Friday, October 31, 2014

Lunch Box murah yang kunun macho untuk si suami.




Assalamualaikum wbt.
"Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yg byk berselawat ke atas junjungan Nabi saw.

Alhamdulillah, apa yg terhidang utk dimakan ini rezeki dari Ilahi. 
Dengan sedikit usaha lawan kemalasan dlm diri. 
Sesungguhnya kitalah raja dan pemerintah dlm kerajaan diri.
Kita takkan mampu mengubah orang sekeliling kita jika kita tidak bermula dgn perubahan diri sendiri.

Hari ni extra rajin dari biasa. 
Buat bread pizza, butter rice duet bbq drummet. 
Extra ‪#‎overnightoats‬ utk si isteri.

Nway, suami semakin bersemangat berbento. 
Semalam gi Mr. DIY, dia pilih lunch box sendiri, demand tak nak putih clear mcm isteri. 
Nak kaler2... Suka sangat jumpa tipuware tulis LUNCH BOX. 
Siap beli thumbler baru satu set warna biru jugak. 
Isteri suka tipuware putih tembus pandang sebab cantik nk ambik gambar. 
Kang dah tak putih berseri lagi gambar isteri! :p

Sebenarnya isteri memang berkira-kira nak belikan bento / lunch box yang lebih macho untuk suami.
Baru mengusha di laman sesawang... tapi yang jumpanya mahal sungguh.
RM35 seketul tu kira mahal untuk orang kedekut macam saya.
Jumpa yang murah tak sampai 10 hengget di Mr. DIY tu kira bonus. ;)
Ingat nak beli 2 3 tapi seb baik jadi buat penenangnya. 
Eh dah lebih kurang regenya... tapi ini dapat banyak! :)

Beg bento baru isteri. 
lebih besar dari biasa... lebih banyak muatannya.
jangan isteri makin besar dan lebar sudahlah ye. ;)



Hadis; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”


7 comments:

  1. Akak..... mengiurkan sungguh menu menu akak... bikin terliur lahhh

    ReplyDelete
  2. thermos food anak pon beli kat diy gak..
    homio gak..
    polkadot..

    murah je..
    hehe

    ReplyDelete
  3. sedappnye...
    nti boleh ler zaza pi DIY hihihi..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina, lawo lunch box tu! boleh terjah Mr DIY. hehehhee

    ReplyDelete
  5. @nadia arrumaisha:
    anda mampu memasaknya sndiri. :)

    @ina yusoff:
    tu la... rasa semua nak! hehehe...

    @zazanizam:
    ha ah... memurah jer kat mr diy.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Ina.. bestnya bento Ina nih.. boleh bagi idea yang asyik pening nak masak ape utk anak dan husbnd.. huhu.. tenkiuuu

    ReplyDelete