Thursday, February 16, 2012

Mencari NUR di Kota Lumpur



Pembangunan yang bukan diukur pada tingginya bangunan...


Di Kota Lumpur itu... 
jika KESERONOKAN DUNIA yang kita cari... itu yang kita perolehi...
jika NUR yang kita gali... pasti itu yang kita miliki...
pilihan di tangan kita sendiri...  
hakikatnya ILMU ALLAH itu bertebaran di muka bumi ini...



Pernah lara di Kota Lumpur... dan Alhamdulillah, Allah maha menyayangi...



Hakikatnya iktiqaf di 'rumah Allah' itu jauh lagi tenang dari merayap tawaf mall pencakar awan... *sebab boleh tawaf (baca window shopping) jer. nak shopping memang tak mampu sebab semua barang di luar kemampuan kecuali makan di KFC dan MEKDI! NANDOS  pon oke... :p
 


LAW KANA BAINANA 
(jika Rasulullah masih bersama kita) oleh Habib Ali Zaienal Abidin

Lokasi:
Masjid Asy Syakirin, KLCC

Tarikh:
12.02.12 | 9 am - 12 pm


Alhamdulillah... penuh dewan.

Sesi yang sumpah osem... mendengar sirah Nabi Muhammad... berjaya runtun jiwa dan buat air mata mencurah bagai air pancut di taman KLCC... Indahnya pekerti BAGINDA... buat hati rindu biarpun tak pernah bersua...

Menyusuri saat kewafatan baginda... satu-satunya makhluk yang Allah bagi pilihan: untuk terus hidup atau pun mati tapi BAGINDA memilih untuk kembali kepada Allah yang menciptanya...

Few perkongsian dari majlis tersebut:
Ummu Aiman (pengasuh Rasulullah) sangat bersedih selepas kewafatan Rasulullah. Maka bertanya seorang sahabat: "kenapa kamu bersedih ya Ummu Aiman sedangkan Rasulullah sedang berada di tempat jauh lebih baik dari dunia ini..."
Berkata Ummu Aiman: "Aku tidak sedih berpisah fizikal dengan Rasulullah... kerana Baginda sentiasa hidup dalam diriku... tapi aku sedih kerana selepas kewafatan baginda maka terputuslah wahyu dari Allah..."
Rasulullah itu banyak senyum dan selalu bergurau...
Suatu hari ketika baginda berjalan ke masjid, baginda terserempak dengan sekumpulan orang2 tua... dan berkata baginda: "tiada orang tua di syurga!". maka terkejutlah org2 tua itu... dan sambung baginda: "sebab di syurga semua orang menjadi muda..." :)
Ketika Rasulullah sedang 1 selimut dengan Aisyah, Baginda meminta izin Aisyah untuk bangun solat. dalam ingin menunaikan keinginannya untuk beribadat kepada Allah, tetapi baginda tetap tidak menidakkan hak seorang isteri...
dan aku tertarik dgn jawapan Aisyah: "aku mendahulukan keinginanmu untuk Allah berbanding keinginanku sendiri..."
# kita sebagai isteri??? lebih pentingkan keinginan sendiri... oh... tak cukup solehah lagi... :(

Lepas habis majlis, ajak Achik merendek di taman KLCC. snap2 picture budget pelancong dari Zimbabwe. tapi sedih, pakai galaxy tab jer... my dslr rosal lorrrrrr... uwaaaaaaaaaaaa~~~

 gambar ini di'snap' pada 12.02.12 tepat pada 12:12 pm. btol x tifu!
tipu dosa... mati kena seksa!
suratan atau kebetulan?


lelaki macho di hati aku... lelaki macho yang menjadi imam solat aku... lelaki macho yang sangat cool...  lelaki macho yang... ah cukup2! jiwang banyak2 kang ade orang tak bunting kena morningsickness plak kan... :p #pesanan: sila jangan muntah bersepah!


lelaki macho itu lagi! 
**please jangan baca macho lah sangat!!! hahhahahaa...


aku mahu jadi jadi wanita sekuat badang...
tak gentar dek taufan...
tak luntur dek kepanasan...


Ngedate kejap jer sebab tetiba cam ada naga sedang menari girang dalam perut yang comel. harus secara pantas carik tempat bersantapan... sebab masih di mood padang pasir, kami ke AL-RAWSYA untuk membedal nasi arab.


ke AL-RAWSYA untuk kali ke-4 nya...
*klik SINI untuk restaurant review.


KAMBING AL-HANITH pilihan selera yang masih tak berubah untuk ke-4 kalinya... 
dan masih setia dengan teh pudina. :)


SEKIAN... TITIK NOKTAH


11 comments:

  1. berseri seri la ina pakai jubah hitam tu

    ReplyDelete
  2. LAW KANA BAINANA..

    semalam kat tbg haji pon ada ceramah maulidur rasul kak..

    same topic..:)
    meleh air mata mendengar kisah nabi..rasa teruja mau bertemu baginda..:)..di Mashar nanti..insyaallah..

    dengan usta.."TANYA USTAZ" tu..dia pon nanges bg ceramah..mmg terharu sgt..rasa kecik je diri ni kak..;(

    ReplyDelete
  3. salam kak...
    sy terleps date ms bukak blog aritu....klu x myb dh pg n bole dengr kuliah ni...xde rezeki myb next time...akak update tau info2 yg best:)

    ReplyDelete
  4. bestnya... nak try laa al-rawsya tuu..

    ReplyDelete
  5. Salam

    Dear lovely K.Ina,
    I was and am your silent reader. hehe... Saya ikut perkembangan akak dari dulu lagi. And somehow, saya slalu doa yang terbaik untuk akak even tak kenal akak personally. (mungkin tu yang dikatakan roh kita serasi di alam maya kot? maybe..=))

    I was extremely, bombastically and bersyukurly when you change to a better person. Alhamdulillah sangat2. I was once crying for your change. haha.. hover kan?

    Nway, may Allah strengthen you and I will always pray for you. Inshallah, semoga kita berjiran di syurga nanti ye kak?

    Salam sayang kerana Allah,
    Farah

    ReplyDelete
  6. cantik jubah kamu !!! bertambah-tambah cantik !! :))

    ReplyDelete
  7. Salam,

    nak tanya, kat mana beli penal kerawang yg manjang sampai lantai kat dinding umah tue... suke le nengok, ingat nak pasang kat umah kite gak...


    hamba Allah, cintakan nabi

    ReplyDelete
  8. sweet walopun kegedikan disitu tetap ada..:)

    saya suka jubah kamoo.. :)

    ReplyDelete