Tuesday, June 3, 2014

Mana saya nak cekau duit bayar bil hospital sebanyak RM16K?!

Just nak share pengalaman sakit saya… 


8.May.2014...

Saya start sakit perut (senggugut + gastrik ) pukul 5 ptg. Bertahan smp malam sebab saya anggap ini normal pd segolongan wanita. Pukul 10 mlm sakitnya tak boleh nak tahan dah… sakit smp saya takleh nak gerak. Pukul 12 malam sakit yg teramat sakit… suami bawa ke klinik. Tp sebab 3 klinik yg kami pergi semuanya lelaki, saya taknak check… just ambik ubat gastrik. Blk rumah, mkn ubat dan tertidur.


Pukul 2 pagi tersedar dan sakit yg plg sakit pernah saya alami. saya takleh nak bergerak sebab rasa setiap pergerakan tu menambahkan sakitnya. Masa tu rasa mcm Allah dah nak tarik nyawa saya kot… dgn linangan air mata, minta maaf dgn suami… hanya nama Allah jer meniti di bibir.

Dgn tahan kesakitan amat sgt, suami siapkan saya utk ke klinik. Memula ke Gombak Medical Center tp malangnya 24hrs hanya dibuka utk wad bersalin. Tak nampak lain dah, terus ke Ampang Puteri. Sampai sana bilik penuh. diorang offer bilik vvip. Giler apa, smlm 700± kot. Lps tu sorang nurse ckp: kita treat dulu. Kena cucuk ubat tahan sakit tp sakitnya x hilang tp reda la sikit. Diorang call Tawakal, then Tawakal ada 2 blk jer lagi… dgn konsep 1st come 1 serve. Pulak! igt dah malas nak gi tp suami paksa jugak. So ke sana…

pukul 4++ pagi, selamat di warded di Tawakal. Just bagi insurance medical card dan deposit rm200, maka selamat beradu dgn lenanya lps kena suntik ubat tidur kot. Esoknya kena puasa yg langsung xleh mkn minum utk buat endoscopic (masuk kamera ikut mulut) dan everything is ok dan doc ckp apendiks. malam pukul 1 pagi baru operate dgn kaedah laparpscopic (tebuk 3 lubang di perut - lukanya lebih kurang 1cm jer di setiap tempat tu) utk buang apendiks. Esknya doc tunjuk sepanjang sejengkal apendiks yg dibuang. Dan hikmah sakit ini, doc dapat trace antara punca yg membawa kemungkinan kenapa saya susah nak pregnant. see, sentiasa ada hikmah di setiap ujian yg Allah beri.

Pengalaman yg x jangka… masa ni saya rasa medical card sgt2 berguna utk pekerja swasta sprt saya ni. Bukan sebab poyo nak duduk private hospital dgn layan berbintang bintang tapi saya x rasa kalau saya ke hospital kerajaan saya akan melalui proses2 ini on the dot. Kecuali kecemasan apendiks dah pecah ker aper kot. KOT! tp bersedialah dgn jumlah kosnya. kalau takde medical card, mana saya nak cekau duit RM16k utk bayar bil?! saya bkn org senang…

dgn bayaran rm150 sebulan, sblom ni saya anggap agak membazir tp dgn apa yg dilalui ni, saya bersyukur sgt2… dan skrg suami minta saya upgrade insurance saya.

Kalau mampu, dapatkanlah insurance medical card. Sakit demam di luar kuasa kita. X kisahlah agensi mana2 pun asal takaful islam.
# SAYA BUKAN AGEN INSURANCE dan iklan insurance tidak diterima sama skali di sini.

Anyway, daripada pengalaman sakit ini juga saya belajar sesuatu:
kat rumah biar ada nombor telefon beberapa hospital. call dulu ada bilik kosong ker tak baru tuju. kalau tak, jadi kes macam saya. bil treatment sebelum warded insurans tak tanggung. sendiri bayar lorrr... cucuk ubat tahan sakit jer pun dah seratus lebih.


view dari Azalea ward, room 909.
pagi2 boleh layan sunrise dari pembaringan... :)



Sepanjang 3 hari di hospital, saya sangat2 terharu dgn keprihatinan suami... dari saya warded, balik skejap ambil kelengkapan saya tapi lupa ambil kelengkapan diri sendiri... datang tak balik2 sepanjang 3 hari tu. misi n doktor pun tukar baju, dia tetap dgn 'uniform' yg selai itu. tapi suami tetap wangi... tetap hensem di mata isteri. ;)
terima kasih suami setia temani isteri… suapkan isteri mkn… jadi tangan isteri… sebaknya tgk suami kepenatan jaga isteri.


Selepas 3 hari terlantar di katil, petang hari ke-3 tu suami sewa 'porshe' bawak isteri jenjalan n mkn2 di sekitar 'hotel penginapan'… terkujat cik esah bila tahu tok laki saya jamu biniknya eskrem. doc kata takyah pantang! hahahahaa... best jugak laki jaga ni! :p 



Alhamdulillah... keluarga adalah pil tahan sakit paling mujarab.

terima kasih jugak makcik gonjeng kesayangan...

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."


Eh, baru tahu tak senonoh rupanya sakit apendiks ni. ;)


20 comments:

  1. alahai...selalu nampak muka kak ina kemain ceria..tengok post ni pucat je..bertabah kak...na doakan ada hikmah besar atas dugaan ini...baby maybe...do take care....salam

    ReplyDelete
  2. Betul tu InaAchik...famili adalah ubat tahan sakit yang paling mujarab....masa Yani warded seminggu di GH Melaka tempohari lepas buat laporoscopy, adik beradik dan suami lah galang ganti pengubat kerinduan sejak arwah mak meninggal bulan Mac lepas.

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru je ambik medical card this year. Sebabnya baru sedar diri duit tak banyak, suami takde, ayah dah takde. Kalau jadi apa2 siapa nak tolong. Ada medical card company pun prosesnya kena bayar dulu. Saya ambik prudential. Bayar rm150 juga. At least kot tiba2 nak berenti kerja and kerja sendiri, adalah sikit perlindungan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semuanya dah ok.. Mudah2an diberi berita gembira pulak pasni drpd Allah, InsyaAllah~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Firstly, nak bagitahu ni.. suka blog awak.. and suka cerita2 yang awak kongsi kat sini.. :)

    Secondly, boleh kongsi insurans apa awak ambil..? Saya ni walau kerja kerajaan tp tetap ambil insurans juga sebab sama macam awak tulis kat atas tu.. bukan nak poyo masuk hospital swasta sebab nak dilayan berbintang-bintang.. tapi pengalaman mengajar segalanya.. kan.. :)

    tp insurans yg saya ambil tak ada medical card.. sebab saya diberitahu insurans yg ada medical card tu insurans PA maknanya perlindungan sahaja, tak ada simpanan. Maknanya duit yg kita bayar tiap2 bulan tu akan burn macam tu je kalau kita x ada claim atau gunakan medical card tu.. betul ke macam tu...? errrmmm.. harap awak dapat kongsikan...

    saya tertarik bila awak kata apendiks tu mungkin salah satu sebab awak tak pregnant lagi. mudah-mudahan ini hikmah yang paling besar untuk awak.. Allah sayangkan awak.. InsyaAllah saya doakan selepas ni ada berita gembira utk awak dan suami.. :)

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...
      Alhamdulillah... terima kasih krn sudi baca blog saya.

      saya ambil MAA TAKAFUL insurance. saya takla fhm sgt tp mcm saya, bila ambil medical card insurance, mmg tak semua bayaran bulanan kita tu dpt blk. ok, cth dlm rm150 sebulan tu, ada beberapa percent as saving which is kita boleh keluarkan, yg lain lebih kpd perlindungan.
      tapi apa yg saya fhm dan buat saya yakin dgn konsep takaful ialah kita membantu org lain ketika memerlukan, dan mereka akan bantu kita bila kita perlukan. so that, saya tak ralat dgn bayaran bulanan yg saya buat sebab saya rasa saya sdg membantu org lain.

      wallahuallam...

      jika berminat, boleh email saya di azlinahasan@gmail.com dan bg no contact. saya akan minta agent insurans call awk utk keterangan lanjut.
      nway, saya bukan agent insurans. hehee...

      Delete
  6. jaga diri bebaik.... yup.. lately rasa perlu betul benda tu.. malaysia dh serupa amerika...
    ehh kak.. boleh share kah apa yg doktor jumpa itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah, yg tu lebih bersifat peribadi la syg... segan nak share kat sini.

      Delete
  7. dulu2 dok harapkan medical card employer jer
    tapi baru2 ni baru tersedar, mungkin bukan untuk selamanya nak bekerja, so tambahlah caruman takaful.. extend ke medical card plak..

    ReplyDelete
  8. salam, saya nak mintak share bole?

    ReplyDelete
  9. Dear Ina..Ana pun sama..amik MAA Takaful...Alhamdulillah smpai hari nie masih diberi kesihatan & tak pernah lagi la guna medical card tue..tp betui kan ina...sediakan payung sebelum hujan..ana nie pun keje gomen belum tentu ada hospital kerajaan yg kosong time kita memerlukan & layanan terbaik kann.,..yer la, kita dah la sakit..dpt pulak layanan ala2 jer...bkn nk salahkan nurse gak pun, depa pun ramai pesakit lain gak kann..so amik langkah berjaga2...ptt la blog ina sepi semnjak dua menjak nie yer...Ana doakan semoga Ina cepat2 sembuh yer...aminnnnn

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, smg Allah terus kuniakan kesihatan yg baik buat ina. Take care.

    ReplyDelete
  11. lama tak baca blog akak....suka baca sini...semoga sihat2 shj lepas ni..:)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah semuanya selamat..... semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  13. Get well soon dear.. sayu baca psl pengorbanan husband ni..

    ReplyDelete
  14. salam ina..semoga cepat sihat,,,terharu baca entry ni...
    and medic card bagi pekerja swasta mmg sgt penting..tak swasta pun harus amik kan...
    smart medic maa takaful pun terbaik..sebb konsep co- takaful..and takde limit penggunaannya..:-)

    ReplyDelete
  15. Get well soon Ina. Oh.. da selamat berkerja ye. Take care.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete