Tuesday, February 11, 2014

Diet sesat rekaan sendiri; Sunnah + Atkins bergabung meletop! hahahaa...




hukhukhukkkkk... tumpang lalu...
saje nak menayang breakfast pagi ni; cabaran oatmeal di hari pertama...

oat + garam secubit + roasted almond + walnut + dried mix fruit + air suam.
duet bersama kurma dan sekeping wholegrain bread.
green tea.

tang oat tu... makan sambil zikir:
"oat memang sedap... oat memang sedap... oat memang sedap..."
hahahaa... reverse psychology beb. 
kembang tekak utk beginner ni. :p
 tapi kengkawan dah share bermacam resipi berasaskan oat.
kesayangan2 saya memang supportive!
sayang ketat2 lah! :)

semangat nak ber-oat ni sebab kwn share dia lost 4kg dlm sebulan hanya amalkan oat utk pagi dan tgh hari. gulppppp~~~


dan untuk supplement, saya ambil habatussauda.
2 biji, 2 kali sehari... pagi dan malam.
lepas makan, sendawa mcm bini shrek...
burpppppppppp~~~ ops!
 ngehee... lega! ;)
tapi kawan cakap, kalau makan habatussauda ni kena banyak minum air.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” 
(Riwayat at-Tirmizi).



masih berbekalkan semangat ber-bento hasil didikan atkins.
untuk lunch, saya sediakan egg-sardine foldover dan vege.



Kesimpulannya, diet sekarang berasaskan ajaran sesat rekaan sendiri iaitu berkonsepkan:
sunnah - atkins bergabung meletop! hehee...
saya masih memberatkan pengambilan sayuran dan mengurangkan karohidrat dalam hidangan.

sekarang bukan nak kurus sangat pun... lebih kpd nak jaga kesihatan jer.
badan sihat, senang nak beribadat.

tapi macam poyo jer kan update pasal pemakanan segala...
macam lah ada orang kesah!
ehhhhh... suka hati lah... blog gua!
** ayat sarkastik blogger poyo memang mcm ni! :p **



8 comments:

  1. eh...sy suke bukak blog ni lagi2 AKU BUKAN CHEF tu nak cilok resepi..ngeh3..

    ReplyDelete
  2. Tahniah..Sy telah menjadikan program diet akak sebagai sumber inspirasi diet Encik Suami..Sy kata..kalau Kak Ina boleh..dia lagilah boleh :)

    ReplyDelete
  3. salam kak ina,nk tnya habbatus sauda dgn green tea kak ina beli jenama apa ye..saya nk beli..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina, lepas pantang nanti nak amalkan atkins, in shaa Allah. doakan kita ye (",)

    ReplyDelete
  5. Salam..sy pun amalkan cmni..pg mkn oat with madu and dried mix friuts, sejam lps tu green tea..tghhari sbb xsempat nk msk kat uma, beli lauk kat cafe: 2 jns sayur n ayam/ikan/telur/tahu/tempe with green tea lps sejam gak. Mlm mkn lauk n green tea lps sejam..kdg2 mkn ns tu pn sejemput je da kenyang. Sebulan lps amalkn with a bit exercise turun 1.5kg lbh kurang..huhu..wat cmni sbb konon2 nk beratkins tp xkesampaian sbb sgt craving carbo..so cr alternatif yg sehat n dpt kurangkn berat walau xlaju..best of luck!

    ReplyDelete
  6. salam, nak share experience diet ngan oat..yang boleh ku telan bila makan oat dengan tomyam..or daging masak merah..seriussss sedappppppssss :) selamat mencuba

    ReplyDelete
  7. hebat diet awak. diet sy lebur pg td oleh ns lemak..suami suruh makan, wajib taati..huwaaaaa

    ReplyDelete
  8. wah Nampak sedap nye oats tu.
    dlu sebelum buat atkins sy mkn oats hari2. (ye kakak, betul kata kawan akak tu,oats mmg bantu turunkan berat badan juga, sy stuju sgt.)

    rindu sy nak makan oats.

    ReplyDelete