Thursday, April 18, 2013

Solat dalam kapal terbang - jangan pandang enteng!

Assalamualaikum kesayangan...

Ramai yang PM mintak saya share pengalaman kembara Umrah kami. insyaAllah saya akan cuba memenuhi permintaan kesayangan saya dalam masa terdekat ini walaupun saya macam tak tahu nak cerita apa. sesungguhnya macam tiada kata indah yang dapat menggambarkan perasaan / pengalaman yang saya lalu di sana. tak terungkap dengan kata bicara... lebih kepada rasa dan bahasa jiwa. ahhh~~~ mula ler ni nak nitis air mata. oh, saya adalah sangat sangatlah neng yatimah bila berbicara tentang hal ini. T___T

ok, abaikan hal ini seketika. ada hal lain yang ingin dikongsi.

pagi tadi, terlihat status Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau yang berkongsi tentang rasa kecewanya bila melihat masih ramai lagi orang meninggalkan solat ketika dalam penerbangan balik dari menunaikan umrah. Ratusan orang dalam sebuah penerbangan ramai yang hanya lena tidur. Ramai yang cuma solat hormat waktu. Solat tidak berapa solat gayanya.

lalu teringat pengalaman yg sama semasa saya dalam perjalanan pulang dari umrah. situasi nyer sama jer dgn Ustaz Ebit Lew. ramai memilih utk lena di kerusi dan meninggalkan solat subuh dlm kapal terbang walaupun baru pulang dari menunaikan umrah. ibadat sudah jadi adat? :(

pada saya, tiada sukarnya dan saya difahamkan oleh ustaz dan mutawwif, tiada istilah hormat waktu. kita masih boleh berwudhu' dlm flight. kalau rasa susah, boleh sediakan spray wudhu' tu. dan bagi perempuan, pakailah pakaian yg 'mesra solat', maksudnya biarlah pakaian kita menutup aurat dengan sempurna dan terus boleh dibawa solat. tudung pon takyah nak berbelit belit dan bermekap bagai. macam saya, saya pakai telekung solat tanpa secalit mekap untuk menyenangkan mengambil wudhu' dalam flight.

kalau tiada tempat utk solat, kita boleh solat secara duduk di kerusi kita. yg penting, mengadap kiblat semasa takbiratul ihram. sebelum ke sana, belajarlah cara2 solat dlm kapal terbang yg betul. jadikan ini antara 1 persediaan penting yg wajib 'dibawa' bersama.

 
# saya cadangkan, ustaz/mutawwif/ketua rombongan/travel agent sediakan pamplet (cemana ntah nk eja) tentang cara2 solat dlm kapal terbang. (just my 2 cents)




tudung telekung mesra solat dgn wajab bugil mesra wudhu'. ;)




6 comments:

  1. kan. selit bunga 2 bijik. chomel. hehe.

    ReplyDelete
  2. mana nak beli tudung telekung ni?ada jual online?bagi link. Thanks =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni saya beli ngan ajk masjid kat rumah saya.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina. sheila pun pernah baca satu entri pasal solat dalam flight ni. katanya solat hormat, pastu turun flight nanti solat balik. macam mana ek? tak bape paham pulaaaa..

    ReplyDelete