Tuesday, January 28, 2014

Tentang aku dan niqab.

maaf andai tulisan luahan hati saya ini mengundang rasa kurang enak di antara sahabat saya di sini. ini adalah tentang apa saya rasa.
setahun lalu...

keinginan berniqab melonjak-lonjak. tiap kali melihat wanita2 yg berniqab, aku lihat mereka sgt cantik dan sempurna. sentiasa bisik kat hati... bila aku nk mcm mereka, perpakaian sunnah para nabi dan sahabat.

pernah satu masa... menangis-nangis telefon suami ingin berkongsi apa saya rasa... dan sbg suami, dia menyokong jika itu yg terbaik. cuma nasihatnya: 

"abg tak kisah... cuma, abg tak nak isteri buat yg sunat hingga pinggir yg wajib. adlh jauh lebih baik, mantapkan yg wajib, kemudian susuli dgn sunatnya. tp apa2, pun... abg menyokong apa pun keputusan isteri."



kata2 suami, buat saya berfikir semula: 

"aku yg wajib ni pun masih terkontang kanting... mampu ke nak bawak pakaian sunnah?"


dlm masa yg sama, di sisi yg lain: 
"kalau niqab ini boleh motivasikan aku jadi lebih baik, kenapa tidak?! pakaian yg mendidik diri lebih menjaga adab2 dan of course lebih memotivasikan di sudut ibadah. dah pakai niqab haruslah beri teladan yg lebih baik... kamu kan sdg bawa pakaian isteri para nabi dan sahabat..."

fikiran dari 2 buah sisi pemikiran yg berbeza bermain di fikiran. aku taknak memakai hanya krn ikutan. dan aku taknak pakai on-off seolah - olah persendakan pakaian mulia ini. dan paling penting, aku taknak jatuhkan kemuliaan pakaian ini dgn memakai tanpa ilmu. tatacara berpakaian dgn niqab dgn betul. masih berpakaian berwarna warni yg striking... fesyen yg tah hape2... bukankah berniqab itu utk mengelakkan pandangan ajnabi... 

timbul pula geng2 niqabista yg saya harap memberi semangat utk aku berniqab tapi hal sebaliknya berlaku. jujur kata, saya tidak boleh menerima geng2 niqabista yg terlebih dlm berfesyen. cuba pergi majlis2 maulid... dibanjiri geng2 niqabista yg pada padangan saya lebih kpd fesyen. duduk sekelompok geng2 mereka, berborak hingga mengabaikan adab2 di majlis ilmu. dgn fesyen tudung x cukup labuh... fesyen niqab yg disepit ke kiri/kanan ala2 rambut mengurai... belum lagi yg berniqab dgn kaler yg aum2... paling tak boleh diterima akal jahil saya bila niqabis bertudung dan berniqab merah menyala... 

bukan aku mencari salah mereka utk tutup kelemahan aku. tidak sama sekali. tapi aku takut aku tak mampu menjaga hati dan jadi seperti segelintir dr mereka ini. aku taknak kelemahan aku menjadi titisan nila yg mengotorkan putihnya susu.

sampailah aku pergi menunaikan umrah. aku mengambil peluang itu utk berniqab di Mekah. sepanjang tempoh itu, aku bisikkan... kalau kamu berjaya kat sini, insyaAllah kamu mampu utk istiqamah bila blk nanti azlina. ternyata, aku tak mampu. yer, aku tak mampu atas kelemahan imanku.

baru2 ni kawan niqabis bertanya: "awk taknak pakai niqab?"
jawapan aku: "buat masa skrg, tak kot... skrg, cukup saya usahakan mantapkan yg wajib ni dulu."

byk lagi sunnah / sunat yg dituntut seperti solat2 sunat, duduk ketika minum, apa sahaja ke mulut dgn tgn kanan, selawat, zikir, adab tidur, masuk rumah, dan segala sunnah lain dlm kehidupan harian ni pun masih tak mampu nk jaga dgn sempurna... 

buat sahabat niqabis saya... kalian wanita cantik yg amat saya kagumi. masih bisa berpakaian sunnah di akhir zaman ini. saya kagum dgn kalian... kalian cantik yg benar2 cantik.

BILA WANITA MENGIKUT AJARAN ISLAM MENGENAKAN HIJAB, TETIBA MUNCUL LA WANITA GOLONGAN PEROSAK BERNAMA HIJABISTA. 
BILA WANITA MENGIKUT SUNNAH ISTERI2 NABI MENGENAKAN NIQAB, TETIBA MUNCUL LA GOLONGAN PEROSAK BERNAMA NIQABISTA.


#jangankeranakejaryangsunatyangwajibdipandangremeh

ni la contoh pakai niqab xder ilmu... 
org pakai niqab tutup kening, ko tayang dahi jendol. 
kesian azlina. ;)
# nota kaki cik puan kaki: 
Saya bukan nak ajak pembaca2 menghentam dan mengkritik mereka (niqabis), tapi sekadar panduan utk yg baru nak mengenal niqab. dan utk muhasabah diri... sama2 kita perbaiki.



**********************************************

di sini saya sharekan HUKUM MEMAKAI NIQAB OLEH SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI. harap sahabat2 dan kesayangan2 sudi luang masa untuk mendengarnya:

https://www.youtube.com/watch?v=2D_flbyuqtw

bak kata syeikh: nak tutup, tutup... nak bukak, biar masih dlm batas2 yg dibataskan oleh hukum.

atau boleh rujuk
Purdah & Niqab mengikut empat mazhab di blog Syahirul.com

tapi apa2 pun, berlapang dada dgn hal2 khilafiah. saya menghormati sebarang percanggahan pendapat selagi tak keluar syarak.





15 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina. semoga Allah mempermudahkan urusan kak ina dan kami2 untuk terus beristiqomah. baru nak tegur pasal dahi jendol tu. hehehe. sheila suka tengok orang berniqab, contoh paling dekat akak ipar sheila. Allahuakbar, comelnya.. serba hitam dan nampak manis. Untungnya abg ipar sheila. hehhee (",)

    ReplyDelete
  2. as salam sis...
    saya sangat setuju dgn kata2 "mantap dan betulkan yg wajib dulu"....
    masih jauuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhh lagi perjalanan saya....
    tapi syukur sangat-sangat sebab tersentuh hati ni utk perbaiki diri saya....
    semoga niat kita dimakbulkanNya suatu hari nanti, in sha Allah...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ina.akak silent reader blog ni hampir 4 tahun lamanya.dah lama nak bertegur sapa ngan ina tapi segan...hihihi..very interesting issue.pernah satu ketika semasa di uni dulu keinginan untuk berniqab sangat membuak2.betul apa yang ina tulis di sini.yang wajib pun masih terkapai2 nak sempurnakan..apatah lagi yang sunat.terima kasih atas tulisan ina.muhasabah untuk kita yang sedang berusaha untuk melengkapkan diri sebagai muslimah sejati.keep it up..singgah blog akak cheritadiana.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ina..setuju dengan apa yang ina luahkan di sini..akak pernah mengalami situasi seperti ina alami.yang bezanya pada waktu itu akak di uni.tgk kawan-kawan yang berniqab sewaktu berada di luar kampus sangat2 mengujakan akak.apatah lagi waktu itu akak baru berjinak2 dengan tudung labuh.betul seperti ina tulis, sempurnakan yang wajib dahulu,,kukuhkan tapaknya dulu.barulah di isi dengan sunnah2 yang lain sedikit demi sedikit..terima kasih di atas tulisan ini..sangat memotivasikan diri akak..jika sudi singgah blog akak cheritadiana.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Puan Azlina. Ada kalangan niqabis.. (maksud akak yang berpakaian lengkap menutup muka), masih menggunakan warna-warna terang, contohnya hijau, purple muda.. berskirt kembang, memakai but, blouse besar polkadoit.. ada kala pernah ternampak membawa beg kecil berwarna merah.. bila kena dengan jubah hitam, pasti menjadi tarikan umum kan..tapi tak semua niqabis begitu).. terfikir di fikiran akak, apa sebenarnya niat mereka? Harap anda tidak begitu.. b

    ReplyDelete
  6. Saya punya aim sekarang nak cuba mantapkan yang wajib juga (talking about hijab ni la kan)
    Saya suka tengok orang berniqab yang bersederhana, memang sangat respect bila jumpa walaupun tak kenal-kenalan lagi.
    All the best to us kan kak :)

    ReplyDelete
  7. kak ina, saya suka coretan kak ina..jamy pun sama punya keinginan yang membuak-buak untuk berniqob sebab rasa sejuk mata memandang..after kahwin, suami pun galakkan jamy berniqob..mula-mula jamy agak terhasut tengok niqobis yang lain berniqob itu sebagai fesyen..pernah terikut dengan trend begitu, tapi lama kelamaan, jamy sedar itu salah..dan sekarang jamy dah tak suka upload gambar..berbalik kepada tujuan apa upload gambar, adakah untuk mendpaat pujian semata-mata..jika nak upload gambar jarang-jaran itu tidak mengapa, ini selalu upload gambar...dan jamy pernah suarakan kepada suami, jamy tidak kuat, sebab kadang-kadang on-off atas sebab tertentu..tapi suami lebih suka jamy berniqob..jadi jamy masih lagi berniqob dan biasanya guna niqob hitam disesuaikan dengan tudung..dan inshaallah tidak akan memilih warna terang yang menarik perhatian..tapi jamy tengok niqobis selalu je cerita pasal niqob..ada yang menulis mengatakan tidak salah memilih memakai warna terang atas niat nak dakwah agar orang lain boleh ikut..kadang-kadang tak faham juga dengan pandangan mereka terhadap niqob, sehelai kain yang menutup wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sthn lalu suami pernah mngatakan dia suka jika sy berniqab..sy lgsg tidak yakin..jd sy jelaskan sebaik mngkin sbb2 knp sy belum bersedia..thn ni tiba2 keinginan utk bniqab dtg.sy ingin sgt bniqab..namun yg mnjadi penghalangnya, bila sy renung kembali yg byk lg amalan wajib yg sy masih belum laksanakan dgn sebaik mungkin..pttkah sy meneruskan niat sy? Dgn hrpan slps bniqab sy mampu menjadi lebih baik dan mperbaik amalan sy? Atau pttkah sy perbetulkan dahulu semua dan kemudian baru berniqab...huhu

      Delete
  8. Saya suka entry Ina yang ini :)
    Kadang saya pun terjebak juga dengan fesyen hijabista (yg entah dari mana mula puncanya).
    Apa pun.. setiap hari kena muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan.. kan.. :)

    ReplyDelete
  9. agaknya kalau ckp kat hubby nak pakai niqab... mesti dia tak bagi hihihi.. sebab sangat terbatas, good things about niqab adalah memang akan membataskan pergaulan dan juga langkah kita. Apa pun, sangat setuju... mantapkan yang wajib dulu, plus yg sunat muakkad

    ReplyDelete
  10. itulah kan..kenangan terindah pergi umrah..sbb boleh berniqab..
    bak kata ina ..kita mantapkan yg wajib dulu ..

    takecare ina . :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih keran sudi menulis entry ini. Membuka mata saya untuk berusaha ke arah yang lebih baik. :)

    10 TIPS Merangsang Kehamilan

    ReplyDelete
  12. perasaan sy sma mcm apa yg kak ina rasa & suami pun ck bnda yg sama . tp sy harap sgt sy dpt berniqab 1 hari nnti

    ReplyDelete