! semoga segalanya dipermudahkanNya.. insyallah :)
ReplyDelete