Monday, February 10, 2014

Cik Puan Kaki nak say bye2 kat ATKINS??? dah kenapa pulak...



pecah laju pagi ini;
kurma, wholegrain bread 2 keping, green tea (without sugar) 

Kuliah maghrib dgn tajuk 'Cinta Nabi dgn amalkan sunnah'  malam tadi buat saya berfikir berkali kali… takutkan gula/karbo hingga meminggirkan makanan sunnah. Kurma adalah makanan sunnah yg mampu supply tenaga serta merta, mampu mencegah kanser, kencing manis, mengubati kemandulan dan pelbagai penyakit lain... dan inilah makanan Rasulullah saw setiap hari.  Begitu juga oat, mampu menyerap kolesterol seperti span di dlm air. 

Ustaz Johari yg memberi ceramah yg berduet dgn Ustaz @syednorhisyam mlm tadi, berkongsi beratnya 160 kg dan turun kpd 90± kg dgn mengamalkan pemakanan sunnah dan bersenam 4 minit sehari. Katanya, dia malu bercakap pasal sunnah tapi badannya tidak spt yg disunnahkan. Allahuakbar… tersentak jap si pencinta makanan ni. Islam dah gariskan yg terbaik...

Ok2, azlina berazam (kuatkah azamku?!) nak mkn kurma setiap hari, nak mkn oat (camane nk kasi lalu mkn oat yer?), nak bersenam setiap hari… oh azlina, gambateh!

macam dah taknak atkins jer... nak wasatiah dan amalkan sunnah dlm pemakanan, kecuali ketika bercuti! nak jugak!!! dasar sungguh kammmooo azlina! hahahhaa...

lagipun skrg di fasa nak maintainkan berat badan... tapi kalau boleh lost weight sekilo dua lagi, cantik jugak. tapi tetap nak credit kat ATKINS sebab atkins lah saya dah mula tinggal breakfast tak sihat like nasik lemak dan roti canai pakej dgn teh tarik, kuih muih, belajar minum kopi pekat tanpa gula, belajar sukakan green tea, belajar minum air banyak sampai jadi penunggu setia toilet... belajar cintakan sayuran... bla3... eh, banyak lah kalau nak list. eh tapi tapi... kita bukan nak tinggal terus atkins, kita combine dgn pemakanan sunnah. bak kata, ber-wasatiah dlm segala hal. ;)



10 comments:

  1. salam ina, kalu ada masa, cek fb page Albakri Healthy Bazaar >,< selamat mengamalkan pemakanan sunnah. terbaikkkk.. minum madu 2 sudu pagi n mlm (perut 0) pun bleh turunkan berat badan. thx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak baby... terima kasih atas perkongsian. :)

      Delete
  2. As alm na..aku teringin nak berdiet atskin tapi takut x mampu sbb tgh bf..dah elak mkn nasi smpai tghari menggigil2 kpala lutut...mata berpinar2...camno nak buet na oiii..

    ReplyDelete
  3. good. bgs amalkan sunnah
    and congrate sis berjaya amalkan breakfast yg sihat^^

    ReplyDelete
  4. Ina (ke Kak Ina?) Hehehe....Yani pun pernah ada yang tegur, diet dengan Herbalife tu tak ikut sunnah pemakanan Nabi. Which part tak tak plak diemphasizekan tapi macam ni la senang cerita.... Yani bersederhana dalam semua benda; tak terlalu ekstrim dan tak terlalu ambil mudah sangat. Tapi, betul....selama Yani berdiet Herbalife (shake pagi blend dengan kurma dan susu kambing) hampir 1 tahun 8 bulan ni, badan boleh rasa perubahan positif. Kita boleh rasa sendiri badan lebih sihat. Kita boleh tahu badan kita ni macam mana..kalau nak suruh tinggal terus nasi tu, minta maaflah, Yani terus terang cakap tak boleh, cuma kalau kurangkan sukatan..alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. sy suka mkn oat campur kurma. kurma tu siat2 masuk dlm oat kosong....kacau, mkn!

    ReplyDelete
  6. kak chik dah tak buat atkins eh?

    sy baru masuk fasa 2,tapi pun dok terfkir ni, nak cpt abes atkins.

    lps tu pulak baru terperasan entri akak yg ni, tibe2 sy pun terfikir nak stop atkins.
    nak amal diet rasulullah.
    jadinya sekarang ni akak makan oats ye hari2?

    ReplyDelete