Thursday, January 30, 2014

Hijrah sahabat: Siti Aminah bukan nama sebenar

Kebelakangan ini, saya banyak menerima surat2 perkongsian hijrah dari2 sahabat2 cyber saya. minggu lepas sahaja, lebih dari 5 'surat cinta'. ya Allah... tak terucap syukur ni. gembira atas anugerah rasa dan penghijrahan mereka.

dan saya terpanggil untuk share 'surat2 cinta' mereka ini sbg iktibar dan pendorong utk kita yg lain... yang baik sama2 kita jadikan pedoman... yg buruk/kurang kita ambil sbg teladan.


*******************************
'Surat Cinta' dari Siti Aminah
*******************************
assalamualaikum.. nama saya SITI AMINAH (bukan nama sebenar yg Cik Puan Kaki reka sendiri. hehehe). bole panggi SITI  je.. sebenarnya nak share 1 cerita tentang diri saya yang mana sejak akhir2 fikiran saya asyik ingat mati tu pasti yang mana bole jadi sekelip mata @ ntah bila walau dalam keadaan apa sekalipon..

sampai ada 1 tahap saya tak mampu nak melelapkan mata ketika malam.. takut sangat di ambil oleh Allah tanpa keadaan yang belom bersedia ilmunye @ semasa melelapkan mata..

sebenarnya macam ni ina.. sejak baca blog ina pasal hijrah kawan2.. saya jadi terkedu.. allah dah beri petunjuk kepada mereka untuk berubah.. tapi saya masih lalai dengan ilmu dunia.. kebetulan pulak rumah saya baru pasang astro.. saya selalu tengok cerita TANAH KUBUR yang mana ada jalan cerita yang banyak menginsafkan.. waktu tu hati saya dah mula terusik tentang jahil nye saya tentang ilmu alam akhirat.. mengaji hanya ketika ramadhan.. aurat stokin masih tidak di pakai.. ( pernah ada 1x saya pakai stokin di opis, kawan opis cakap saya macam hajah2.. saya cakap saya sejuk.. )

macam semalam.. terus saya buat doa taubat,, takut tak sempat kalau allah dah tarik balik nafas yang di pinjamkan.. allah,, sedihnya saya.. menahan takut sampai badan menggigil kesejukan,, sampai perut menggelodak apalah nasib saya nanti..

ina,, bimbing la saya jika mampu sebab dengan kata-kata seseorang.. hati orang lain jugak akan di cuit walau sedikit kan.. terima kasih ina sebab bagi pinjam bahu untuk mengadu.

*******************************************************

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. bukan dia tulis... saya yg tulis. hehehe... 
maaf tau kalau ada yg hantar surat cinta, kadang2 lambat saya balas. saya ni bekerja, kadang2 masa kerja saya tak sempat nak balas on the dot. kang balas sepatah dua kata kan... mcm menyombong pulak. so, later2 bila saya free baru la balas kekdahnya. tapi kadang2, dah free... lupa pula. bila blk rumah, saya jarang nak mengadap fb lama2, nanti suami murka! :p
tiap kali terima surat2 cinta begini, memang saya wanita badang hati tisu. cepat tersentuh. kadang2 tak tahu nak nasihat balik macam mana. sebab ayat lebih kurang sama macam saya selalu tulis kat blog.

SITI...
alhamdulillah, apa yg awk rasa itulah hidayah! Allahuakbar... saya tumpang gembira atas anugerah rasa yg Allah tiupkan kpd awk ni. dan apa yg awk buat adlah betul, mulakan hijrah ini dgn menyesali dosa kita dan mohon keampuanan dgn solat sunat taubat. alhamdulillah, awk faham erti kata hijrah yg sebenar. hijrah itu tentang pembersihan hati. utk hijrah, mohon Allah ampunkan dosa2 kita, kita maafkan kesalahan2 org pada kita... jauhkan rasa dendam dan hasad dengki. usahakan utk mencari majlis ilmu.

dan seperti yg saya selalu ckp kat blog, hijrah kita bkn sekadar pakaian luaran tapi seiring dgn ibadah kita... kalau setakat kita ubah pemakaian kita, tapi kita tak ubah mutu solat kita... dan ibadah2 kita yg lain, kita tak mampu nk kekal istiqamah.

dan pasal stokin tu, keep telling ourselves yg stokin tu wajib, bkn pilihan org2 yg nk berhijrah
insyaAllah, jika kita ikhlaskan hati hanya utk mencari redha DIA, Allah akan bantu dan beri kekuatan utk istiqamah. tp percayalah... x susah pun nk berpakaian tutup aurat. awl2 ni jer kita rasa berat... moga Allah permudahkan urusan awak dan ina doakan yg terbaik untuk awk. doakan saya juga yer...



ada beberapa lagi 'surat cinta' dan insyaAllah akan saya usahakan untuk share lagi. kalau melalui wassap mmg tak mampu lah saya nak share sebab malas nak taip blk. atau kalau saya yg x berapa celik gadget jmp alternatif yg lebih mudah. x pon print screen jer kan? ;) 
dan ada jugak berbentuk perbualan panjang kat fb. jenuh jugak nak mengedit dan masuk ke blog ni. tapi apa2 pun, moga Allah beri saya kelapangan dan kerajinan utk berkongsi. mana tahu ada jiwa2 separa mati yg terinspirasi. bayangkan balasannya di 'sana' nanti. Allahu... 


3 comments:

  1. Betul la na bila kita berstokin org mst tnya stokin berubat ke tu? sejuk sangat ke sampai berstokin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ina, soalan pertama kawan ofis tegur bila nampak sheila mula berstokin. Berpantang ke cik akak? hahaha sheila gelak je. Alhamdullilah sekarang dah terbiasa dengan berstokin. Rasa lebih terjaga aurat kita. Alhamdullilah. Sekarang dalam percubaan nak betulkan hijab agar lebih labuh dan pakai pakaian yang longgar2. hehe. Kak ina, terima kasih Ya Allah kerana pertemukan kita di alam blogger. Atleast sheila ada teman untuk dijadikan contoh untuk menjadi lebih baik. in shaa Allah (",)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, saya pun selalu je takut pikir psl mati tu..kdg2 smpai menangis2 sbb takut... yela takut tak sempat nk bertaubat semua... hehehehehe..lepas tu yg psl stokin tu, sy pon pernah kne tny2 dgn org..tp sy senyum je... nnt ckp llbh diorg pgil ustazah..heehhehe... teringat sy pada seorg kawan yang pkai stokin gak... tp sy dan kwn2 lain mcm plik je, tgur die..ksian pulak bile ingat... skrg sy tau dah cam mne perasaan die ble kne tegur.

    ReplyDelete