Alhamdulillah... Allah masih temukan kita dgn RAMADHAN.
Teringat 10 terakhir Ramadhan 2011, Allah jentik hidayah utk saya hamba hina dan jahil utk mencari cintaNYA setelah 27thn hidup yg hanya ber-IC kan seorang Islam tapi hidup jauh dgn Islam. Allahurabbi... sungguh cinta Allah itu tak bersyarat. sudi pandang hambaNYA dgn kasih sayang walaupun perintahNYA sering dimungkiri.
Moga RAMADHAN kali ini jadi titik hijrah utk sahabat2 saya juga... dgn keberkatan bulan mulia ini, di saat syaitan digari, mungkin penghijrahan kita jadi lebih mudah krn hanya perlu berjihad dgn nafsu sendiri tanpa gangguan hasutan syaitan.
Kita mulakan hijrah dgn perbetulkan/perkukuhkan hubungan kita dgn Allah. Buat surirumah2 terdiva yg beranak atau tidak, yg tak sempat / tak berpeluang nak berterawih di Masjid, kita usahakan buat sendiri kat rumah. Kalau tak pandai, di sini saya kongsikan perkongsian yg harapnya dpt membantu sikit sebanyak.
------------------------------
CARA SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN:
CARA SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN:
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
**sumber: saya lupa kat website mana saya kopipes ni. Harap halalkan.
--------------------------
Keberkatan Ramadhan:
Pahala yg sunat sama seperti pahala wajib. Pahala yg wajib pula berganda ganda (malas nk nyata berapa kali ganda takut terbagi ajaran sesat. Ngehee)
Pahala yg sunat sama seperti pahala wajib. Pahala yg wajib pula berganda ganda (malas nk nyata berapa kali ganda takut terbagi ajaran sesat. Ngehee)
Selamat menyambut RAMADHAN sahabat...
Semoga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Kita sama2 usaha utk kaut sebanyak mungkin peluang yg terbentang.
Semoga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Kita sama2 usaha utk kaut sebanyak mungkin peluang yg terbentang.
Selamat menyambut ramadhan ina, smg Allah terima amalan kita.... Amin...
ReplyDeletetq ina. alhmdlh selesai terawih bersendirian di umah. tu la mslhnya sy xhafal tang selawat slps solat.. huhu. slmt bpuasa. smga ramadhan ini mendetikkan perubahan kebaikan kpd kita semua.
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah di bulan ramadan ina.
ReplyDeletemudahan Allah permudahkan urusan ibadah kita di bulan ni menjadi yg terbaik dr ramadan lepas.insyallah
Kita sharing... tq for de inform
ReplyDeleteperkongsian yg bermanfaat. baru je tanya enSuami tadi, boleh tak nak solat sahaja tanpa selawat. almaklumlah nak solat sorang2 dgn si kecik lagi..
ReplyDeleteSelamat berpuasa.
nice info...thanks
ReplyDeletedh 2 mlm termiss solat terawih...mlm ni leh buat ms anak tdo
selamat menyambut ramadhan, moga bermanfaat untuk kita semua.
ReplyDeleteKat tempat kita ni semua tempat selawat lepas 2 rakaat kan, kalau kat masjidilharam or masjid nabawi sana takde pun selawat tuh, lepas salam imam akan takbir untuk solat seterusnya
ReplyDeleteMacum mana kalo tak faham cara bacaan..dan bila masa di baca...sebab saya tak faham sangat boleh tolong tak
ReplyDeletemaksudnya? bacaan apa? bacaan dlm solat ker? bacaan dlm solat, sama sahaja seperti solat subuh tapi tanpa qunut. niatnya kalau tak hafal abahasa arab pun tak ape, cukup: sahaja aku sembahyang sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala. lepas 2 rakaat, salam... bangun dan buat 2 rakaat seterusnya... begitulah yg seterusnya.
ReplyDeletekalau mahu lebih jelas lagi...bukalah laman web jakim ..inshaAllah boleh tgk kat situ...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ina, thanks sharing this. in shaa Allah, kalau dah boleh berpuasa memang kita dah niat nak terawih sendirian dirumah.. buat mana mampu je. hehee
ReplyDelete