Gambar adalah rumah sahabat saya, saudara Rosmaini Abdul Aziz (bapa anak 2 - darjah 2 & 3) yg merupakan salah seorang mangsa banjir di Kuantan. 03.12.20113, rumah beliau tenggelam habis... tak sempat selamatkan apa...
beliau: saya dah jadi tak keruan... sedih...
sabarlah sahabat... bertabahlah. Allah uji sebab Allah rindu nak lihat hambaNYA merintih dan memohon padaNYA. insyaAllah... saya dan kawan2 yg lain akan bantu apa yg kami mampu.
sahabat2ku... saya mohon/mengharap kalian sudi bantu sahabat kita ini. kita korbankan makan sedap kita bulan ini untuk bantu mangsa2 banjir. mungkin sumbangan kecil kita hari ini besar maknanya untuk saudara ROSMAINI ABDUL AZIZ dan keluarga.
Maybank: 156012126246
CIMB: 06120095566529
(Rosmaini Abdul Aziz)
**bayangkan setiap dari kita menyumbang RM10 seorang. sikit-sikit, ramai-ramai jadi bukit.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Betul tu.mereka sgt memerlukan bantuan sekrang. boleh juga memberi derma pakaian terpakai, tuala, selimut dan makanan directly di center2 penempatan banjir atau contact Flood Action Commitee DrbHicom di Pekan. Kalau anda berada di Kuala Lumpur, boleh drop barang2 di Wisma DRBHICOM. terima kasih semua.
ReplyDeleteInsyaAllah....semampu yg munkin...
ReplyDeleteSy mohon share