Thursday, April 25, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 1] : Baru muqaddimahnya

Assalamualaikum kesayangan...

&**#$@!!gdhhkljdg;;h... xxneyhajkkdkff... artdjk;lak;lgkagkl'lmggg@##$%%^&%**

ini bukan virus... inilah anda punca dari ketidaktahuan di mana harus di mula coretan perkongsian kembara penyucian jiwa di Kota Makkah dan Madinah saya dan suami. setiap kali saya cuba untuk menulis entry tentang hal ini, saya pasti blank. rasa yang tak tergambar dgn kata atau bahasa... tapi cukuplah saya kongsikan tentatif perjalanan, pemandangan dan sedikit gambaran.

bagai kata seorang sahabat saya...
"Man lam yazuq, lam ya'ariff" - siapa yg merasa, dia aje yg tau... 



keinginan untuk ke Umrah rasanya semua orang ada... tapi keinginan ini membuak buak di kala fasa 'penghijrahan' saya bermula pada Ramadhan 2011. tapi saya bukanlah orang yang ber-wangbesar. hari ni cakap nak pergi, bulan depan dah bisa tempah tiketnya. tidak... tapi percayalah, bila Allah menyahut panggilanmu untuk menjadi tetamuNYA, maka DIA permudahkan segalanya. bermula dengan tragedi air mata di mana kami suami isteri dikejutkan dengan kehadiran&pemergian khalifah kecil yg belum sedia dilahirkan menjadi penghuni bumi selepas 5 tahun penantian kami. mungkin syurga tempat terbaik untukmu wahai anak. ketika sang suami membawa kesedihan hati di rumah Allah, jatuh flyers umrah ke atas riba seolah Allah sedang memujuk hati: "ada yang lebih indah menanti kamu...". masa berlalu dgn pantasnya... belum pun setahun kisah itu berlalu, satu demi satu urusan dunia kami DIA permudahkan. Alhamdulillah, tanggal 20.12.2012 kami diizinkan untuk mendaftarkan diri untuk menunaikan Umrah pada 13.03.13. Alhamdulillah...

sesungguhnya DIA yang berhak atas setiap hal yang berlaku. Allahuakbar! 

kami mengambil pakej dengan Andalusia dengan penerbangan Oman. kenapa penerbangan Oman? sebab ini adalah antara penerbangan yang menawarkan harga yang termurah. orang kata transit memenatkan... tapi tak apa, kami bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang ada. janji sampai ke sana! :)
kami memilih bilik berdua. manakan bisa laila berpisah dengan majnun nya. :p

sebelum pergi, kami sempat menghadiri kursus yang dikelolai oleh pihak Andalusia sebanyak 2 kali. selebihnya, kami membaca buku dan video2 ustaz2 yang dikenali di You Tube. memula baca buku, langsung tak faham apa. pergi kursus sekali... tak berapa clear dan masih blur2 lagi. lepas tu, balik dengar ceramah kat You Tube. lepas tu, gi kursus lagi dan masa ni boleh tanya apa2 persoalan yang kita tak pasti dari 3 sumber tadi. InsyaAllah masa ni kita lebih bersedia. ;)

berbalik kepada tarikh yang dipilih secara rawak tu, perempuan untuk ke umrah ni perlu berhadapan dengan penyakit 'panggilan bulan mengambang'. suratan atau kebetulan, saya terkena penyakit itu seminggu sebelum dan bersih betul-betul pada malam nak bertolak tu. lagi sekali urusan saya dipermudahkan! 
*so, jgn tanya saya pasal pil tahan period ker ape yer... memang tak dapat nak share tentang ini

sebelum keberangkatan pulak, tak putus2 rezeki dari Allah yang didatangkan melalui sahabat2 saya. ada yang dari kejauhan poskan tudung berdagu, yang dekat hadiahkan telekung solat yang berjenama yang saya sendiri tak terfikir nak beli, ada yang belanja makan. yang paling saya segan, bila sumbangan berbentuk wang. yang mana tak sempat jumpa, siap transfer ke akaun saya. jumlah yang bukan sedikit... banyak sangat pada saya! memang segan sangat2. tapi kata mereka, itu pemberian ikhlas untuk saya bermusafir untuk beribadat kepada Allah. gunalah untuk apa sahaja... nak buat shopping pun tak apa. melimpah ruah rezeki saya. ya Allah... macam mana saya tak sebak?! Ada juga yang mengirim wang untuk mewakafkan Quran dan bersedekah di sana. InsyaAllah sahabat, amanah kalian telah saya usahakan sebaiknya.


antara pemberian sahabat2 tercinta... terima kasih yang tak terhingga...



dalam kata takde idea, baru mukaddimahnya sahaja tapi sudah berjela. belum masuk perjalanannya. oh, inilah blogger. nampak gaya stop sini dulu la ya... lain kali sahaja saya sambungnya. :)






13 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Ina..mmg akk ternanti2 coretan ina ni....tak sabar menunggu sambungannya...tiap kali tgk gambar kembara ina ni....tiap kali itu jua hati tiba2 jadi sebak....Allahuakbar....

    ReplyDelete
  2. xsabaq nak dengar cerita selanjutnya....

    alHamduLillah semua bejalan lancar :)

    ReplyDelete
  3. takpe..saya sabar menanti..memang ini yg ditunggu hingga saat bertentang mata tapi masih tak kesampaian..

    sila penuhkan hasrat saya yg ingin membaca ini hehe..

    #sedap pulak pizza itu..tetibe!

    ReplyDelete
  4. Menarik dan indah sekali pngalaman itu..smg kami berezeki ke sana juga

    ReplyDelete
  5. :) doakan saya ya.mudahan akan sampai rezeki sy kembara mcm ina..

    ReplyDelete
  6. Sis....nti upload gambar single yer..x mau grid....x puas tengok....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. rezeki ina dan suami :-)

    ReplyDelete
  8. baru entry mukadimah, air mata dh bergenang bace entry ni..

    xsabar nak baca entry2 seterusnye..:)

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak tunggu yang selanjutnya...
    cepat skit ina..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.
    Orang yg disayangi Allah akan disayangi orang sekeliling.

    ReplyDelete
  11. baru sempat bc kak Ina..patah ke sini dulu sblm ke post baru tu..seronok!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Allah permudahkan urusan kak, sebak ni.. Allahuakbar. kak, sheila tumpang sedih dengan kisah khalifah kecil tu. insyallah, dia akan tunggu mak ayah kat syurga. sheila pun sama =.='

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..dpermudahkan segalanya..doakan sy dan suami smpai ke sana juga...iloveu~

    ReplyDelete