Wednesday, February 26, 2014

HoneymoonMakAnak @ Cameron Highland

Sebab hari ni Rabu, boleh ambik 'berkat' wordless wednesday utk buat entry gambar berlonggok, cerita sikit2. yer ker??? cik puan kaki kalau bergebang, jarang sedikitnya! hahahahaa...

Bulan Januari hari tu, sengaja cuti selama seminggu, awal seminggu dari cuti Chinese New Year sebab kami laki bini memang x suka bersesak di lebuh raya. takut kesabaran teruji, lalu mulut berbicara yg tak diingini. makanya, mencegah lebih baik dr merawat. eh?! hahhahaa lagi.

Sebab utama bercuti panjang: memanfaatkan masa berharga untuk orang tua selagi mereka ada. kekdahnya... :p

Actually dah lama sangat nak bawak Cik Esah (bonda tercinta) ber-honeymoon versi mak anak. ditekankan di sini sekali lagi: #HoneeymoonMakAnak bukan HoneeymoonNakAnak. bunyi macam seiras, tapi berbeza jauh dr segi modus dan operandinya! kihkihkihhhh...

Setelah ditimbang kati, destinasi pilihan HoneymoonMakAnak memilih Cameron sbg destinasi percutian. sebab... biasalah... orang tua mana boleh jalan jauh2. bawak tengok pokok kasik sedut oksigen segar sikit. lagipun orang tua ni, tengok pokok salad segar2 pun excited semacam dah. :p 

Makanya 12. Jan, bertolak ke Cameron Highland. 



perjalanan jauh (jauh ker?) tak ku rasa...
Sebab ku punya rakan berbual di belakang sana. ;)


Destinasi pertama:
Ladang BOH Sg. Palas.












Lepas tu check-in hotel. 
saya pilih Hotel De' La Ferns
Ambil Deluxe Triple. RM 310++ termasuk breakfast for 3. 






Lepak2... rehat2 kat bilik sampai petang. bawak orang tua, takleh marathon berjalan sangat, nanti sakit lutut. so, cuti2 kali ni lebih cool dan relax. ;)
petang sikit, sepupu saya yang kerja dan duduk kat Tapah datang buat kunjungan hormat jumpa mak long nya. tak datang mengadap kang, kata anak sedara durhaka pulak. lepastu bawak kami tour pusing 1 cameron sampai nak termuntah. loya la jalan bengkak bengkok. sebab tu walau ini dah kunjungan ke-3 ke Cameron, kami setia pilih naik ikut Simpang Pulai. huhuhuuuuu...

Finally, sampai jugak ke Bharat Boh Tea Plantation



mementang honeymoonmakanak, sekeping ni jer gambar laki bini. ;)


Malam tu gi dinner kat Fauzi Tomyam Brinchang. boleh tahan sedap dan murah jugak. 


Pemandangan pagi dari jendela kamar.
segar dan nyaman.
i love Cameron! :)



having breakfast. boleh tahan banyak juga pilihan makanan yg disediakan oleh Hotel De' La Ferns.


lepas makan, balik bilik sambung menyelimutkan diri di kenyamanan dan kedinginan pagi.
pukul 12 baru check out dan buat kunjungan ziarah ke Smokehouse Hotel. nak check-in sini tak mampu kan... tengok2 kat luar pun jadilah... 



Dan ke tempat wajibul ghunnah untuk dikunjungi adalah Big Red Strawberry Farm
menu wajib dalam kepala otak adalah waffle ice-cream, scone dan fresh strawberry juice. yummyyyyy~~~





dan last sekali, tempat wajib kunjung adalah Kea Farm
kat sini Cik Esah dah sawan nak beli macam2 sayur. habis sorang2 nama anak dia hitung. mak2 memang gitulah kan... ;)



dia wanita hebat kesayangan hamba. 
Mahu terus buat dia ketawa. hapuskan segala dukanya… 
hanya mahu lihat senyum di wajah tuanya…

oh... #HoneymoonMakAnak yang terindah.
momento yang tak mampu ku beli walau punya wang berguni!


balik dari Cameron, esoknya bertolak ke Terengganu untuk mengadap keluarga dalam undang2 pula. harus adil dan saksama, sebab keduanya orang tua kita. takde beza walau sekelumit rasa. pak supir ganteng saya hebat dan bertenaga luar biasa. itulah... kudrat dan tenaga adalah luar biasa bila segalanya diniatkan keranaNYA... :)





motif?
saje buat korang terliur jer... :p


13 comments:

  1. aduhhh melelah liur ler tengok gambar last tuh.. rasa nak ambik cuti g cameron plak hihi

    ReplyDelete
  2. semoga kamu terus berbahagia wahai ina :)

    ReplyDelete
  3. suka pergi cameron. feeling-feeling minah saleh tengah petik strawberry

    ReplyDelete
  4. cantiknye hotel akak duduk....eiii macam pi obesea

    ReplyDelete
  5. Allahu Allah...comelnye pasangan mak & anak ni...

    ReplyDelete
  6. Kak Ina..tudung lawa.... nakkkkk tempah... bila mesin jahitnya nak elok ni

    ReplyDelete
  7. bertuah si ibu punya anak berhati suci....moga diberkati ilahi

    ReplyDelete
  8. seronoknya jalan jalan shooping berhoneymoon

    ReplyDelete
  9. aku tengok gbr mama mu mek..sumpah aku rindu cik pah baik hati aku..camnilah perangai dia kalau berjalan..sporting habis..cik esah nak anak angkat ati tisu lg sorang tak? iols relaaaaa hikhikhik

    i lap cameron toooo

    ReplyDelete
  10. Besnye bwk mak p sini kak,niat mang da lame tp lm tertunai2 lg,kak terase2 buah stwbri tu kt tekak ptg2 ni

    ReplyDelete
  11. tak baik tau buat kita terliur hahaha...

    ReplyDelete