Wednesday, October 2, 2013

Bisnes kecilan kat Facebook jer pon... tu pun ada ZAKAT PERNIAGAAN???


Assalamualaikum wahai kesayangan hati hamba...
Maaf, makin hari makin jarang jemari montok menari di sini.
terkadang masa ada, idea menulis tak ada...
bila idea melambak dan mencurah, punya kekangan masa pula.

hari ini...
saya lapangkan sedikit masa dan ingin saya kongsikan sesuatu.
tentang ingatan dari suami untuk isterinya yg perasan nak jadi tauke butik.
jual pakaian muslimah secara kecilan di laman sesawang.
"bie, modal, untung semua kira ya... dan akhir nanti jgn lupa zakat perniagaan"
Allahu... terima kasih suami!
kadang isteri terlupa, ingat cukup dengan zakat pendapatan hasil mkn gaji bulan2.

sebab gembira atas ingatan dari sang suami,
si isteri rasa bertanggungjawab dan excited nak kongsi dengan kesayangan...
mungkin ada yang dah tahu...
mungkin ada yang sudah terlupa...
tapi tak apa, memang tanggungjawab bersama saling mengingatkan. kan?!

jadinya...
buat sahabat yang berniaga sampingan, online, offline...
di facebook, blog mahupun instagram.
jual selendang atau ubatan kesihatan,
atau jual kuali ajaib mahupun tupperware...
atau apa sahaja walau sekecil kecil perniagaan,
jangan lupa tentang ZAKAT PERNIAGAAN.
kalau cukup nisbah, cukup haul maka wajib zakat ke atasnya.

kerana...
kudrat kita dari Allah...
yang menggerakkan hati-hati untuk membeli juga Allah...
ya, rezeki walau sekecil kecil rezeki segalanya dari Allah.

dan...
segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat.


Firman Allah s.w.t yang bermasud:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [ Surah al-Baqarah ; ayat 267]


mungkin ada rezeki  si miskin dalam rezekimu...







Friday, September 27, 2013

Bicara pagi Jumaat suami isteri


Ditekankan di sini... PAGI yer! :p

isteri: "suami... dengan ini isteri umumkan isteri on diet!"

suami: "ok! tapi kalau nak diet semangat kena kental! ni pagi tadi baru tak jumpa stokin dah taknak gi gym mcm budak taknak gi sekolah. lainkali, kalau takde stokin, kaki ayam pon gi gym jugak! tau?! bla bl bla bla blaaaa............."

isteri: bluekkkk~~~

pinjam stokin suami


 kejadian sebelum datang kerja.
atas nasihat doctor, boleh cycling jer.
ni pun semput tahap nak mintak bantuan pernafasan mulut ke mulut. ops!


bento azlina untuk hari ini. 


tah berapa hari la mampu bertahan  ni! kihkihkihhhh~~~
eh, azlina kena kekal positif!
kata2 negatif akan membunuh azammu...
gambateh azlina!!!
chaiyok azlina!!!
:))


salam Jumaat yg indah penuh barakah sahabat dan kesayangan.


 

Wednesday, September 25, 2013

Bonding time suami isteri





buat pasangan suami isteri, sentiasalah cari aktiviti utk mengeratkan cintamu. 
bonding time bkn setakat keluar makan2 dan jalan2.
juga bukan sekadar menonton wayang kegemaran bersama. 
membaca Surat Cinta dari Allah bersama juga bisa menguatkan cintamu. 
semakin kamu mencintai Allah, semakin mekar cintamu pada manusia. 
bercinta sampai tua dan insyaAllah sampai syurga



Tuesday, September 24, 2013

Jika vs Mungkin




Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, 
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

#bukan kalam saya... saya copy dari Facebook.







 Allah dah atur baik punyer... 
kadang kite tak sedar kelebihan nikmat yg Allah bagi bila asyik pandang satu nikmat yg Allah lambatkan.
BERGEMBIRALAH!.
SENYUMLAH!
kerna sedang kamu menangisi kekuranganmu, 
kamu sedang punya apa yang orang lain tak punya.





hidup terlalu singkat untuk bersedih...






Thursday, September 19, 2013

Cemburu???


cemburu sahabat berumah di tepi pantai, 
tapi tahu kah kamu tiap tahun dia ganti kipas baru yg senang berkarat?

cemburu rumah kawan ada penghawa dingin,
tahukah kamu dia menangis tiap kali membayar bil?

cemburu teman berjalan sini sana,
tahukah kamu dia makan udang ketam sebulan sekali time gaji jer?

ubatnya... 
syukur apa yang kita ada...
bila redha... bila syukur... selesai masalah cemburu. 



nikmati hari-hari indahmu...

berbahagialah dengan apa cara yang kau mampu...


dan berbahagialah melihat sahabat-sahabatmu berbahagia.








dan terasa ingin berkongsi madah tak berhelah yang indah...

Imam Shafi'i membuat suatu analogi yang cukup indah melalui syairnya:

"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas (tidak padan) bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing".





sekian...