Friday, May 31, 2013

Aku... Kau... dan TUHAN



Kita ini... 
konsep berTuhan kita sangat rendah. 
keyakinan kita pada kuasa doa masih kecil. 
ayuh kita tingkatkan keyakinan dan kebergantungan kita pada ALLAH. 
di kala susah, tadahkan tangan mohon pertolonganNYA...
di kala senang, angkat tangan ucap syukur padaNYA
berserah secara total yg Allah sentiasa ada untuk kita setiap masa tanpa leka walau sedetik masa...

Wahai hati yg berduka mahupun bersenang ria...
yakin ALLAH sentiasa ada di sisi kita!

**pic googled**


Salam Sayyidul Ayyam buat kesayangan...



Thursday, May 30, 2013

Video pendek yg terkesan untuk PENDOSA. Yer... kita semua PENDOSA...

Assalamualaikum kesayangan hati hamba...

malam tadi saya tertidur awal. memang awal sangat... macam xleh terima hakikat yg saya boleh tidur lebih awal dari ayam! takper... bangun pagi, saya nak lawan ayam! bangkit lebih awal dari ayam! biar aku tolong berkokok bagi pihak ayam! :p

sebab tidur awal... saya terbangun tengah malam. tengok baju berlonggok macam bukit batu caves tu dah berlipat. ohhhh~~~ terima kasih suami! 


"kenapa suami tak kejut isteri?"

"kesian... tengok isteri macam penat jer..."


#oke, perkara kecil ini ini pon saya masukkan kriteria2 sbg suami romentik! :)


Ok, habis cerita tu. itu selingan jer... ada hal lain yang saya nak kongsi sebenarnya.
saya nak share satu video yang bagi saya sangat2 terkesan di hati saya. saya tengok video ni pukul 1:30 pagi... menangis sengsorang dlm gelap. thanks Matluthfi90 . saya harap kesayangan luangkanlah sedikit masa utk tonton video ni. byk pengajarannya...



Sebelah Sayap



“Every righteous person has a past, and every sinner has a future.”


Dalam surah Az zumar, ayat 53.
Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

dalam satu hadith Qudsi pula Allah menyatakan;
"sekiranya dosanya itu tinggi hingga ke langit, besarnya sebesar dari bumi ke langit, kemudian kau beristighfar, meminta keampunan daripadaku, maka aku ampunkan kau. Sebab hambaku tahu yang adanya tuhan untuk ampunkan dosa dia, dan mampu bertindak atas semua dosa dosa dia. Aku ampunkan dia."

Wahai PENDOSA... 
yer, kita PENDOSA... 
senyumlah... kita masih ada harapan... 
bersangka baiklah dengan ALLAH.
Allah maha menerima taubat...
selagi mana kita ikhlas bertaubat dan menyesali dosa2 kita...

“Every righteous person has a past, and every sinner has a future.”


** benci, banyak habuk masuk mata hari ni! **



Wednesday, May 29, 2013

Sekeping Surat Layang dari Miss X yang menyentuh jiwa...



surat layang dari Miss X:


Assalamualaikum kak ina,
segannya saya nak menulis message ni utk akak. 'ntah sapa2 la dia ni' tp saya tawakal..moga2 akak sudi reply msg saya.

kak ina boleh panggil saya X. saya pembaca blog akak secara senyap. hehehe. semenjak dari zaman akak "berlainan" hinggalah sekarang.
macam mana nak mulakan ye...hurrmmm...

okay..saya dengan rasa rendah diri nak minta bantuan kak ina..kalau2 akak tahu kat mana saya boleh belajar agama. belajar ni maksud saya segala yang dari mula. mula yang mungkin seawal alif ba ta. sebab saya dah hampir lupa kebanyakan ilmu tentang islam. ya allah malunya!!!

saya hampir lupa tentang solat, tentang aurat, tentang macam2 kak. tapi saya tak sejahat yang mungkin orang fikir. saya tak merokok, pergi ke club, baju terlalu mendedah, bergaul bebas dgn lelaki, jahat pada orang parents, atau lain2.
blog akak mmg memberi kesedaran pada saya. betapa akak berusaha dgn sesungguh2nya untuk menjadi lebih baik. dan begitu juga saya. tapi saya lost!! saya tak tahu nak cari ilmu dari mana.
kalau kak ina katakan mulalah dari parents..saya terlalu malu kak. atau kak ina kata belajarlah dari buku2 agama..tapi saya tak pandai membaca tulisan jawi kak. apetah lagi ayat2 Al-Quran.
minta kak ina boleh bantu saya untuk saya tahu mana2 tempat untuk belajar agama. area2 yang terdekat dengan rumah saya di ********* atau kawasan sekitar. kerana saya pernah baca blog akak yang akak ada mendengar ceramah di Masjid ************. 

jadi mungkin akak tahu serba sedikit tentang kawasan rumah saya ni.
Terima kasih saya dahulukan untuk kesudian kak ina membaca 'surat layang' dari orang yang akak tak kenali ni.
Salam sayang dari pembaca blog kakikusukaberjalan :))


Saya si penerima surat layang:

waalaikumussalam syg Miss X...
ini bkn surat layang. ini surat cinta yg sgt menyentuh hati.
alhamdulillah, akak tumpang gembira utk X. Allah sdg menyuntik hidayah utk X. jgn siakan! kita antara manusia2 terpilih utk diberi hadiah terhebat di kala kita terlalu jauh dgnNYA. nyata DIA masih sudi memandang kita dgn kasih sygNYA. Allahurabbi...
X, akak tak tahu nak suggest mana2 tempat. tapi kalau akak dulu, akak pergi ceramah2 kat masjid. lps tu akak suka baca buku. dan alhamdulillah, akak ditemukan dgn bulatan gembira. jika X nk join, boleh ikut akak sekali. 
dan dgn rendah hati, akak yg bukanlah ustazah dan ilmu yg ada sgtlah ciputnya, sudi utk ajar hal2 yg basic utk X. kita boleh meet up mana2 atau X boleh dtg rumah akak. sekurang kurangnya, boleh dimulakan dgn perbetulkan solat. jgn malu, org yg malu adalah org yg ego. akak juga di kala diberi hidayah ini tersangatlah jahil. smp skrg masih lg mempelajari ilmu perbaiki solat dan ibadah2 basic.
**ayat2 yg terpaksa dipotong**
lastly, akak mendoakan yg terbaik utk X. jika X sudi, akak ingin temani perjalanan baru X...


surat layang dari Miss X:

masyallah....cepatnya akak reply.alhamdulillah. terima kasih kak!
hidayah ni sedikit demi sedikit saya rasakan kak. tapi mcm tadi saya kata...saya lost! tak tahu dari mana nak mula. dari siapa nak belajar.
Alhamdulillah Allah masih sudi memandang saya yang terlalu jauh dariNYA.
Masyallah...malunya saya nak berjumpa akak. Malu nak menceritakan betapa jahilnya saya tentang ilmu agama. Maaf kak...kalau akak ajak saya join bulatan gembira akak tu..saya terlalu jahil. berbanding orang2 dikeliling bulatan tu sendiri. saya harap sangat2 agar akak mungkin boleh mulakan ajar saya dgn hal2 basic dulu. bagi saya ingat semula mana alif, mana ba. masyallah jahil saya kak! 

kalau akak sudi temani perjalanan baru saya, seribu kali saya merendah diri untuk terima.
maaf menggangu waktu tidur akak malam ni.


Saya si penerima surat layang:

apa nk malunya. X pakai baju kan? ;)

xderlah... xder apa nk dimalukan. akak pernah lalu apa yg awk lalu. fasa kita sama jer mungkin cara jer beza. jika sebelum ni Allah hadirkan insan lain utk bantu akak, apa salah akak jd insan yg akan bantu awk. fair n square. :))


***dialog peribadi diteruskan... dan biarlah antara dia, saya dan Allah sahaja jadi saksinya ***


Hari ini tak tergambar betapa gembira dan syukurnya saya bila dia tunjuk gambar dia bertudung. Subhanallah... manisnya kamu dik... manis sangat2! minta sahabat doakan sahabat baru saya yang terbaik dan ditetapkan hatinya untuk terus istiqamah...

sebagaimana ALLAH pernah menghadirkan insan2 yang membantu saya dalam memulakan langkah baru saya dulu, semoga ALLAH juga bagi saya peluang untuk membantu insan2 lain yang sama untuk menemani perjalanan mereka... kerana saya tahu, perjalanan itu mungkin perit... mungkin payah jika tidak ada yg berjalan bersama. temani tika sunyi... memimpin di kala letih... membantu di kala jatuh... menghibur di kala sedih... menjadi kepompong girl di kala berputus asa! 

ya Allah, tak tahu saya nak cakap apa. Allah sentiasa menghantar peringatan untuk saya... buktikan jawapan bg persoalan "siapa kamu?" yang mana skima jawapan stereotype nya  "aku KHALIFAH Allah..." buktikan jawapan yg kau beri! tanggungjawab KHALIFAH tak semudah kau menaip 
K to the to the A to the L to the I to the F to the A to the H


--------------------- dari Entry lama ---------------------
Tak mampu Memimpin... aku hanya mampu Meneman...

Jangan pernah jadikan aku IDOLmu...
kerana aku terlalu jauh dengan SEMPURNA...
yang baik tak salah contohi, kerana itu dari ALLAH...
yang buruk jangan dicaci, tapi tegurlah aku kerana itu kelemahan aku...

Jangan pernah minta aku MEMIMPINmu...
aku tak mampu sedangkan aku masih bertatih dalam langkahku...
tapi serendah hati, aku tidak menolak untuk MENEMANImu...
kita perlahan bertatih dan berjalan bersama...
biar menyusur biar merangkak... kita tetap maju ke hadapan...
kita saling berpimpingan...
kau jatuh aku jadi tongkatmu...
aku tersungkur kau jadi pembangkitku...
biar terjatuh biar tersungkur... tapi kita saling membantu untuk terus bangun...

perlahan kita tangkis... perlahan kita tepis...
perlahan kita susuri dan tempuhi...
segala dugaan... segala cabaran... mahu godaan...
demi menuju jalan bercahaya yang destinasinya adalah JANNAH ILAHI...
semoga kita ditetapkan di jalan yang diREDHAI...
InsyaAllah...

~InaAchik~


jadilah bayang-bayangku...
sentiasa mengiringiku...
biar kita saling melengkapi kekurangan sesama sendiri...





WordlessWednesday #Reminder







Thursday, May 23, 2013

inAchic di darjah 30 peratusan siap utk beroperasi. #RumahkuButikkuKununnya



InsyaAllah, inAchic Fashionable in Syariah Way akan beroperasi dalam masa terdekat.

Impian nak ada butik di rumah + online dah lama tersemat di jantung fikiran di ruang paling dalam. impiannya nak ada butik pakaian muslimah yg benar2 muslimah yg patuh syariah. bukan yg sekadar nama butik muslimah, tapi baju ketat la... nipis la... pendek la... mcm2 LA yg pada saya mengelirukan muslimah dlm memilih pakaian yg benar2 patuh syariah. dalam masa yg sama, saya faham... wanita2 hari ini (saya juga) masih sukar utk buang perasaan ingin tampil berfesyen dan bergaya. saya taknak kita tersekat dgn mind set: berpakaian patuh syariah itu adalah berjubah dan berbaju kurung sahaja. ini menjadikan niat utk berubah / mengubah pakaian kpd lebih baik menjadi lebih sukar. jadi, jika ini (berniaga) antara cara utk saya mengubah persepsi dan membantu kesayangan2 saya untuk menutup aurat dgn sempurna, why not kan?! yer, saya mahu berniaga bkn semata utk kesenangan dunia, tapi nak sediakan 'saham' utk hidup selepas mati. ingin menjadikan kesayangan2 saya di dunia ini sbg jiran di syurga (tinggi nya lahai impian ni kan...)

tapi impian sekadar impian jerla... tak pernah terfikir utk start dalam masa terdekat ni. tapi bila ALLAH dah tunjuk jalan dgn menghantar org2 yg tidak saya sangka utk bantu saya... saya rasa saya kena grab peluang yg dtg. dgn modal yg terhad, dgn situasi kerja sbg pemakan gaji, saya adalah perlu kerja lebih sebenarnya. takper, bak kata pujangga remaja purba: berakit rakit ke hulu... berenang renang ke tepian. bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. 

dengan sokongan padu (dari segi moral support dan kewangan) dari bisnes partner saya (laki mak jer pon), saya memulakan langkah kecil ini... 


 #rumahkubutikkulahkununnyani
di darjah 30 peratusan siap utk beroperasi...


 insyaAllah akan menemui kesayangan minggu depan.
pakaian dipelbagaikan dgn pakaian basahan harian yg lebih murah boleh beli berelai relai sekali gaji dan juga pakaian eklusif sesuai utk raya yg mahal sikit apa kisah janji vogue vesgedevas. heheheee...


inAchic Fashionable in Syariah Way
dgn trademark: lebih longgar + lebih labuh + lebih tebal + lebih lapis utk lebih pahala.

'LET COVER OUR AURAH FOR BRIGHT AKHIRAH'





Monday, May 20, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 5] : Ziarah Luar Madinah

Pada hari ke 4 kami di Madinah, kami dibawa untuk ziarah luar Madinah. Lawatan bermula seawal pagi.


*** MASJID QUBA' ***

Destinasi pertama kami adalah MASJID QUBA'. sebelum memulakan trip ini, Mutawwif kami ingatkan supaya berwudhu' sesiap dari hotel kerana Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah”(HR Ibnu Majah).

Masjid Quba' telah dibina oleh Rasulullah sewaktu baginda dalam perjalanan hijrah ke Kota Madinah. masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam berasaskan iman dan taqwa. 

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (Surah At-Taubah : 108)


dari kejauhan kelihatan Masjid Quba' yang tersergam indah. ramainya manusia. semua yang datang mengambil peluang untuk 'mendapatkan pahala umrah' di sini. agak seksa jugak sebenarnya nak membolosi pintu untuk masuk ke masjid ini. dalam hati doa tak putus2: "ya Allah, permudahkan ibadahku ya Allah..." Alhamdulillah, Allah izinkan aku bersujud di Masjid ini. dimulakan dengan solat sunat tahiyatul masjid dan diiringi solat sunat yang lain. dan sebagai perkongsian dengan sahabat2 yg bakal menziarah ke sini, sediakanlah uncang selipar/kasut yg proper dan bawalah masuk bersama kerana keadaan di sini agak padat. sedih bila melihat jemaah yg membawa selipar mereka masuk dan diletak begitu sahaja atas karpet tanpa sebarang alas sedangkan di situlah juga tempat yg kita bersujud. jadi sediakanlah sejadah kecil dalam bag anda. juga dinasihatkan berpakaian 'mesra solat' sesiap sebelum melangkah masuk ke sana. 




tersenyum puas atas keizinan dari Allah untuk bersolat di sini
bersama ahli rombongan. kakak2 yg sgt penyayang. syukur atas ukhwah ini ya Allah...


*** Ladang Kurma ***
Lokasi seterusnya ialah ladang kurma. masa ni excited saya. mood jakun is ON! hehehhee... di ladang kurma ni boleh beli kurma dan kekacang yg lain (bukan petik dari pokok yer). kalau ditanya, mana lagi OK beli kurma kat ladang kurma ni ker kat pasar kurma? pada saya ada pro dan con. sebagai contoh: kurma nabi di sini cecah 100 riyal sekilo dan anda boleh dapat dengan harga 70-80 riyal di pasar. tapi pada saya, kurma di sini lebih fresh dan 'cantik' berbanding dgn di pasar. so, saya beli di kedua-dua tempat. separuh beli kat ladang kurma, separuh lagi beli di pasar. fair & square. heheee...

kat sini juga ada kurma fresh yg masih bertangkai tu. jangan cuba rasa tau. lemak2 manis. sedap... :)


dah gaya macam gi petik kurma di ladang jer. :p



*** Jabal Uhud ***

ketika sampai di Jabal Uhud ni, matahari tgk tegak di atas kepala. panasnya bukan penghalang utk kami menziarah di sekitarnya. panas dunia, panas lagi padang mahsyar. 




Jabal Uhud adalah bukit yang terpanjang dan terbesar di Madinah. di sinilah berlakunya peristiwa perang Uhud yang mana mengorbankan ramai para pejuang islam kita di tangan tentera kafir Quraisy. Mengimbau sejarah Perang Uhud sbg iktibar bersama:

Rasulullah bersama 700 orang muslim Madinah berperang dengan 3000 orang kafir yang datang dari Mekah. Rasulullah pada awalnya menyuruh tenteranya berkubu di Jabal Al Rumah (Bukit Pemanah). Pada peringkat awal, semasa diserang, tentera Islam berjaya mematahkan serangan dari pihak musuh. Ramai tentera musuh yang terkorban. Rasulullah sudah berpesan kepada tentera Islam supaya tidak meninggalkan Jabal Al-Rumah. Tetapi, mereka terpedaya untuk berebut harta rampasan perang peninggalan tentera musuh. Lalu mereka meninggalkan tempat pertahanan mereka. Menyedari apa yang berlaku, Panglima Perang Khalid Al-Walid yang ketika itu mengetuai tentera musuh dan belum memeluk Islam menawan Jabal Uhud. Dan terus menyerang umat Islam. Kesannya, ramai tentera Islam meninggal dunia. Syahid di situ. Antaranya Saidina Hamzah. Peperangan ini mengajarkan umat islam agar selalu patuh kepada pemimpin agar tidak terulang kejadian seperti ini.


di sinilah terletaknya perkuburan para Syuhada'. terdapat satu kepingan plastik di sekeliling perkuburan ini bagi mengelakkan berlakunya perkara2 bidaah yang sering berlaku di sini. ada yang campak syiling la... baling kertas2 yg menulis doa lah... waduh~~~ macam2! 

berdiri di sini buat aku sebak... 
"Assalamualaikum ya Syuhada'... ya Allah, berikanlah aku kekuatan iman seperti para Syuhada' ini dalam memperjuangkan agamaMU..." tak mampu untuk aku mendoakan utk para syuhada' ini yang mana mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. yang aku gusar, aku ini! hamba hina yang ntah mana akan dicampakkan bila di hari perhitungan kelak. 

berlatar belakangkan Jabal Uhud

di kaki Jabal Rumah (Bukit Pemanah)
cukuplah sekadar di kaki bukit kita ni yer bang. 'bateri' tak cukup power nak mendaki. ;)

di sini saya kongsikan HADITH2 yang berkaitan dengan Jabal Uhud ini:

Bukit Uhud adalah bukit yang mencintai orang mukmin dan orang mukmin  mencintai bukit Uhud sebagaimana sabda junjungan s.a.w. Nabi juga membuat perbandingan tamaknya manusia dengan harta dengan sabdanya yang bermaksud: “ Sekiranya anak Adam memiliki dua bukit Uhud emas, nescaya manusia ingin memiliki yang ketiga sehinggalah tanah masuk ke mulutnya (mati).” 

sabda baginda s.a.w: "Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebesar dua bukit Uhud."  >> jadi janganlah lepaskan peluang untuk solat jenazah di mana sahaja anda berada. dan berada di Madinah dan Mekah adalah peluang terhebat kerana hampir setiap waktu solat ada solat jenazah. kat sana, kalau jemaah Malaysia atau Indonesia yg tak bangun bila solat jenazah, saya akan sampaikan hadith ini. bukan apa, sayang... mungkin mereka tak tahu. Alhamdulillah, setakat ini perkongsian saya diterima baik oleh mereka malahan mengucap terima kasih atas perkongsia yang mereka tak tahu ini. 


*** Pasar Kurma ***

ada ker masa trip kami hari tu, kami diberi masa selama 15 minit untuk membeli belah. berlari-lari gaya explorace la kami. tak sempat pilih2, main sambar jer. sebenarnya, dari Masjid Nabawi nak ke Pasar Kurma ni tak jauh pun. kalau tak ikut trip pun, boleh jer jalan. tapi biasalah... kami adalah tak kuasa. hehehehe....


hasil shopping dlm masa 15 minit. tetap berlaku dgn jayanya! :)




Entry sebelum:




Friday, May 17, 2013

Entry tak Ilmiah versi merapu meraban di pagi Jumaat dengan motif menjaja makanan pakej dengan resipi super duper senang.

nah hamek, tajuk entry pon dah berjela! suka2! :p

opss... lupa nak bagi salam. Assalamualaikum kesayangan...
Salam Sayyidul Ayyam di pagi Jumaat yang indah dan maafkan saya mencemar kesucian pagi hening ini dengan entry merapu meraban tah hape2. angin giler tetiba menggiler. please, layan saya sebelum saya jadi giler. :p


ni saya nak ajak jamu mata.
hidangan pantas dari tuan rumah untuk tetamu.
balik kerja campak beg atas sofa, terus sarung apron dan dengan gagah dan macho terus bersilat bak pendekar kundur di dapur comel milik ku. **suami, nak kitchen cabinet hitam putih berkilat boleh?! :p**
tapi segala penat lelah terubat melihat kerakusan tetamu saya makan. hahahhaa...


gulai lemak cili api sotong + ikan kembung sweet sour + ikan kembung goreng rangup + ulaman segar dari Cameron + budu (mung maghi umoh oghe klate gak budu tu menu wajib lah jawabnyo. mung dok pehe? dok pehe sudoh. ngango muluk luah2 biar lalat masok. pade muko! :p) + nescafe shake

resipi? semua dah ada dalam blog AKU BUKAN CHEF. nak resipi sila gali ler sendiri. hahahahhaaa... sangat mak tiri kan?! taknak ah jadi mak tiri kijam camni. saya nak jadi mak tiri yg comel dan charming. haruslah saya sertakan link nya di sini kan.... ;)


SOTONG MASAK LEMAK CILI API:
resipinya adalah adaptasi sepenuhnya dari resipi KETAM MASAK CILI API cuma tang ketam tu kasik tukar ngan sotong la. memula panik tau sebab sotong tu keluarkan air. masa tu rasa nak nangis takut tak sedap. budget bijak dan kreatif la nak pelbagaikan resipi yg satu jadu pelbagai menu. pastu tak agak2, wak kerja2 try n error ni time nak hidangkan utk tetamu. bijak lah snagat kan. tapi tak sangka tetamu ai cakap sedap. alah, tetamu kalo kutuk masakan tuan rumah mahu la kena mandi ngan kuah lemak kan. hahahahahaa... tak2, betul ni... suami pun cakap sedap. tapi still korang xleh percaya, sebab laki ai memang kaki bodek. suka puji isteri dia. sukaaaaaa! lalalalallalaaa...


IKAN KEMBUNG SWEET SOUR.
ni pon dah bagi resipinya di SINI. ni sumpah gua tak tipu erk.. tetamu ai makan sampai tahap pinggan tu takyah cuci. bersih! letak sudu kat luar, lap pinggan ngan jari then jilat jari tu. betul ni! tengok, ai sedang tautkan kening kiri dan kanan wak muka serius neh! :p
tapi... kalau tgk resipi dia, confirm korang tak caya ni. sebab senang melampau tahap korang boleh masak sambil layan KEEK n WE CHAT! ngehehehe... esoknya suami cakap, "semalam nyer ikan sweet sour tu best giler bie. abg rasa mcm tak cukup. nak lagi." apa saje untukmu sang arjuna! :p

ikan kembung goreng tu takyah lah bagi. kang satu penghinaan besar pulak kannnnnnnn... ;)

kawan saya dah cuba resipi ikan sweet sour tu tapi dia tanya kenapa dia buat tak sesedap macam dia makan kat rumah saya. jawapan saya? saya masak dgn penuh kasih sayang dan diiringi selawat dan zikir. betul ni! chef amar kata, masak suka2 hati, ikhlas dari hati. ;)

port lepak paling best sebab atas meja penuh makanan. :)


 inilah tetamu2 saya. abaikan bapak ketua keluarga kecil saya yang kelihatannya seperti kanak2 istimewa. biar kelihatan terencat, dia tetap istimewa utk saya **kalau rasa loya, sila jgn muntah bersepah**


lepas makan nasik, makan kek pula. ada berani nak jadi geng GEBU (GE=gemuk, BU=bulat) saya?!
nak masuk keahlian tiada borang disediakan. hanya perlu makan secara bundle tanpa fikirkan istilah DIET dalam kamus hidup anda. jika berjaya, anda dgn rasminya GENG gebu saya! ohhhhh suka2!!!


dengan rasminya saya umumkan inilah kek rasmi ulang tahun perkahwinan ke-6 saya dan suami. kek tajaan sepenuhnya dari ANNAbaked@home. terima kasih juta2 kali Kak Anna! terharu sangat2 sampai tahap lap hingus kat kain dalam ni. lagi sekali, thanks a lot for kek gojes vesgedevas delicious mabeles neh! anda kalo jeles, sila buat tempahan dan sila bayar sendiri. jangan budget retis nak mintak sponser pulak. :p


AISYAH & DIK NIM
jangan percaya pada keayuan yang mereka zahirkan. ini dusta!!! hakikatnya keduanya super sengal. tambah2 yang tengah tu. muka jer ayu tapi bila wak lawak boleh buat saya gelak sampai tahap nak selok kero (bahasa kelate lagi). terima kasih sahabat untuk kunjungan ziarah keluarga kecil saya. tapi lepas ni, saya taknak terima lagi kedatangan mereka di hari bekerja. memang takkan ada sebentar nya. menangis esoknya bila nak bangun pergi kerja. rasa nak kluarkan mata kasik lepak dlm esbok jer!
tapi satu saya tak mampu nak nafi; saya gembira. harap mereka juga. :)


sekian entry tak ilmiah saya. maafkan andai ada bahasa yang terover penggunaannya. dalam bertatih, masih banyak sifat, sikap dan kelemahan lama yang ada pada saya yang tak mampu saya nak buangnya. specially tang gelak berdekah-dekahnya. Allahu Rabbi... dah cuba tapi masih seadanya. oke, masih berusaha! :)

yang baik dari Allah... yang buruk itu adalah kelemahan saya secara total.






Thursday, May 16, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 4] : Cinta bertamu di Kota Madinah



Kami di Madinah selama 3 hari iaitu pada hari ke-2, 3 dan 4 (14-16.May.2013). menginap di Hotel Mubarak Silver. walk distance yang dekat jer jaraknya dengan Masjid Nabawi.

aku jatuh cinta dengan Kota Madinah ini. cuacanya sejuk dan berangin. bila waktu solat, semua kedai di tutup, dengan kain jer pun. tiap kali itulah juga selalu terfikir; bilakah Malaysia akan jadi begini? sedangkan waktu solat Jumaat pun, lelaki2 masih tega berlepak di kedai kopi. abaikan! jangan berangan tinggi untuk tinggikan lagi tempat jatuhnya sebuah hampa... :(

Pada hari kedua lepas ziarah Raudhah dan hari ke-3, kami tidak ada apa2 program. hari ke-3 tu adalah hari Jumaat, tidak ada sebarang trip ke luar untuk hari Jumaat. jadi lebih kepada aktiviti bebas. rutin biasa adalah ulang alik ke masjid dan saya mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan dan melihat sekitar bandar Madinah dan shopping souvenir untuk dibawa pulang. saya cadangkan, kalau nak membeli -belah better beli kat Madinah ni sebab bila kat Mekah pada saya masa adalah sangat terhad. masa adalah sangat2 berharga dan seluruh jiwa raga diperuntukkan untuk menunaikan ibadah umrah (pada saya la). pasal harga saya tak boleh nak komen sebab kat Mekah saya langsung tidak berminat untuk bershopping sampai suami sendiri terkejut. dia siap offer 2 3 kali nak belikan jubah kat sana tapi saya tolak. untuk shopaholic macam saya, ia adalah satu pencapaian yg hebat sangat lah kot. tapi saya percaya, semua rasa ini dari Allah sebab memang saya dah niat, bila ke Mekah saya memang nak fokus pada ibadah umrah. mungkin Allah dengar doa saya dan hilangkan nafsu shopping tu dalam diri saya. Allah... KAU maha mendengar apa sahaja doa hambaMu...






Masjid Nabawi di siang hari. 



Masjid Nabawi di malam hari. payung2 tu akan ditutup.
kadang2 saja berdiri nak tengok payung tu dibuka dan ditutup. yer2, saya jakun! :)



 dalam Masjid Nabawi.


Alhamdulillah, amanat yang mengirim telah disampaikan; mewakafkan Quran.



depan masjid  penuh dengan aktiviti jual beli. macam2 ada. murah2.
stongan (stokin tangan) kata sana 5 pasang = 10 riyal. haruslah saya borong pakaian harian tu kan.
shawl chiffon bercorak panjang lebar baru 5 riyal sehelai. :)

kadang2, inilah hasilnya bila pulang dari Masjid. hehehe...
belakang tu la hotel tempat saya menginap; Mubarak Silver


Bandar Madinah. lebih tersusun dan bersih berbanding Mekah.
tapi perbandingan yang tidak sesuai ibarat rambutan dibandingkan dengan durian.
di Mekah kepadatan manusia adalah berganda ganda berbanding Madinah.

 pak2 arab ni sempat lagi ber-peace bagai. :)


ni port saya shopping jubah.

hampir semua kedai berlampu biru. nak kasik up effect cantik ler tuh! ;)
semua penjual boleh cakap melayu. nampak sgt org Malaysia suka shopping kan?1! :p


dan tempat yang paling paling paling (oh, maafkan saya cikgu BM!) saya suka pergi di Madinah adalah ke bahagian Kubah Hijau Masjid Nabawi. tempat paling dekat dengan Rasulullah. kubah hijau ini menaungi makam Rasulullah bersama mertuanya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. 



'kuasa' kubah hijau ni kuat sangat. berdegup jantung macam nak pecah.


berdiri dgn jarak yang hanya beberapa tapak lagi dgn jasad Rasulku disemadikan. saat ini saat paling memberi kesan. paling sentimental pada aku. 


berdiri sendiri... suami dah berjaya memboloskan diri masuk ke dalam sana. beruntungnya dia. belum sempat memula 'bicara' dgn baginda, air mataku dah menitik laju. lagi ku kesat, semakin laju. lalu ku biar air mata itu terjun semahu mahu. tangis ini bukan drama. tangis ini bukan dibuat2. ia datang bersama satu rasa yg menyelinap di seluruh sanubari. rasa kerdil, hina, jauhnya aku dgn sempurna... banyaknya ajaran dan sunnah baginda aku lupa... kadang2 buat2 lupa. rasa hina sebab aku tak mampu berbuat apa untuk tegakkan Islam di akhir zaman. sedang baginda, Rasulku lalui pelbagai dugaan dan cabaran untuk tegakkan syiar Islam. 

Ya Rasulku... aku mohon syafaat mu... sudilah pandang aku sbg ummat mu di Padang Mahsyar kelak. lalu bawak aku ke Syurga walau tidak sedarjat dengan mu... Allahu Alah... tiada Tuhan ku sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. air mata menitik lagi dan lagi...






datang berulang kali... tanpa jemu!
paling tragis, di hari terakhir di bumi Madinah.
ya Allah... izinkan kami sampai ke sini lagi...


#sorry, kualiti gambar kurang memberangsangkan. pakai compact camera n tab jer. dan mood nak snap picture pon tak meriah mana. ;)


Entry sebelum:






16 MEI. Ada ucapan penting untuk kesayangan semua.




16 MEI! teringat zaman di bangku sekolah, malam tadi mesti gigih bungkus hadiah. ingat satu tahun tu, saya tak tahu nak bagi cikgu kelas saya hadiah apa (yer, saya bkn dari keluarga yg senang). dgn duit saku di tangan, saya hanya mampu beli sekotak tisu. itulah hadiah dari saya ikhlas untuk cikgu tercinta. oh~~~ sebaknya.

teringat juga rutin tahunan untuk berdiri di pentas mendeklamasikan sajak untuk guru2 tiap kali perayaan hari guru. oh, aku rindu juga saat itu!

nak wish SELAMAT HARI GURU untuk cikgu2 saya mcm takde gunanya sebab diorang semua takde dalam friend list fesbuk saya... nak wish kat blog pun, bukan diorang baca blog saya. yg mampu saya bagi, hanya DOA dalam sujud saya, minta ALLAH limpahkan kasih sayangNYA buat cikgu2 saya. *sebak lagi*

untuk kawan2 saya yg bergelar GURUSELAMAT HARI GURU buat kamu2. Alhamdulillah, kalian menabur benih saham akhirat dalam menjalankan tugas harian. semoga Allah berikan kamu kesabaran yg tinggi krn saya tahu, mengajar di hari ini adalah besar cabarannya.

dan semua sahabat yang hadir dalam hidup sayaSELAMAT HARI GURU juga buat kesayangan semua. anda semua adalah 'cikgu' yg mengajar saya tentang erti hidup. saya hargai segala perkongsian ilmu walau sepotong ayat.

paling istimewa, SELAMAT HARI GURU untuk Murobbiah kesayangan saya, Ustazah Zaimah Yaha. ustazah usrah saya yang tak henti memberi tarbiyah dan ingatkan saya ada kehidupan kekal hidup selepas mati. tak mampu saya balas jasa hebat ini. semoga Allah terus segarkan semangat dakwah dlm diri ustazah untuk kami2 yang dahagakan tarbiyah.

hakikatnya, kita adalah GURU dan MURID untuk setiap dari kita. terus belajar sebab ilmu takkan pernah cukup utk kita. untuk kesenangan dunia dan akhirat.

#dulu saya pernah simpan cita2 jadi cikgu tapi sudahnya tercampak di kantor kecil sbg jurutera picisan tak berwawasan. Alhamdulillah, KAU maha tahu apa terbaik untukku. BAHAGIA.



************************

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa 


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG


************************
 inilah sajak kegemaran yg selalu aku deklamasikan di setiap kali perayaan hari guru masa kat sekolah dulu2.