Tuesday, April 23, 2013

Hiarggggggggg dushhhhh!!! nyah kau SETAN!



Assalamualaikum kesayangannnn!!!
**dgn nada sedikit menjerit**


Tadi ada seorang ni PM tanya pasal 'kena tindih'. tanya saya apa pendapat dan apa yang perlu/tindakan perlu kita buat.

adik... akak bukan pengamal perubatan traditional. so, akak tak tahu sikit hal2 begini. sorryyyy... tidak dapat membantu secara khusus. cuma... akak nak share la ilmu seciput (kang ada kata kita ni ustajah jadian pulok).  Islam kan ada amalan / sunnah2  sebelum tidur. jadi tiap kali nak tidur, apa kata kita lakukan amalan2 ini:


1- kebas tempat tidur dgn kain.


” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.


2- sebelum baring tu, tadah tangan, baca: AL- FATIHAH & 3 QUL dan hembuskan di tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan dr kepala hingga ke hujung kaki. 


3- baca doa tidur: Bismikalla hummahya waamut (dengan namaMU ya ALLAH aku hidup dan mati), selawat dan mengucap dua kalimah syahadah dan gedebush baringkan badan di tilam gebus.


4- kemudian tidurlah dengan zikir specially bila susah nak lelap. kalau dulu, very da orang putih, baca novel la... buku la... kunun membantu menyuntik unsur2 mengantuk. tak payah... baik kita zikir. baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. tak sempat 33 kali setiap satu tu, kamu dah start laloq pon. mulala kiraan dari 17 jadi 23. hahhahaa... tak kata orang la. ini saya! hiks~


InsyaAllah, amalan2 ini membantu kita dari gangguan jin, syaitan dan sihir. ramai antara kita lupa / pandang remeh pada amalan2 yang nampak kecil ni tapi hakikatnya besar kesannya. kita azamkan untuk jadikan ini amalan WAJIB setiap hari sebelum tidur.

oh lagi satu, saya nak share la jugak. bila nak masuk rumah, bagi salam dan baca ayat Qursi sebab ada sekor syaitan yg bertenggek atas pintu rumah kita dan tugasnya adalah untuk mengganggu rumah tangga kita. kasik bom itu setan dengan ayat Qursi.

hopefully, perkongsian ini bukan hanya berakhir dgn hanya bacaan semata. atau berakhir dgn komen "TQ for sharing cik kaki..." TAPI sama2 kita amalkan. kalau liat pun sekejap jer... lama2 jadi kebiasaan la. ;)



hiarggggggggg dushhhhh!!! nyah kau setan!





11 comments:

  1. biasanyer memang mengibas ngibas tu na tapi aku ingat kena kibas pasir2 or habuk2 camtu la..baru tau tujuan sebenar mengibas ;)

    tqqqq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula... memula aku pun igt gitu dulu. huk huk...

      Delete
  2. sunnah rasullullah tido ngiring kanan kan. biasakan tido ngiring. selalu rasa camtu kalau tido telentang. lagi satu jgn suka tido siang. nap sblm zohor tu ok tapi nap je. jgn plak telan nasik 2 pinggan pastu tido. tak jadi nap dah tu jadi dengkur plak sampai sejam dua. tapi tido mlm jarang jadi kan situasi tu. tu saya la hi3. so jgn suka tido siang.

    ada nama saintifik dia kan. otak dah terjaga tapi jasad tak bangun lagi. tu rasa mcm bdn takleh nak gerak tu. body masih dlm mood tidur. rasa berat mcm kena tindih. tapi biasanya sbb otak & body tu tak synchronize bangunnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya difahamkan begitulah iaitu sunnah rasulullah tidur mengiring.
      tapi bab saintifik mmg failed! hehehe

      thanks for sharing

      Delete
  3. Ditagged di sini :)http://jibablossom.blogspot.com/2013/04/april-may-giveaway-by-nabila-medan.html

    ReplyDelete
  4. masuk rumah bagi salam tu selalu buat tak tahu pulak baca ayat qursi...yang tahu masa keluar rumah jek hihi....pas nie kena amalkan selalu nie.....

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. sebelum tidur tulah amalan saya :-) sengantuk2 mana pun kalau dah terbiasa mesti gagahkan juga baca :-) lagi satu utk anak2 baca surah al insyirah :-)

    ReplyDelete
  6. mengibas tu jarang buat..tapi baca doa tidur & ayat kursi tu biasa diamalkan..alhamdulillah walaupun kadang-kadang ada gak mimpi pelik-pelik hehe

    ReplyDelete
  7. kenkadang kite alpa, letak pala je terus dengkur tak ingat dunia
    pasni kene beringat la.. baca doa apabila nak masuk tidur..
    dek kerana terlalu letih gitu la Ina... huhuhu...

    ReplyDelete
  8. enSomi saye penah pesan..sblm tido kene kibas2..bantal kene terbalik2kan n tepuk2..pastu kalau kite dh baring, n tetibe rase nk g toilet ke..minum air ke..pastu nak tido semule pon harus kibas semule dan terbalikkan bantal..tapi slow2 dh la..kang terkibas muka enSomi yg kat sebelah tgh syok tido..haruuuu pulak.. :p

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak ina. thanks sharing. sheila akan amalkan selalu :)

    ReplyDelete