Tuesday, February 25, 2014

Tentang Hukum MEROKOK



Hukum Merokok masih lagi jadi pendebatan.

Meh sini nak share kot2 ada lagi yg tak tahu...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 
Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.


Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:
”Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Lepastu nak share la sikit, kuliah Maghrib dari Ustaz (lupa nama) kata:
macam mana rumah tangga nak berkat, kalau si bapaknya hari2 buat benda haram (rujuk kpd merokok) dan macam mana doa nak dimakbulkan kalau doa dari mulut yg menghisap benda2 haram...
Allahuakbar... takut dgr.

buat saudara, sahabat, suami2 sahabat... 
bawak2lah berhenti merokok. kalau orang Arab dulu, ketika keluar arahan HARAM minum arak, mereka pecahkan terus tempayan2 arak... sedangkan mereka ketika itu baru diperkenalkan dgn Islam. kita ni, yg memang dilahirkan dalam Islam kenapa tidak kan?!

Moga Allah permudahkan...






# untuk artikel terperinci, rujuk sini:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam



2 comments:

  1. suamiku x merokok yeayyy...
    dari sblm kawin lg mmg rejek kalau lelaki merokok...

    ReplyDelete
  2. Ada jugak baca tentang fatwa ni tapi perokok tegar ramai tak nak terima.

    ReplyDelete