Thursday, January 2, 2014

Ku buang jauh rasa kecewa.


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Dakwah tu fardhu kifayah.
dakwah itu tanggungjawab bersama.
tapi jgn sibuk dakwah org smp lupa dakwahkan diri sendiri.
juga bukan berkongsi untuk bermegah diri atau dgn tujuan memerli...
dakwah terbaik dtg dari dakwah kpd diri dan sebarkan auranya ke sekeliling.

Bila anda memilih jalan dakwah dan tarbiyah, tak semua org suka...
tak apa... kita buat bkn sebab nak suruh org suka atau puji kita,
kita buat kerana Allah jer...
dan sebab kita cakna dan kisah tentang org2 sekeliling kita.

tapi saya... manusia biasa.
jauh dari sifat maksum dan sempurna. terkadang datang rasa kecewa...
bila ada sahabat2 yg Allah bukakan hati utk berubah, berkongsi rasa dan harap kata semangat, tapi berubah tak selama mana. dari yg tak bertudung kpd bertudung... tapi sekejap jer.
dari yg bertudung biasa2 ke tudung yg labuh tah ke mana... stokin yg dipakai dah takde. berbalik kpd pakaian lama malahan lebih terbuka. kemudian hilang dan dtg lagi. masih sama, harapkan kata2 semangat mengiringi hijrah mereka.

apa sangat kata semangat dari saya kalau tiada usaha diri sendiri. kalau tak cuba cari ilmu dan baiki diri. hijrah kita bukan pada pakaian luaran saja... tapi amal dgn ilmu. tapi byk mana sgt ilmu kita ada? jadi itu yg kita kena usaha dan dapatkannya. bersihkan hati yg penuh titik2 hitam dgn tarbiyah. langkah kaki ke masjid cari ilmu dan berguru. basah bibir dgn zikir.

lama2 kecewa saya hilang... bisikkan pada diri:
menjaga hati manusia itu bkn kerja kamu... hati manusia Allah yg pegang. cukuplah kamu tunaikan dan buat tanggungjawabmu. kemudian serahkan padaNYA...  DIA maha tahu apa yg ada dlm hati manusia.
kamu... jgn putus asa. buang jauh2 rasa kecewa... sebagaimana Rasulullah saw yg tak pernah berputus asa dlm dakwah baginda.

dan Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Demi Masa!; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

jadi untuk apa rasa kecewa?
sabar itukan jauh lebih berguna.

senyum dan takkan putus asa. :)
jln dakwah ini super osem.






6 comments:

  1. Agreed. sabar itukan jauh lebih berguna.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah, ada bahagian akak dalam dakwah yang akak bagi. Memang akhirnya bergantung pada diri mereka masing2, tapi lihat yang baik, ada juga yang masih terusik dengan kata2 dakwah akak. Alhamdulillah, saya juga sering terusik dengan kata2 akak di blog ni. Duk jauh di perantauan kadang2 leka. dapat update blog akk ni bestla juga dapat mengingat diri. Teringat pula zaman Rasulullah S.A.W nak berdakwah macamane. Sabar sungguh mereka.. Terima kasih kerana menjadi penyunting semangat untuk saya juga turut berdakwah. :)

    ReplyDelete
  3. Husband pernah cakap.."Dakwah diri sendiri dulu..."
    Saya rasa kak, org berubah ada pelbagai sebab. Antara bisik hatinya sendiri yang diberi Hidayah oleh Allah, atau sekadar ikut-ikutan..Tengok fesyen muslimah mcm tgh trending je, semua pakat ubah..Kalau kekal dengan imej muslimah, Alhamdulillah. Tapi harap2 fesyen Muslimah ni bukan sekadar trend je yang akan beredar ikut zaman..
    Apapun, Alhamdulillah tabarakallah, you have done your best kak. Don't give up..Selebihnya terpulang pada individu sendiri. Kata ustaz, antara cara nak mensucikan hati, selalulah hadir majlis ilmu. Kadang2 melalui majlis ilmu tu lah Allah hadirkan hidayah yang menjentik2 hati kita dalam kita tak sedar..
    Just my 2 cents ;)


    ReplyDelete
  4. Saya juga pernah ada rasa kecewa bila seringkali gagal dalam usaha yang sama. Tetapi syukur Alhamdulillah. Allah beri kesedaran. Terdengar ceramah seorang ustaz yang mengatakan kita ini hanya manusia biasa. Hanya mampu berusaha. Selebihnya serahkan kepada Allah. Hanya dengan cara itu kita tidak akan rasa kecewa. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. bila dengar cerita akak harini.. saya teringat diri saya yang dulu..

    bukan senang utk bermujahadah mengubah diri..susah! hanya Allah yang tahu.. jadi kesian pada insan-insan yang akak sebut tu..saya faham n mengerti keadaan mereka (mungkin inshaAllah jika ujian kami sama).. kerana mujahadah mereka adalah untuk istiqamah dalam hijrah mncari redha Allah.. andai mereka (include saya) mampu istiqamah maka kami pass ujian Allah..itu

    manakala akak pula perlu mujahadah dalam istiqamah sabar n menarik mereka kearah kebaikkan dan hijrah mereka..

    Allahu Allah. Tuhan tu Maha Adil kan? setiap manusia punye mujahadah mereka sendiri...pada level masing2..dan saya pula, until now, setelah hampir 5 tahun bergelombang dalam dunia dakwah dan tarbiah masih bermujahadah dalam menjaga iman saya dari maksiat dan dosa.. masih... masih...

    teringat kisah seorang akhawat, yang ambil masa 8 tahun untuk betul2 faham islam, faham dakwah, faham -tarbiah.. Allahu Allah..

    setiap manusia berbeza...kite saling mendoakan k! but still takut dengan ayat chenta Allah yang satu ni..

    (Ihsan,76:29-30) ''...maka barang siapa menghendaki kebaikkan bagi dirinya tentu dia mengambil jalan menuju Allah. Tetapi kamu tidak mampu menempuh jalan itu, kecuali apabila dikehendaki Allah...''

    semoga Allah mengizinkan saya, akak, dan mereka-mereka tu menempuh jalan kebaikkan ini.. inshaAllah!

    ur silent follower..i love u kakak

    ReplyDelete
  6. Bismillahirrahmanirrahim...
    harap sangat entry saya ini tidak dilah erti. saya juga masih jauh dgn sempurna dan masih lagi di fasa mendidik diri dan nafsu di jalan mujahadah ini.
    ya, istiqamah bkn hal yg mudah dan saya juga lalu keperitan dan kepayahan yg org lain lalu... malahan mungkin lebih payah dr apa anda lihat...
    cuma apa yg saya cuba sampaikan, hijrah kita bkn sekadar pakaian. kena usaha cari ilmu bkn sekadar mengharap org lain memberi kata semangat. mmg kita perlukan kata2 semangat dr org lain tp ditekan sekali lagi, bkn sekadar itu...itu point utamanya.

    dan keduanya, saya sdg memujuk diri... utk terus kekal istiqamah dlm mendakwah diri dan org2 sekeliling. harap saya yg hina yg xder sbrg sijil atau ijazah dan berbekalkan ilmu seciput yg ada ni supaya tak mengalah... tak cpt putus asa. saya sdg memotivasikan diri sendiri...sdg pujuk hati sendiri.

    lagi sekali... minta jgn disalah erti...
    mungkin bahasa saya tak menyampaikan apa yg cuba saya sampaikan atas kelemahan saya dlm berkalam.
    sesungguhnya ini kelemahan saya sendiri...

    semoga Allah kekalkan kita di jln mujahadah mentarbiyahkan diri dan org lain sekali...

    ReplyDelete