Saturday, February 11, 2012

Seperti di sekolah pondok di tengah Kota Lumpur...



Alhamdulillah...
malam tadi: 10 Feb 2012...
dengan izin Allah, aku diberi peluang bersila bersama mereka-mereka yang lain...
mereka-mereka yang dahagakan ilmu untuk mencari redha Allah...
bersama di majlis Talaqqi 4 kitab dengan Habib Ali Zeinal Abidin al Hamid di Masjid bin Jabal, Setiawangsa.

Senarai Kitab yang digunakan: 
1- Tafsir Al-Quran 
2- Riyadhus Solihin 
3- Bidayatul Hidayah 
4- Peringatan Buat Umur Insan


Ni pengalaman pertama aku...
belajar macam ala2 sekolah pondok.
mana nak cari sekolah pondok di kota lumpur ni... ;)
satu pengalaman yang berjaya cuit hati dah kata: "kamu patut pergi lagi azlina!"

Terima kasih ya Allah, kuatkan hatiku menolak hasutan syaitan yang gigih duk menanduk kata soping di Jusco di malam minggu sangat best kononnya! Terima kasih kerana beri tiupan hikmah untuk aku bersila kemudian bersimpuh kemudian bersila lagi di majlis ilmu ini untuk 2 jam... bukan mengeluh penat duduk lama... cuma kaki aku sesemut! heheheee...

Ada sesape nak bersila bersimpuh bersama untuk hari2 mendatang?

SETIAP JUMAAT, PUKUL 9:30 MLM (lepas Isya') 
di MASJID MUADZ BIN JABAL, SETIAWANGSA (dekat LRT Setiawangsa - walk distance)

kamu2 patut join! sumpah osem!!!

Habib Ali... Syukran ya Habib...
Semoga Habib dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus menebarkan ilmu mencari redha Allah buat kami yang dahagakan ilmuNYA...


#Tak silap, Ahad ni (12 Feb 2012) Habib bersiaran di Masjid KLCC pukul 9 pagi tak silap. kalau siapa berminat, drop komen... nanti aku try dapatkan detail. 





4 comments:

  1. ALHAMDULILLAH..DAH LAMA SEBENARNYA SHU X GI BERBULATAN GUMBIRA NI...HUHU..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Majlis ilmu macam ni lah yang dapat menenangkan jiwa dan rohani kita sebenarnya. ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Ustaz Habib Ali setiap dua minggu sekali ade bg ceramah kat ofis kami..Boss invite sejak May 2008 bermula dgn kitab Bidayatul Hidayah..sgt2 berkesan & ceramah yg penuh penghayatan.. Setiap kupasan sgt detail walaupun utk sekecil2 perkara (contoh; ketika membasuh kaki ketika wuduk, adap tidur)...
    bertuah la siapa yg dpt hadir dlm majlis beliau...
    (niem_03@yahoo.com)

    ReplyDelete
  4. salam kak..sy copy gmbr Habib Ali ni yee

    ReplyDelete